Bab 32

42.8K 1.6K 32
                                    

Aku menunggu Hayyan keluar dengan perasaan bercampur baur. Aku takut. Ya! Aku rasa seumur hidup aku, saat ini lah yang paling teruk! I'm suck!

Tidak lama kemudian Hayyan keluar dari wad. Cadangnya aku ingin masuk selepas Hayyan tapi mummy dan daddy Mariana sudah pun berjalan menuju ke bilik. Takpelah. Tunggu semua masuk dulu.

Hayyan datang menghampiriku. Dia duduk di kerusi selang satu dariku. Mukanya ketat. Dingin.

"Awak. Mariana macam mana? Okay?" Soalku perlahan. Mama dan papa duduk jauh dari kami.

"Okay," sepatah Hayyan jawab. Aku diam. Aku berasa kurang selesa dengan layanan Hayyan.

"How could you Airis," tiba tiba Hayyan berkata begitu. Kenapa? Apa aku buat?

"Kenapa?" Soalku hairan.

"Jangan buat tak tahu lah. You killed my baby," jawab Hayyan sambil matanya memandang ke arah lain. Dia tak pandang aku.

"It was an accident. Saya tak sengaja. Saya takde niat macam tu pun awak," aku membela diri. Sememangnya tak pernah terlintas pun aku nak buat benda macam tu! Semuanya berlaku dalam sekelip mata!

Hayyan diam. Riak wajahnya tegang. Dia tak percayakan aku. Kini aku faham, Mariana tidak beritahu perkara yang sebenar kepada Hayyan. Dan dia akan bercerita kepada semua orang yang itu semua adalah salahku! Ya Allah, aku tak kuat! Inilah saat paling takut yang aku hadapi seumur hidup.

Air mata perlahan mengalir. Cepat cepat aku kesat. Taknak Hayyan perasaan takut aku dicop pelakon terbaik abad ini. Macam mana aku nak jelaskan perkara yang sebenar kepada Hayyan. Biarlah orang lain nak tuduh aku macam macam tapi bukan Hayyan. Aku tak nak suami aku bencikan aku. Aku tak nak!

Kemudian, mummy dan daddy keluar dari wad dan mereka terus menuju ke arahku. Aku tidak senang. Tiba tiba

Ppang! Pipi kiriku terasa pijar. Oh my god! Whats going on? Mummy Mariana atau lebih dikenali sebagai Datin Khadijah menampar aku! Dan aku tahu sebabnya.

"Kau pembunuh! Kau bunuh cucu aku!" Jerit Datin Khadijah. Meroyan. Macam anak dia je. Okay okay serious Airis. Hayyan dan suaminya menenangkan Datin Khadijah yang macam orang tak waras dah aku tengok.

"Sabar mummy sabar. Kita kat hospital ni," Hayyan memujuk mummynya.

"Datin, saya tak buat semua tu. Tu semua accident. Saya tak sengaja. Saya takde niat pun macam tu," aku membela diriku. Sebaknya hanya Tuhan yang tahu.

Ppang! Sekali lagi pipiku ditampar. Memang Datin Khadijah dah meroyan tahap gaban ni.

Mama dan papa menghampiri kami ingin meleraikan pergaduhan. Bukan, menenangkan besannya itu.

"Berani kau cakap tak sengaja eh? Berani kau! Dahlah kau bunuh cucu aku lepas tu berani kau tayang muka kat sini. Perempuan tak tahu malu," aku menangis mendengar tuduhan Datin Khadijah. Ya Allah! Macam mana lagi harus aku buat supaya mereka percaya kan aku. Hayyan hanya mendiamkan diri. Wajahnya jelas keliru dengan apa yang terjadi.

Tapi aku tidak keseorangan, mama datang memeluk aku. Sedikit lega kerana masih ada yang mempercayai aku.

"Datin Dahlia, awak tahu tak apa yang menantu awak dah buat dekat anak saya, cucu saya. Kalau jadi apa apa kat anak saya, memang mati budak ni saya kerjakan. Hayyan, buat apa kau simpan perempuan macam ni. Entah entah nanti anak sendiri pun dia bunuh!" Tuduhan Datin Khadijah memang dah melampau. Aku menangis teresak esak. Kami menjadi tumpuan di tingkat itu. Semua pelawat dan nurse mendiamkan diri melihat 'drama' secara live. Ada yang berbisik bisik. Malu hanya Tuhan yang tahu.

"Airis takkan buat benda macam tu. Saya kenal dia. Cuba datin tanya sendiri anak datin tu elok elok. Entah entah dia yang tipu! Dan lagi satu saya nak ingatkan, Hayyan ni anak saya jadi saya ada hak. Saya takkan suruh Hayyan lepaskan Airis!" Kini giliran mama pula yang membela aku. Air mata mengalir semakin laju mendengar kata kata mama. Nasib baiklah mama tak percayakan semua tu. Aku bersyukur. Bersyukur sangat sangat!

"Jom Ris kita balik. Hayyan, mama dengan papa bawak Airis balik rumah. Dia tidur rumah kami malam ni," mama mengajakku pulang ke rumahnya.

Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Nasib baiklah mama dan papa ada. Mereka percayakan aku. Hayyan? Entahlah. Buat masa sekarang, biarlah dia menjaga Mariana sehingga sembuh. Bab percaya ke tak percaya ke, terserah. Aku tak buat dan aku tak akan buat semua tu. Aku tak gila lagi.

"Pergi rumah Ris dulu ye. Ambik baju, semua benda yang patut. Buat masa sekarang ni, Ris tinggal rumah mama. Hayyan mesti lama dengan Mariana. Takkan nak duduk sorang sorang pulak dekat rumah," aku terharu dengan sikap ambil berat mama. Aku tak boleh balik rumah abah. Nanti macam macam diaorang akan tanya. Taknak keruhkan keadaan, aku menurut sahaja apa yang mama suruh.

Sesampainya di rumah mama. Aku terus ke atas. Bilik aku dengan Hayyan di rumah mama dan papa. Tak lama kemudian, mama masuk ke dalam bilik.

"Ris, cuba cerita dekat mama. Apa yang berlaku sebenarnya sampai mummy Mariana mengamuk macam tu sekali," tanya mama sambil meletakkan ais di pipiku yang ditampar Datin Khadijah dua kali.

"Macam ni. Hayyan dengan Mariana datang rumah. Kitaorang dinner sama sama lepas tu Ris pergilah dapur ambilkan air suam untuk Mar. Sekelip mata je berlaku. Ris terlanggar Mar lepastu air tumpah lepastu Mar jatuh. Tapi Ris terlanggar. Terlanggar," aku tekankan perkataan 'terlanggar'. Bukan sengaja!

"Habis Ris tahu yang Mariana tengah mengandung?" Soal mama lagi.

"Tahu. Mar bagitahu kat Ris masa mula mula diaorang sampai. Sumpah ma, Ris tak cemburu langsung bila dapat tahu. Ris takde niat pun nak apa apakan Mariana lepas dapat tahu dia pregnant because i was too happy for them," aduku kepada mama. Tangisan ku semakin kuat.

"Dah dah. Mama percayakan Ris. Mama sayang Ris tau. Mama tahu Ris takkan buat semua tu. Esok tak payah pergi kerja. Ambil cuti. Ris tenangkan fikiran je kat rumah," mama menenangkan aku.

Omg! Saya rasa macam nak je jadi watak nurse kat hospital tu lepas tu tampar balik mummy. Hahahahaha tapi kalau saya buat kesian lah saya kena buang kerja.

Oh ya. Saya tak tahula cerita ni dah nak sampai ke ending ke belum sebab banyak lagi ni dalam kepala. Tapi mana tahu kan tiba tiba saya meroyan macam mummy tu next chapter nanti dah endingnya. Ya dakk???

Oh lagi satu lupa. Ni nak promote cerita sendiri ni. Silalah baca Boss vs PA ye. Kesian saya gigih buat dua cerita. Hahahahahahaha. Tapi macam mana kalau saya delete cerita Boss Vs PA tu? Jari tadi dah gatal gatal je nak tekan 'delete' hahahahahahah.

Lepas baca jangan lupa vote ye. And tak lupa jugak selitkan komen anda. Muah ciked :*

Siapa layan Descendants of the Sun? Kita geng!! Captain Yoo oh my jantungku berdegup kencang. <3

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now