Bab 37

789 31 6
                                    

My Fav from EXO..  Growl

Khas untuk mana-mana lelaki yg sukakan Natalia. Macam Ryan, Izz dan yg bakal suka, Nafiz.. Huhu..

***

"Ryan... Ryan... Buat penat je aku drive sampai sini rupanya itu je yang dia nak cakap, buang masa betullah. Hish." Natalia menolak kuat pintu utama restoran tersebut, tiba-tiba...

Bukk!

"Auch!" kedengaran suara seorang lelaki di sebalik pintu tersebut.

"Eh, ada orang ke? Maaf... Maaf... Saya tak sengaja." Natalia segera menutup pintu tersebut dan meluru ke arah lelaki tersebut. 

"Encik, encik tak apa-apa ke. Saya minta maaf encik.. Saya tak sengaja tadi... Tadi saya geram sangat lepastu saya bukalah pintu tu kuat-kuat. Tak tahu pula ada orang kat belakang pintu tu..." Natalia tidak henti-henti meminta maaf, dia berasa bersalah kerana disebabkan dia ikutkan perasaan dia orang lain pula terkena. Dia cuba untuk melihat wajah lelaki tersebut tetapi dihalang oleh tangannya yang sedang mengusap-usap dahinya.

"Tak apa, nanti oklah ni. Kalau paling teruk pun benjol aje..." lelaki tersebut cuba untuk menenangkan Natalia. Pada waktu itu kepala yang ditundukkan sedari tadi diangkat dan tangannya dijauhkan dari mukanya.

"Eh, awak!" serentak mereka berkata sebaik sahaja melihat muka masing-masing.

"Awak ni orang yang menyibuk dalam gambar saya hari tu kan?" sepantas kilat Natalia menutup mulutnya dengan tangan apabila dia sudah terlepas cakap.

"Sorry again..."

"It's ok. Saya tak kesah pun. Ya, sayalah orang tu. Tak sangka kita boleh berjumpa kat sini lagi sekali. Should I introduce myself again?"tanya lelaki tersebut.

"Yes!" Natalia menutup mulutnya lagi sekali.

'Alamak! Nampak macam beria-ia pula aku ni... Hishh..' marah Natalia. Mulutnya dipukul perlahan.

"Haha.. Comel!" tanpa sengaja kata-kata tersebut terluah di bibir lelaki itu.

"Huh? Apa dia? Sorry saya tak dengarlah."Natalia memandang lelaki tersebut pelik.

'Dia cakap apa eh tadi? Apasal aku macam terdengar dia cakap comel tadi? Hah! Dia cakap aku comel kot... Hehe... Senangnya dalam hati, dipuji mamat hensem.. Huhu' sempat lagi menyanyi tu walaupun hanya di dalam hati.

"Tak ada apa-apa. Nama saya Izz. Selamat berkenalan!" Izz menghuluran salam perkenalan. Tangannya sedia untuk berjabat dengan Natalia.

"Aira Raisya. Panggil Ira je." Natalia dengan senang hati menyabut huluran tersebut. Hatinya berbunga riang. Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah terdapat seekor lalat terbang di hadapan mereka, cepat-cepat mereka melepaskan tangan masing-masing apabila tersedar.

'Haishh.. Masa ni juga kau nak terbang kat depan aku.' Izz hanya tersengih-sengih memandang Natalia.

'Ish! Sibuklah lalat ni, aku bunuh karang baru tahu!' bisik hati Natalia. Mereka sama-sama tidak puas hati disebabkan lalat itu.

"Saya nak min.." tidak sempat Izz menghabiskan kata-katanya tiba-tiba...

Bukk!

"Auch! Lagi sekali..." tanpa disangka-sangka pintu utama restoran tersebut mencium dahinya lagi sekali.

"Ouh.. Mesti sakit.. Sorry bro, aku nak cepat ni." Ryan terus mendesup pergi selepas hatinya puas mengenakan lelaki tersebut. Dari tadi dia menanggung sakit hati yang melampau dan akhirnya idea gilanya datang lagi.

"Kata tadi nak balik, kononnya penatlah, nak rehatlah. Ni boleh pula berbual dengan lelaki lain. Hish! Tengoklah nanti, aku tak nak tolong dia lagi. " gumam Ryan perlahan. Dari pandangan mata Natalia sahaja dia dapat merasakan bahawa Natalia meminati lelaki tersebut. Pada pandangan matanya kelihatan mata Natalia sedang bersinar-sinar melihat Izz. Dia segera memasuki keretanya dan berlalu pergi tanpa menghiraukan Natalia dan Izz yang memandang dia pelik.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now