Bab 41

51K 1.7K 56
                                    

Happy 29k! Sob sob menangis.

Tumpang lalu saya nak promote kejap ye.

Reality Not Fantasy by syazieywan

Jemput baca ye korang.

Sudah dua minggu aku berpindah ke Terengganu. Hubungan aku dengan Hayyan masih sama. Tiada perubahan. Walaupun dia berusaha untuk memperbaiki hubungan kami, tapi hati aku sudah tak boleh terima.

Mungkin kerana sakit dengan perlakuannya yang sebelum ini. Entahlah. Kadang panggilannya aku biarkan tak berjawab. Whatsapp aku tinggalkan bluetick.

Semasa aku asyik berjalan di persisiran pantai sambil tangan memegang satu ranting kayu, tiba tiba aku terlanggar seseorang. Bukan. Dia yang melanggar aku. Ye la. Dah mata asyik tengok telefon je mana sempat nak pandang depan.

"Maaf cik," lelaki itu mengucapkan maaf sambil membongkokkan badannya untuk mengambil telefonnya yang jatuh.

Aku hanya memandangnya dengan perasaan sebal. Mood tengah tak seberapa ni ada pula yang kacau. Memang nak kenalah.

Baru sahaja aku ingin membuka mulut tetapi

"Airis?" Lelaki tadi menyoalku. Aku memandangnya hairan. Siapa ni?

"Airis kan?" Soalnya lagi. Aku memandangnya lama. Berfikir sejenak. Macam pernah nampak. Kenangan di universiti bermain di fikiran.

"Naufal?" Aku inginkan kepastian.

"Ye lah. Naufal ni. What a coincidence," dia ketawa dan meletakkan tangan di dahi. Aku hanya tersenyum. Sedikit janggal. Kami bukannya rapat. Dan pertemuan kami begini. Lagilah.

"Buat apa dekat sini?" Tanyaku. Modal untuk bersembang. Daripada saling berbalas senyum di tepi pantai ni baik kami bersembang.

"Saya kerja dekat sini," aku baru teringat mesej Mira sebelum aku ke sini yang mengatakan Naufal bekerja di Terengganu.

"Ohh," jawabku. Aku memulakan langkah dan dia mengekoriku.

"Awak buat apa dekat sini? Bercuti ke?"

"Kerja sementara dekat company yang ada cawangan dekat sini. Tak cukup pekerja,"

"Berapa lama?" Soalnya lagi.

"Dalam tiga empat bulan macam tu lah,"

"Your husband okay ke?" Isu suami dibangkitkan. Hayyan lagi.

"Kalau tak okay saya tak ke sini," bohongku. Tak perlu aku menceritakan kepadanya. Dia bukan sesiapa. Hanya kenalan lama dari universiti dan bukannya rapat sangat. Boleh dikatakan, dia orang asing.

Aku mengerling jam di pergelangan tangan.

"Awak dah lewat ni. Saya pergi dulu ya?" Aku meminta diri. Memandangkan aku datang dengan Nadia, Khairul dan Zarif, aku perlu cepat. Mereka menunggu aku di gerai ABC.

"Boleh bagi nombor telefon awak?" Langkahku terhenti. Aku berfikir sejenak. Nak bagi ke taknak? Alah. Kawan je kan? Kemudian aku memberikan nombor telefonku kepadanya dan berlalu pergi.

"Siapa lelaki tadi?" Nadia bertanya setelah aku sampai di gerai. Hanya kami berdua. Khairul dan Zarif tidak kelihatan.

"Lelaki mana?" Soalku hairan. Takkan dia nampak aku dengan Naufal tadi.

"Lelaki yang kau sembang dekat pantai tu la. Aku nak panggil kau tadi tapi nampak kau tengah sembang, tak jadilah," terang Nadia. Oh patutlah.

"Kawan masa belajar dulu,"

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now