Bab 47

51.3K 1.5K 27
                                    

HAYYAN MIKAEL

Aku menunggu Zita di sebuah restoran yang jarang pengunjung. Mahu mengelak dari berjumpa dengan orang yang dikenali. Panggilan yang aku terima dari Zita semalam sangat menggembirakan hatiku.

Mungkin dia mahu memberitahu sesuatu. Sesuatu yang aku ingin tahu dan patut tahu.

Tidak lama kemudian, satu suara menegurku.

"Hai. Sorry lambat. Perkenalkan, ni bakal suami I," Zita datang dan memperkenalkan seorang lelaki. Bakal suaminya.

Aku bersalaman dengan lelaki tersebut.

"Hayyan," ucapku.

"Iqbal," dia menyambut tanganku dan memperkenalkan dirinya.

Zita mengambil tempat dihadapanku tetapi tidak bagi Iqbal. Dia memilih untuk duduk di meja selang beberapa buah dari meja kami.

"Takpe. I yang suruh dia duduk jauh," seperti mengerti, Zita menerangkan kepadaku.

Keadaan sunyi seketika. Zita dihadapanku kelihatan gelisah. Mungkin serba salah.

Sebelum dia memulakan bicara, dia menyedut kejap minuman dihadapannya.

"Shall we start now?" Tidak betah aku menanti.

"Okay," Zita menarik nafas dalam dalam.

"Okay first, I memang taknak bagitahu you pasal ni. Memang I tak nak bagitahu but Iqbal, dia yang suruh I. Kita orang dah nak kahwin and we don't want perkara ni boleh menjejaskan hubungan kami," dia berjeda.

Aku menanti dengan penuh kesabaran. Tidak mahu memaksa.

"Sebenarnya, I tahu apa yang terjadi. I tahu apa yang Mariana buat,"

"Apa yang dia buat?" Soalku dengan berdebar.

"Dia yang rancang semua tu. Dia memang nak you salahkan Airis atas semua yang berlaku,"

Kata kata Zita bagaikan satu renjatan elektrik. Jadi apa yang aku sangkakan betul?

"Ma.. macam mana?" Tergagap gagap aku bertanya.

"Masa I lawat dia dekat hospital, dia beritahu I semua yang berlaku. Dia memang sengaja jatuhkan diri sendiri and memang nasib Airis tak baik bila air yang dia bawa tertumpah. So lagi senang Mariana buat cerita,"

Aku terdiam. Tiada kata kata yang mampu menyedarkan aku di saat ini. Mariana! Sanggup kau buat macam tu!

"Hayyan," aku tersedar apabila namaku dipanggil.

"Just go on,"

"Dia buat macam tu sebab dia nak you ceraikan Airis. I pun terkejut bila dapat tahu. Walaupun I ni kawan rapat dia but I don't think that's a good idea. And one more, dia memang tak bersedia lagi untuk jadi seorang ibu. So I nasihatkan dia supaya hentikan semua tu tapi alih alih I yang kena. You kenal kan perangai dia macam mana. Kalau dia nak, memang dia akan buat. So I just iyakan aje. Tapi tak sangka pula sampai melarat macam ni," panjang lebar Zita menceritakan kepadaku. Aku masih tergamam. Tiada kata kata yang mampu ku luah saat ini.

"You tahu kenapa dia tak nak anak?" Dalam kegelisahan aku bertanya. Entah kenapa soalan itu yang keluar walhal aku dah boleh mengagak sebabnya.

"Yang tu you kena tanya dia sendiri. I tak nak burukkan keadaan. I just cerita benda yang you patut tahu and I rasa you pun tahu sebabnya kan? Kerjaya dia yang menghalang,"

"Ya mungkin. Kemaruk sangat dengan modelling!" terasa satu badan ku menggeletar menahan amarah tapi aku perlu mengawalnya.

"Once again, I nak minta maaf sangat sangat sebab baru bagitahu. Hari tu I memang tak bersedia lagi and I tak rasa I perlu bagitahu. Tapi lepas fikir balik, I patut cerita semuanya. Sorry Hayyan,"

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now