Bab 1

1.7K 47 3
                                    

Natalia langkah dengan lajunya kearah kereta setelah puas 'membeli belah' di kedai roti. Namun langkahnya terhenti saat badannya terlanggar seekor makhluk di hadapannnya.

'Aduh ! Gajah mana yang langgar aku ni ! Malang betul nasib aku hari ni !' marah makhluk itu.

'Ma..maaf.. Saya tak sengaja... Maafkan saya..' sambil menghulurkan tangannya untuk membantu makhluk itu berdiri. Saat mata Natalia terpandang mata jejaka itu, jantungnya berubah rentak. Rona wajahnya bertukar merah.

'Maaf ?! Kau tau tak orang macam kau ni patut dihumban dalam sangkar harimau , biar kenyang seminggu. ' jejaka itu berkata sambil menilik badan Natalia. Jejaka itu perasan yang wanita gempal dihadapannya seperti terpikat terhadap dirinya. Dia juga tidak menafikan bahawa tiada perempuan yang mampu menolak pelawaannya ketika diajak keluar bersama kerana packagenya yang serba lengkap.

'Apa yang kau pandang ? Aku taulah yang aku ni handsome, tapi orang macam kau ni tak layak berdamping dengan aku..jadi orang gaji pon belum tentu layak ! HAHAHA !' sinis jejaka itu.

Natalia terkedu. Siapa tak sentapkan kalau kita dicaci. Tapi perkara itu seperti sudah lali ditelinganya. Natalia menyambung langkahnya tanpa memandang belakang. Hendak lari tidak mampu, kerana dia takut kalau tersilap langkah, dia bakal jatuh seperti nangka busuk.. Matanya mula berair..

Jejaka itu memandang wanita gempal itu dengan perasaan jelik. Puas hatinya dapat menyembur wanita itu lalu pantas dia menjeling jam tangannya.. 'Aduh ! Malang betul..mesti bie marah aku sebab lambat ni..merajuk satu hal lagi.. sial betul harini !' bisiknya perlahan.

***

Natalia berbaring diatas katilnya sambil termenung, 'Apalah nasib aku, umur dah lanjut, tapi takde sape nk rapat dengan aku. Teringin juga nak ada teman. Memanglah ayah tak tanya...tapi..haish..' bisiknya. Dia mengiringkan badannya dan dia tidak mengambil masa yang lama untuk melelapkan matanya..

'Tok..Tok..' pintu biliknya diketuk buat beberapa kali. 'Masuk !' jeritnya.

Sangkanya Bik Jemah(gelaran yang diberi Natalia kerana mulutnya yang persis dengan gelaran itu), sangkaannya meleset apabila ayahnya yang melangkah masuk.

'Eh? Ayah rupanya, ingatkan Bik Jemah. Ayah nak apa ?' pelik juga sebab ayahnya jarang masuk ke biliknya petang-petang begini. Kalau malam tuh yela.. Sebab ayahnya rajin berbual bersamanya di balkoni bilik. Memandangkan mamanya telah meninggal dunia saat dia menginjak ke sekolah menengah akibat kanser. Ayahnya pula yang mengambil tanggungjawab mamanya. Mamanya rajin melayan dirinya dan adiknya bersama, namun kehilangan mama memberi kesan yang mendalam, kerana dia tiada sahabat untuk meluahkan nasib. Oleh itu ayahnya yang perasan akan perubahan dirinya lantas mengambil alih tanggungjawab ibunya yang satu itu. Walaupun ayahnya sesibuk mana sekalipun.

'Natalia sayang... Natalia dah ada teman ? Maksud ayah kawan lelaki ?' Natalia memandang ayahnya pelik.. 'apakah ayahnya sengaja bertanya, sedangkan ayahnya sudah tau jawapannya' natalia berkata dalam hatinya.

'Ayah bukan apa, ayah ingat nak jodohkan kamu dengan anak kawan ayah, anak Uncle Manaf tuh ?' muka Natalia berubah kerut. 'ayah ni biar betul ? Ada ke orang rela nak beristerikan perempuan gemuk macam aku ni ?'bisik hatinya.

'Ayah serius ke ? Orang tuh tau tak anak ayah ni gemuk...buruk.. Nanti kang menangis tak berlagu karang.. Hahaha' Natalia ketawa seperti mahu tak mahu demi menutup gemuruh.

'Takpe, ayah bagi Natalia seminggu. Pikir masak2 then nanti bagitau ayah, ok ?'

'ok..' jawab Natalia perlahan. 'macam mana ni ? hah ! minta petunjuk Allah !' bisik hatinya lagi.

***

'What ! Papa sedar tak apa yang papa dah buat ni? Papa nak jual Nafiz ke apa ?' jerit Nafiz dengan lantang sekali.

Agaknya kalau dia tinggal di kawasan taman, mahu satu taman dengar jeritannya. Nasib baik jarak rumahnya dengan rumah orang lain jauh, maklumlah rumah banglo la katakan.

'Nafiz ! Control your voice ! Cuba bayangkan, kalau kamu kahwin dengan anak Uncle Hisham tuh, syarikat kita terjamin kedudukan, kamu pun tau kan yang syarikat kita mengalami kerugian yang besar. Silap-silap boleh bungkus tau tak ?! Kamu sanggup ke nanti nak hidup merempat ?' kata Manaf sambil bermain psikologi dengan anaknya kerana dia tahu yang anaknya tidak sanggup hidup dalam keadaan susah.

Nafiz meraup mukanya dengan kuat dan meramas-ramas rambut yang sedia ada sudah kusut. Kepalanya sakit memikirkan perkara yang bakal terjadi. Dia tak sanggup dengan perepuan yang tidak dikenali. Malah dia sudah ada buah hati nya yang sendiri. Dia terbayang wajah buah hatinya itu, dengan liuk lentuk tubuh badan buah hatinya yang manja dan seksi itu. Senyuman kembali dibibir.

Namun senyumannya hanya sementara apabila papanya berkata, 'Kamu sanggup ke tak ? Kalau boleh perkahwinan itu dijalankan ASAP. Papa taknak tanggung risiko lama-lama.'

'Nantilah Nafiz bagi jawapan. Bagi Nafiz masa.' tanpa menunggu jawapan papanya, dia terus melangkah kebiliknya dengan hati yang sebal. Dia mahu menenangkan dirinya yang kusut itu.

***

Natalia sebenarnya gembira mendengar khabar yang disampaikan oleh ayahnya itu. Yalah, mana ada orang yang nak dekat dengan dia apatah lagi dia menutup status keluarganya itu. Dia rela tidak berkawan daripada berkawan dengan orang yang hipokrit.

Setelah seminggu berlalu, Natalia bercadang mahu menerima cadangan ayahnya itu. Hatinya melonjak kegembiraan kerana perkara yang bakal berlaku pada masa akan datang. Ayahnya memberitahu yang Uncle Manaf akan menghantar rombongan meminang hujung minggu ini.

***

'Papa ! Nafiz tak bagi jawapan lagi. Papa dah sesuka hati je nak hantar rombongan meminang. Rupa perempuan tuh..hah..pun Nafiz tak tau. Entah cantik ke tak. Nafiz kan dah ada buah hati, cantik , manja, seksi lagi. Nafiz tak setuju dengan keputusan papa !' bentak Nafiz.

'Entah abang ni. Anak kita kan muda lagi. Rupa perempuan tuh pun kite tak tau. Entahkan gemuk? Eiy , tak sanggup saya bermenantukan perempuan buruk.' kata Datin Sarah sambil membuat muka loya.

'Nak tunggu jawapan kamu ? Entah bila nak bagi. Dah kamu ikut je arahan papa. Papa bukan suruh kamu suka perempuan tuh, kahwin je. Lepastuh kamu nak buat apa dengan dia, ikut suka hati kamulah nanti.' kata Tengku Manaf.

'Argghh.. Papa ni ! Ma, tolong Nafiz ma..'

'Hah kamu Sarah, pandai2 kamu nak pujuk anak kesayangan kamu ni, kalau dia tak terima cadangan abang, maknanya jangan harap kamu dapat shopping lagi, kamu tak tau ke syarikat kita dalam masalah ?' Tengku Manaf cuba bermain psikologi dengan isterinya pula, anaknya dua kali lima je dengan isterinya, tidak sanggup hidup susah.

'What! Betul ke apa yang papa cakap tuh Nafiz ?' tanya Datin Sarah kepada anaknya.

'Hmm..' jawab Nafiz mahu tak mahu..

'Kalau macam tu mama tak kira, kamu ikut je cadangan papa tu' Tengku Manaf hanya tersenyum kegembiraan kerana pancingnya sudah terkena.

'Apa ni mama, tadi sokong Nafiz, ni kenapa sokong papa pula..' rengek Nafiz.

'Ok. Kalau kamu tak terima juga, kamu tidak akan dapat sesen pun harta papa. Dan kamu akan dipersilakan keluar dari rumah ni.' Tengku Manaf dapat merasakan kali ini anaknya tidak akan menolak permintaannya. Hatinya sempat mengira.. Tiga.. Dua.. Satuu..

'Yela.. Yela.. Nafiz ikut cadangan papa..' langkah dilajukan menuju kebiliknya, menunjukkan rasa tidak puas hati.

***

p/s : kalau kurang ke .. bahasa tunggang terbalik ke.. minta maaf la banyak2.. sbb ni kira pengalaman saya yang pertama.. komen je apa yang perlu , saya akan cuba semampunya untuk improve penulisan saya. sorry kalau kurang.. apapun terima kasih kerana membacanya :)


Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now