Bab 49

52.2K 1.5K 28
                                    

AIRIS MEDINA

Terasa sedikit lega selepas aku memberitahu Hayyan bahawa aku mengandung. Terasa tiada lagi beban yang perlu dipikul. Tetapi mengenangkan Naufal, aku menjadi takut dan bimbang. Bimbang jika kejadian yang berlaku tempoh hari berulang lagi.

"Airis. Lusa aku nak balik KL tau. Kau nak ikut?" tiba tiba Nadia datang menerpa ke arahku.

"Em. Tak kot. Kau pergi jelah," aku menolak pelawaan Nadia.

"Kau okay tak? Kau tu berbadan dua. Bahaya lah," bimbang benar nada suara Nadia. Dia pun baru mendapat tahu tentang kandunganku pada hari yang sama aku beritahu Hayyan.

"Takpe aku okay. Insha Allah. Aku check in hotel je. Senang. Tak bahaya sangat. Kau balik berapa hari?" aku masih ingat pesan Hayyan. Kalau berseorangan, tidur di hotel.

"Okaylah kalau macam tu. Dalam 3 hari la. Aku apply cuti. Rindu lah nak balik KL. Tak pernah lagi aku balik sejak pindah sini," faham benar aku dengan situasi Nadia. Aku pun begitu. Tetapi memandangkan aku belum bersedia, aku biarkan sahaja.

"Naufal macam mana? Dia kacau kau lagi?"

Aku terdiam sejenak. Apa yang terjadi antara aku dan Naufal telah aku ceritakan kepada Nadia sebagai langkah berhati hati.

"Setakat ni tak. Aku pun dah lama tak keluar jadi memang tak terserempak lah dengan dia," aku menghembus nafas lega. Aku perlu terus begini. Tidak keluar ke mana mana.

"Kau hati hati sikit dengan orang macam dia tu. Bahaya. Jangan degil sangat nak pergi mana mana seorang diri. Ajak aku. Ingat baby dalam perut tu," nasihatnya.

Aku mengangguk mengerti. Seperti menerima arahan dari abah.

Telefon ku berdering. Mama.

"Assalamualaikum," sahutku.

"Waalaikumussalam. Airis sihat?" Mama bertanya khabar.

"Sihat Alhamdulillah. Mama sihat?"

"Mama macam ni lah. Lama Ris tak balik. Rindu mama dekat Ris," mama seperti menahan sebak.

Aku terjeda. Aku pun rindukan mama. Sewaktu semua jari menuding ke arahku, mamalah yang mempercayaiku.

"Ris pun rindukan mama,"

"Baby sihat?" Soalan mama sedikit mengejutkanku. Mungkin Hayyan yang bagitahu mama.

"Baby sihat. Abang Hayyan dah bagitahu dekat mama ke? Ris ingatkan nak bagitahu sendiri dekat mama. Sorry ma,"

"Ha ah. Semalam dia datang jumpa mama. Takpelah. Mama faham. Airis dah tahu?"

"Tahu apa?" Soalku hairan.

"Pasal Mariana," suara mama sedikit berbisik.

"Mariana?" Nadia di sebelahku bangun beredar. Mungkin mahu memberi privasi kepadaku setelah memahami topik perbualan antara aku dan mama semakin serius.

"Ye. Hayyan tak ada cerita apa apa? Tak call?"

"Tak ada. Semalam dia tak ada call. Hari ni pun tak. Kenapa ma?" Aku semakin berdebar. Kenapa dengan Mariana.

"Ye ke. Kalau macam tu. Eloklah Hayyan sendiri yang bagitahu dekat Ris. Mungkin dia taknak Ris risau," mama sepertinya tidak mahu memberitahuku apa yang terjadi.

"Mama kenapa ni? Ceritalah dekat Ris," aku memujuk mama.

"Betul ni Ris nak tahu?" Mama masih bermain tarik tali.

"Ye betul ni ma,"

"Okaylah. Hayyan dengan Mariana dalam proses penceraian," kata kata mama mengejutkan aku. Penceraian? Jadi, Hayyan dan Mariana akan bercerai. Tapi kenapa?

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now