Bab 24

43.5K 1.5K 22
                                    

Dan harinya telah tiba. Here we go! Ke Korea lah kita. Finally angan angan tercapai!!!!! Dapat pulak pergi dengan suami. Wah wah wah menggeletis kau eh.

Percutian kami ke Korea selama 5 hari. Walaupun rasa macam tak cukup aje tapi takpelah asal boleh jejak kaki ke sana.

"Excited?" Soal Hayyan.

"Of course lah! Dah lama tau saya teringin nak pergi Korea. Akhirnya,"

"Apa yang buat awak sampai nak pergi sangat Korea tu?"

"Tempat dia cantik tau. Terliur makanan dia tapi bukan oink oink eh *refer to khnzr*. Dan yang paling utama! Pelakon penyanyi ramai yang hensem!!! Wah wah!!," jawabku. Teruja!!

"Eleh bukannya boleh kahwin pun. Awak kan dah kahwin dengan saya. Lagipun diaorang bukan Islam pun kan. Takyah duk mengada sangat!" Eh marah nampak? Suke hati lah!

"Ish kite nak fangirling aje pun. Bukannya taksub sangat. Saya ni dah bersuami. Saya tahulah," nak marah kite pulak. Hek. Eh jangan gaduh. Nanti cancel kan Korea ni. Hihihihi.

"Fine fine. Dah jom. Kan tertinggal flight cancel lah awak punya Korea tu,"

"Okay jom jom!"

Seoul Korea! Here I come for you babeh.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Sesampainya di Seoul, kami terus ke homestay yang memang ditempah awal. Mudah kerana Hayyan mempunyai kenalan yang terlibat dengan projek di Korea.

Penatnya. Eotteokhae?

"Kita rest dulu, petang nanti kita keluar cari makan," ujar Hayyan.

"Ye lah. Saya pun penat ni," aku terus lena. Penat sehhh.

"Ris bangun. Pergi siap siap nak keluar ni,"

Aku hanya basuh badan ala kadar sebab sejuk kot. Hahaha sorry sikit kita sembur perfume lah kasi wangi. Aku mengenakan tshirt hitam dan kot labuh. Walaupun musim bunga, tapi cuaca tetap sejuk.

Hayyan mencari location makanan halal yang dihantar oleh rakannya. Di sekitar Itaewon. Banyak jugak kedai makanan halal kat sini. Akhirnya kami masuk ke kedai Ahjumma Halal Restaurant *yee saya reka je*. Aku memesan kimbap, bibimbap, chicken lettuce wraps dan ramyeon. Jangan risau, tauke dia orang Islam.

Hayyan? Dia ikut je apa aku order. Makan je lah ye En Hayyan.

Makanan dia memang best lah! Jjang! Dah buncit dah. Pergh! Walaupun pedas tapi best lahhh. Hayyan muka dah merahh sebab dia tak tahan pedas. Hikhik. Sorry ye awak.

Usai makan, kami berjalan di sekitar situ. Suasana yang ceria!

"Awak," aku memanggil Hayyan.

"Hmm,"

"Takde apa lah," niat di hati nak tanya dia, dia ada niat tak nak ceraikan aku. Tapi timing tak kenalah.

"Apaa? Bagitahu aje lah," dia mendesak.

"Takde apa apa lah. Oh btw, thank you tau bawak saya datang Korea. Finally wishlist saya dah nak complete!" Terujanya sis!

"Alah. Kita tak pergi mana mana pun kan lepas kahwin. Takkan saya bawak Mariana je bercuti kan. Tak adil lah macam tu. Wishlist? Apa yang dah complete?" Soalnya.

"Em wishlist saya. Nak kerja, dapat gaji, lepastu nak beli kereta, travel dengan bff, kahwin, ada suami, honeymoon kat korea!" Jawabku excited!

"Habis apa yang tak complete lagi?" Tanya lagi.

"Emm. Nak stay dengan kawan kawan lepas dapat kerja. Tapi dah kena kahwin kan. Lepas tu, emmmm. Dah kahwin mestilah nak anak kan. Tu lah antara wishlist yang tak complete lagi,"

"Ohhh. Yang bab nak stay dengan kawan tu memang dah tak boleh dah. Tapi kalau nak baby tu boleh je kan," usik Hayyan. Ei tak malu!

"Suka hati awaklah!" Aku capai lengan Hayyan dan ajak dia ke sebuah kedai yang menjual aksesori. Cantik!

"Belikan saya satu eh. Satu aje. Gelang ni je. Alah gelang murah aje ni bukan tiffany & co,"

"Perempuan ni kan ada aje benda dia nak beli tiap kali berjalan. Hish. Ha ambiklah," dah nama pun perempuan kan.

Sebenarnya saja je aku suruh dia belikan gelang untuk aku. Ye lah. Dia tak pernah berikan aku apa apa selain barang hantaran. Nak lah jugak ada something yang boleh aku ingatkan dia selain cincin nikah ni.

Lama jugak kami berjalan. Ambil angin. Sejuk kot tapi cantik yang amat. Tak rugi datang musim bunga.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Aku rasa ni waktu yang sesuai nak tanya memandangkan kami dah balik dah mandi.

"Awak,"

"Hmmm," Hayyan menjawab sambil matanya pandang iphone.

"Kalau saya tanya awak jangan marah eh?"

"Apa dia,"

"Awak ada terniat tak nak ceraikan saya?"

Dengar soalan aku, terus Hayyan letakkan iphone di tepi.

"Apa punya soalan tu Airis Medina?" Dingin. Okay kalau dah sebut nama penuh tu memang dia marah.

"Tak. Jangan lah marah. Saya tanya je," jawabku perlahan.

"Habis tu siapa yang tak marah kalau tanya soalan macam tu? Siapa?" Marah Hayyan.

"Tak bukan macam tu. Saya tanya je. Sebab saya takut awak tahu tak. Macam mana kalau saya mengandung lepas tu awak lepas kan saya? Saya takut awak tahu tak?" Jawabku sebak. Sob sob.

"Its nonsense Airis. Saya takkan buat macam tu. Ingat saya ni jahat sangat ke nak buat macam tu? Come on Ris. This is our honeymoon. Don't ruin it with your stupid question!" Okay ayat last tu sis sentap. Sis rasa macam nak nangis ada jugak lepas kena tengking macam tu.

"Mana tahu my stupid question ni jadi kenyataan kan?" Jawabku tak puas hati.

"Airis Medina!" Hayyan mencerlung.

"Okay okay tak tak. Dah tak tanya dah. Jom tidur esok nak bangun awal," aku mengalah sebab aku takut! Hahahahaha. Kang tak pasal pasal kena tampar!

*actually sis sedih sebab tak boleh pergi konsert exo broken gilerr kot.






Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now