Bab 5

46K 1.6K 26
                                    

"Encik Hayyan, kenalkan pekerja baru kami, Airis Medina. I bring her along untuk dia belajar apa yang patut. Encik Hayyan tak kisah kan," Encik Zahari memperkenalkan aku kepada client kami.

"Ohh its okay! Lagi ramai lagi baguskan," Encik Hayyan pulak bermanis mulut depan aku hmm. Aku menghadiahkan senyuman yang manis terhadap Encik Hayyan. Tapi nak tahu tak, dia tak balas pun senyuman aku. What the? Pandang sekilas lalu je. Oh my panas panas!! Ei kang aku rosakkan design bangunan kau baru tahu. Ek eleh kecoh pulak. Tahu lah dia tu hensem. Apa? Ingat aku nak ngorat dia ke? No way okay!!

"Shall we start now?"

Aku hanya menyampuk jika perlu sepanjang perbincangan itu. Aku hanya memerhati tapi bukannya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hmm. Berguna jugak aku ikut.

Kagum jugak aku dengan syarikat Encik Hayyan ni. Ahli perniagaan berjaya! Muda muda dah banyak duit. Tapi tu kan company parents dia. Kah! Ni berdasarkan apa yang dengar tadi okayym

"Sorry, I need to go to ladies sekejap," secretary Encik Hayyan, Lisa bersuara dan meminta izin.

Tiba tiba telefon Encik Zahari berdering.

"Encik Hayyan, saya jawab call sekejap ya?" Encik Hayyan mengangguk faham.

Dannnn. Tinggallah aku berdua dengan client hensem ni! Hahaha.

Dan suasana mulalah krik krik. Tutt. Ddeunggg. Ak ak gagap.

Ish lambat pulak Lisa ni pergi toilet. Melabur ke apa?

"You dah berapa lama start kerja dengan company Z&A Project?" Tiba tiba dia bersuara. Cakap dengan aku ke?

"Em baru 5 bulan," jawab aku. Dengan senyuman siap aku bagi.

"Ohh. Sebagai apa?" Tanya lagii.

"Architect Assistant," dua patah aku jawab. *betul ke dipanggil architect assistant?

"Oh." Sepatah je jawab. Aku diam. Dia diam. Aku buat buat sibuk minum air. Dia of course la sibuk tengok kertas kerja tu. Tak lama kemudian Lisa dengan bos aku muncul. Eh serentak pulak! Berpakat ke apa.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Yes! Kereta dah boleh ambil! Hey senangnya dalam hati. Dapat kereta baru.
Suzuki Swift berwarna putih itu telah lama menjadi idaman aku. Sekarang dah ada depan mata siap jadi hak milik lagi!

"Nanti pergi dengan abah ambil kereta ya?" ujar abah. Untung lah dapat abah baik dan memahami.

"Okay abah!"

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Amboi melebar je sengih tu haa. Nanti panjang je kaki tu asyik keluar je kan," hamboi. Ayat ibu. Kemain. Tapi memang betul pun! Hahaha! Senang lah nak keluar lepas ni. Sebelum ni pakai kereta abah je.

"Ofcourse la bu. Lepas ni tak payah lah tunggu abah free baru boleh pakai kereta. Hikhik," jawab aku dengan nada ceria.

"Aa lagi satu Ris. Esok dato' dengan datin nak datang. Bawak anak dia sekali," bagitahu ibu. Aik? Dato' datin?

"Siapa tu bu?" Aku tanya ibu. Dah tak ingat siapa.

"Hailah kamu ni. Uncle Hisham dengan Aunty Dahlia la. Kawan abah kamu," ibu mengingatkan aku tentang dua tetamu itu. Oh lupa! Hehehe. Bawak anak?? Adakah anak diaorang yg aunty Dahlia bagitahu hari tu? Yyan? Han? Haa dah lupa nama apa aiyokk!

Sorry for any typos kay. Hehehe.

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now