Bab 8

40.2K 1.5K 11
                                    


"Abah, ibu. I think i should say yes about that marriage," ya. Itulah keputusan yang aku dapat setelah 2 jam berfikir semalam.

"Serious Ris? You're not kidding right," soal abah. Memang tak gurau pun bah.

"Ye tak gurau pun. I'm serious. Tapi bah, yang lelaki setuju ke bah," tanya aku. Ye lah mana tahu kalau lelaki tak setuju kan.

"Yang lelaki dah setuju. Tinggal Ris aje lagi. Dah Ris setuju ni, kira jalanlah," jawab abah. What??? Si kerek tu setuju???

"Ohh. Ris pergi kerja dulu ya," aku bersalam dan mencium pipi ibu abah macam selalu.

Okay Airis Medina. Jangan campur hal kerja dan peribadi.

♡♡♡♡♡♡♡♡

"Cik Airis, tengah hari nanti ikut saya jumpa client hari tu okay?" Tiba tiba Encik Zahari muncul.

"Okay bos," aku suka panggil bos. Orang lain panggil Encik Zahari or encik je.

Klien? Hm yang mana satu erk. Tiba tiba... Alamak! Jangan kata Hayyan Mikael! Tak tak. Orang lain kot. Bukan dia sorang je klien syarikat ni.

Tapi... Hayyan tu je kot klien yang aku pergi jumpa dengan Encik Zahari kan?

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Suasana janggal dah datang balik dah! Memang tepat sangkaan aku! Memang klien ni adalah si mamat kerek tu! Hish tak baik. Klien ni la sumber rezeki syarikat tau.

Lebih kurang satu jam setengah jugaklah perbincangan tu. Dan tibalah masa untuk balik kat tempat kerja.

Tapi, "Since you're here, mama ajak dinner malam lusa," wait? What? Siapa yang bercakap? Aku pusing. Zapp. Hayyan!

"Er saya sorang ke ibu abah sekali," soal aku.

"Entah," sepatah. Ei geramnya aku.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Kali ni kami sekeluarga pergi makan malam di rumah keluarga Hayyan. Besar doo rumah diaorang! Untungnya lah banyak duit kan.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam," aku bersalam dengan aunty Dahlia.

"Jom makan dulu. Dah siap hidang dah," ajak uncle Hisham.

Dan suasana canggung menerpa ke dalam diriku ini. Krik krik. Dahhh apa hal? Aku diam je dari tadi dan Hayyan pun diam. Tapi muka dia macam takde perasaan je!

Usai makan kami beredar ke ruang tamu. Hm dah start lah tu. Bincang pasal aku dengan Hayyan.

"Majlis tunang 3 weeks from now, okay?" Aunty Dahlia bersuara.

"Tak cepat sangat ke aunty," soal aku. Nak bela diri ni.

"Takpe Ris. Buat kecik aje kot majlis tu. Jemput saudara terdekat aje," jawab ibu. Aku diam.

"So barang hantaran tu takpe. Biar aunty dengan ibu Ris settlekan," okay good then. Tak payah aku nak fikir barang apa nak bagi lelaki ni. Aku memandang Hayyan. Again! Muka takde perasaan.

Kalau aku kahwin dengan dia nanti mesti bosan kan. Makan muka macam tu. Sembang muka macam tu. Harap kalau gelak muka dia tak macam tu lah.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡

And today is the day. Hari pertunangan aku. Aku mengenakan busana berwana dusty pink yang simple aje. Sepanjang 3 minggu sebelum majlis ni, aku memang tak bersua muka dengan Hayyan.

Mira, Al dan Zakiah masuk ke dalam bilik aku.

"Wahh cantiknyaa kau Ris mekap mekap bagai nih. Konon takde boyfriend. Tup tup tunang," Zakiah menyindir aku. Jeles lah tu.

"Ish kau tahu kan keadaan aku macam mana," jawab aku.

"Rombongan lelaki dah sampai," kakak sulung aku, Kak Long memberitahu perkara yang aku tak nak dengar!

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now