Bab 35

46.7K 1.7K 28
                                    

AIRIS MEDINA

Sudah lima hari kejadian pahit itu berlalu. Aku masih tinggal di rumah mama. Mama tak benarkan aku balik rumah kerana bimbang katanya aku tinggal sendirian.

Hayyan? Aku tak tahu dia kat mana. Mungkin dengan Mariana? Ya mungkin. Dia langsung tak balik ke rumah mama dan tidak menelefon aku bertanya khabar. Aku faham, mungkin masih terkejut dengan apa yang berlaku. Tambah pulak Mariana tuduh aku yang bukan bukan.

Rasanya aku ingin pulang ke rumah ibu abah. Sudah lama aku tak jumpa mereka. Lagipun kak long dan angah ada balik. Bolehlah aku gembirakan hati melayan kerenah anak buah.

"Mama," panggilku. Mama yang sedang memotong sayur berpaling ke arah ku. Lantas aku mengambil alih tugasnya tadi.

"Ris ingat Ris nak balik rumah ibu abah. Dah lama Ris tak jumpa diaorang lagipun kakak dengan abang Ris ada balik. Boleh kan?"

"Tapi Ris stay sana lah ye? Tak payah balik rumah lagi. Hayyan tu bila nak balik rumah entah," ujar mama. Bersyukur kerana mama masih mengambil berat tentangku.

"Takpelah. Abang Hayyan jaga Mariana lah tu. Mariana kan baru keluar wad," jawabku. Menahan sebak. Entah kenapalah sensitif sangat tiap kali sebut nama Hayyan.

"Jaga jaga jugak. Dia tu ada dua isteri. Percaya sangat cakap si Mar tu. Mama memang dah lama tak berkenan dengan Mar. Ingat dah kahwin dengan Ris lupalah dia dekat Mar, tapi sibuk nak kahwin jugak," marah betul mama. Nak buat macam mana ma, dah jodoh dia orang.

Aku hanya mendiamkan diri. Malas mahu teringatkan benda yang lepas.

"Hayyan ada call?" Mama bertanya.

"Takde," jawabku sepatah. Mendengar jawapan aku, mama tidak bertanya lagi. Mungkin memahami aku.

"Ris pergi dulu ye ma. Kirim salam dekat papa," aku bersalam dengan mama.

"Ya. Hati hati drive,"

"Terima kasih ma sebab percayakan Ris," ujarku sebak. Lantas mama memelukku. Perlahan air mata mengalir. Terima kasih mama.

Sesampainya aku di rumah orang tuaku, sudah dilihat dua buah kereta yang diletakkan di luar rumah. Kak long dan angah. Macam mana kalau diaorang tanya Hayyan? Apa aku nak jawab.

Jawab je lah dengan Mariana kan. Apa susah. Aku lupa memberitahu Hayyan.

To : Hayyan
Assalamualaikum. Awak saya balik rumah abah ni. Stay kat sini for a while. Kalau awak nak balik rumah, awak bagitahu saya tau.

5 minit. Bluetick. Online. Last seen. Okay! Takpe. Dia busy kot.

"Assalamualaikum," aku memberi salam. Ibu dan abah sudah sedia maklum dengan kehadiranku.

"Waalaikumussalam. Pergi simpan beg, tukar baju dulu,"

Aku pergi ke bilik. Ah! Rindunya bilik ni. Memang tak terusik langsung bilikku hanya cadar yang bertukar. Macam mana aku nak cerita dekat keluarga aku. Haihlah sabar je lah. Usai menyalin pakaian aku turun ke bawah.

"Kak long dengan angah berapa hari stay sini?" Tanyaku memulakan perbualan.

"Kak long malam nanti baliklah. Angah balik esok," jawab kak long.

"Hayyan tak ikut sekali?" angah bertanya soalan yang memang aku takut nak dengar.

"Em tak. Dia jaga Mariana," jawabku perlahan.

"Kenapa dengan Mariana?" Giliran kak long pula bertanya.

"Dia keguguran," entah kenapa. Aku rasa bersalah. Aku takut.

"Astaghfirullahalazim. Bila? Macam mana boleh gugur?"

"Selasa lepas. Dia terjatuh," entah kenapa. Tiba tiba aku rasa sedih. Sebak bila teringatkan tuduhan mummy Mariana dan kesangsian Hayyan terhadapku.

Air mata mengalir. Aku menangis. Entah kali keberapa aku menangis sejak hari tu. Tapi air mata ku belum kering. Ada je nak mengalir. Hish! Janganlah nangis depan diaorang.

"Kenapa ni Ris?" Soal kak long hairan. Angah di hadapan ku hanya mendiamkan diri. Aku hanya menggelengkan kepala. Ibu yang sedang melayan kerenah cucunya memandangku hairan.

"Ris naik atas dulu," aku segera naik ke atas dan masuk ke dalam bilik. Aku menekup mukaku dengan bantal dan menangis semahu mahunya. Saat ini aku perlukan Hayyan! Aku perlukan dia.

Tiba tiba ibu masuk ke dalam bilikku. Aku mengesat air mata dengan selimut. Lantaklah. Aku jugak yang guna selimut tu.

"Kenapa ni Ris? Tak pernah ibu nampak Ris macam ni," tanya ibu dengan nada risau.

Hatiku berat ingin memberitahu semua yang berlaku. Tapi aku harus berterus terang sebelum ibu menyalahkan aku.

"Mariana...,"

"Ya kenapa dengan Mariana,"

"Dia keguguran,"

"Ibu tahu. Habis tu kenapa Ris menangis ni?" Soal ibu tidak puas hati.

"Dia tuduh Ris buat," aku menangis teresak esak. Tidak dapat ditahan lagi.

"Ya Allah. Tuduh macam mana?" Ibu terkejut mendengarnya.

Aku menceritakan semua yang berlaku kepada ibu. Ibu juga terkejut mendengarnya.

"Habis tu Hayyan macam mana? Dia percaya?"

"Ris tak tahu. Tapi dia sangsi dengan Ris," ya. Hayyan masih sangsi terhadapku. Ataupun dia dah percaya cakap Mariana? Aku tak tahu. Whatsapp pun dia tak reply. Entahlah.

"Semua masalah boleh bawak berbincang. Ni antara kamu dengan Mariana. Bincang elok elok dengan dia. Suruh dia tarik balik tuduhan tu," nasihat ibu. Berbincang? Dengan Mariana? Tunggu aku kerepot berkedut pun belum tentu dia boleh bawa berbincang.

Aku hanya tersenyum. Tidak lama kemudian ibu keluar dari bilik untuk ke dapur. Ingin menyediakan makanan tengah hari. Sekali lagi aku mengambil telefon. Mengharapkan balasan dari Hayyan. Tapi hampa.

Ingin sekali aku ke rumah Mariana dan berbincang dengannya. Aku mahu dia memberitahu perkara sebenar. Tapi aku tahu, nasib tidak akan menyebelahiku. Tambahan pula Hayyan kini sibuk menjaga Mariana. Dan dia akan semakin membenci aku jika aku berbuat demikian.

Selepas reda, aku turun ke bawah menolong ibu dan kak long menyediakan makanan tengah hari.

"Kak long balik dulu ye. Ris, bawak bincang elok elok. Kak long pun tak boleh masuk campur jugak hal kamu ni. Kak long tahu Ris kuat," kak long memujukku. Hiba rasa hati.

"Ye lah kak long. Kirim salam dekat abang long," aku bersalam dengan kak long.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam,"

"Ris, angah nak cakap sikit," tiba tiba angah memanggilku. Aku masuk ke dalam dan duduk di kerusi ruang tamu.

"Betul ke apa yang ibu cakap?" Ah sudah! Angah ni memang dia tak boleh orang apa apakan keluarga dia. Masih aku ingat, semasa bekas kekasih kak cik sering meminta duit dari kak cik, angah lah yang pergi jumpa lelaki itu dan memberi amaran. Pantang betul kalau ada orang menyakiti adik adiknya.

Aku hanya mengangguk. Isterinya hanya berdiam diri. Tidak mencampur urusan kami. Kak ngah! I need you.

"Bak sini nombor Hayyan. Biar angah cakap dengan dia," nada angah dingin. Alamak.

"Angah janganlah macam ni. Takpe Ris boleh settlekan," jawabku perlahan. Tak berani memandang angah.

"Ris ni memang degillah. Benda macam ni dah kira fitnah tahu tak. Buatnya Hayyan ceraikan Ris, Ris sanggup? Dah muda muda jadi janda. Nak ke?" Angah seperti mengugut. Aku terdiam. Janda muda? No!!

"Kalau Hayyan nak, Ris tak boleh nak halang," jawabku.

"Airis Medina!" Okay angah dah marah.

Lepas baca jangan lupa vote ya? Selitlah komen awak semua. I appreciate it!

Bolehlah baca cerita saya yang kedua. Boss vs PA. Muah ciked :*

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now