Bab 18

41.3K 1.5K 25
                                    

"Mama mintak maaf Ris. Mama tak tahu yang Hayyan sanggup buat macam tu dekat Ris," dari tadi tak henti henti mama minta maaf.

"Kenapa mama ni. Bukan salah mama pun. Salah Ris tak pandai nak jaga Hayyan baik baik. Ala. Takpe. Lama lama Ris boleh suaikan diri," pujuk aku.

"Mama tak tahu nak buat macam mana lagi. Puas mama pujuk Hayyan. Tapi dia tu degil!" Bentak mama. Ye. Memang anak mama tu degil, ego, kerek!

"Its okay ma. Ris faham," jawabku.

♡♡♡♡♡♡♡♡

"Ris sanggup ke nak hidup bermadu ni? Kak Long tak setuju lah. Awak tu muda lagi Ris. Dah nak bermadu. Jadi isteri pertama pulak tu," marah kak long. Ya aku setuju. Tapi aku tak nak berpisah dengan Hayyan. Aku sayang dia! Aku nak pikat jugak dia! I'm not a loser okay.

"Long, dah Ris nak macam tu. Kita hormatlah keputusan dia," abah bersuara untuk meleraikan kak long.

"Ye lah kak long ni. Kalau Ris bercerai dengan dia, dah takde orang nak kahwin dengan Ris ni tau. Dahlah tak cantik. Siapa yang nak," gurauku. Aaahhh! Pening pening.

"Hish ke situ pulak dia ni. Suka hati Ris lah kalau itu yang Ris nak," kak long mengalah.

♡♡♡♡♡♡♡♡

Aku kurang luangkan masa bersama Hayyan. Kejap! Sebelum ni pun bukan selalu sangat luang masa dengan dia. Hikhikhik.

Dia keluar pagi balik malam pukul 10 11 malam. Kalau hari minggu memang tak lekat kat rumah. Selalu dia ada je lepak kat rumah kacau aku, arah aku itu ini. Tapi sekarang lain dah. Maklumlah, majlis tinggal seminggu aje lagi. Tiba tiba aku rindukan Hayyan.

Makanan atas meja tak terusik. Aku nak makan dengan Hayyan. Oh my! Rindunya dekat dia! Pintu rumah dibuka. Dah balik!

"Awak lepas mandi, kita makan eh," ajak aku.

"Kau makan je lah. Aku penat," acuh tak acuh dia jawab. Dia naik ke tingkat atas untuk ke bilik.

Ei dia nih! Ajak makan pun susah! Takpe tunggu Ris. Mana tahu kalau dia tiba tiba turun nak makan ke. Haaa. Aku tunggu tunggu dan tunggu. Hampir sejam. Aku naik atas. Dan dia dah terlentang atas katil tidur.

Sampainya hati kau Hayyan. Penat aku masak nak makan sama sama dengan kau. Tak tahu ke aku rindu kau Hayyan. Nanti kau dah kahwin dengan Mariana lebih jauh lah kita.

Nak nangis!

♡♡♡♡♡♡♡

"Awak, malam ni awak balik awal eh. Saya masak. Kita makan malam sama sama," aku beritahu Hayyan.

"Tengok lah dulu," jawab Hayyan.

"Ala. Please kali ni je. Sebelum awak kahwin," pujuk aku. Dah sebak bila sebut perkataan 'kahwin'.

"Ye lah."

Oh yes!

♡♡♡♡♡♡♡♡

Malam tu aku masak ikan siakap tiga rasa, tomyam, telur dadar dan banyak lagi! Jam dah menunjukkan pukul 9.30. Em si Hayyan ni ingat tak malam ni ada 'date' dengan aku?

Satu jam berlalu.

Mana dia ni tak balik lagi. Dah pukul sepuluh lebih. Mata pun mengantuk dah. Hish time macam ni lah kau nak mengantuk!

Mana Hayyan ni! Hmm. Dia mungkir janji!

Kelopak mata semakin memberat. Dan... Zzzzz

♡♡♡♡♡♡♡

HAYYAN MIKAEL

Dah pukul 10. Penatnya. Banyak yang kena settlekan sebelum aku bercuti panjang. Cuti kahwin plus cuti honeymoon.

Alamak! Airis! Dia cakap nak masak malam ni dan dia suruh aku balik awal.

Sesampainya aku di rumah, kelihatan Airis tertidur atas sofa. Aku ke meja makan dan angkat tudung saji. Uishh banyaknya dia masak.

"Ris. Airis Medina. Bangun. Kata nak ajak dinner," aku kejutkan Airis.

Airis bangun dan duduk tercongok atas sofa.

"Awak lupa ke saya cakap apa pagi tadi?" Isk. Marah nampak Puan Airis kita ni.

"Sorry. Aku lupa. Banyak nak settlekan kerja sebelum cuti," jawab aku. Harap dia faham lah cuti apa ye.

"Sampaikan isteri suruh balik awal ajak dinner pun lupa? Sampai macam tu sekali? Awak ni memang langsung tak fikirkan saya ke? Saya ni apa bagi awak? Bibik kat rumah ni? Oh come on Encik Harraz. Saya ni isteri awak. ISTERI!" Marah Airis. Hm macam mana ni.

"Sorry okay. Sorry! Dah jom makan. Kau tak nak makan sudah biar aku je habiskan semua ni. Perut pun lapar ni," malas mahu panjangkan cerita.

Aku duduk di meja makan dan Airis duduk berhadapan dengan aku. Haa tahu pun nak makan.

Tapi dia tak bercakap sepatah pun. Marah sangatlah tu. Tak sengaja okay!

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now