Bab 50

54.3K 1.5K 46
                                    

Tumpang lalu! Nak promote kejap.

Title : Takdir
By : Ryunnie

Korang free baca ya?

------------------------------

Sejak pertemuan secara tidak sengaja dengan Naufal tadi, aku masih tidak boleh berfikir waras. Macam macam bermain di benak fikiran.

Naufal dan Hayyan semakin rapat malah mereka sempat bertukar nombor telefon. Macam mana kalau Naufal beritahu Hayyan yang dia nakkan aku?

Macam mana kalau Naufal mereka reka cerita?

Argh! Serabut. Dan kalau itu berlaku, hubungan kami akan musnah. Aku baru sahaja ingin kecapi bahagia bersama suami, tetapi masih ada penghalang.

Aku berharap Naufal akan sedar dan menghentikan semua.

"Airis, kenapa diam je ni?" Hayyan yang memandu disebelah menegurku. Aku hanya diam dari tadi dan itu mungkin menghairankannya.

"Tak ada apa apa lah. Penat kot," bohongku. Takkan nak jujur cakap tengah risau pasal Naufal? Kan lain jadinya nanti.

"Penat ya? Tidurlah dulu. Nanti sampai abang kejutkan,"

Aku hanya menurut sahaja lalu memejamkan mata. Dari luaran memang nampak aku lena tetapi tidak. Dengan mata terpejam aku memikirkan pelbagai kemungkinan yang tidak diingini akan berlaku. Ya Allah! Tolonglah hambaMu ini.

"Sayang, dah sampai," Hayyan mengejutkan aku. Aku berpura pura seperti baru terjaga. Kali ini, kami akan menginap di homestay. Mudah katanya boleh memasak dan lebih selesa.

Malam itu kami hanya bersantai sambil menonton televisyen. Hanya makan nasi goreng yang ditapau di warung hadapan. Malas mahu keluar kerana Hayyan penat.

"Abang," panggilku.

"Hmm,"

"Abang tak ada benda nak beritahu saya ke?" Aku masih tertanya tanya apa sebenarnya yang terjadi antara dia dan Mariana.

"Tak ada kot," Hayyan masih mahu mengelak.

"Betul ni?" Aku masih tidak mahu mengalah.

"Ye lah ye lah. Ni mesti mama yang bagitahu kan?" Akhirnya Hayyan mengaku.

"Haritu mama call. Mama ingat abang dah bagitahu Ris. Cuba bagitahu Ris. Apa sebenarnya yang terjadi? Kenapa sampai bercerai?" Soalku sesal. Walaupun aku tidak berapa sukakan Mariana, tetapi dia masih isteri Hayyan. Bercerai adalah jalan penyelesaian yang terakhir. Mereka tak berbincang terlebih dahulu ke sebelum membuat keputusan?

"Abang dah tahu semuanya,"

"Tahu? Tahu apa?"

"Kenapa Ris tak jujur dengan abang? Kenapa tak bagitahu abang?" Tiba tiba Hayyan berpaling ke arahku.

"Dah banyak kali kan Ris cakap Ris tak buat. Tapi abang tu tak dengar. Takpelah. Benda dah lepas," aku tidak mahu memanjangkan lagi isu yang lepas. Yang lepas biarkan berlalu menjadi memori silam yang pahit.

"Okay I'm sorry. That time abang bingung sangat. Zita yang bagitahu abang semuanya. Susah juga nak pujuk dia untuk ceritakan semuanya. At last dia mengaku juga. Dia dah nak kahwin sebab tu dia cerita. Taknak benda ni menjadi kifarah," Hayyan meraup wajahnya.

Aku mendengar penjelasannya dan mengangguk faham. Akhirnya. Semua terbongkar.

"Tapi perlu ke abang ceraikan Mariana? Mungkin lepas apa yang dah jadi, dia akan berubah,"

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now