Bab 30

876 33 6
                                    

First of all, saya ingin mengucapkan hundred thousands of terima kasih kepada seseorang yang membantu menjana idea baru-baru ini. Berkat pertolongan dia juga.. proses updated dapat dipercepatkan. :)

Mungkin kali ni agak rushing ceritanya. Sebab tak nak korang rasa bosan ? hehehe :V 
Hope korang still enjoy !

***

"Huarghh... Ngantuknya, dari petang tadi tak tidur. " Ryan mengeliat sebelum mejatuhkan punggungnya di atas kerusi di luar wad, kaki menjulur panjang kedepan.

''Hah..baru aku tahu nikmat duduk...'' Kepala disandar pada dinding manakala mata dipejam rapat.

"Arghhhh... " Matanya mencelik. Kepala menoleh kiri kanan.

Ryan yang terdengar jeritan nyaring itu bingkas bangkit berdiri mencari dari mana arah puncanya. Dia tercari-cari sehinggalah langkah kakinya terhenti dihadapan wad Natalia.

"Tak kanlah Natalia yang jerit, tak silap aku dia belum sedar lagi." bisik Ryan perlahan. Dia masih berdiri tegak di muka pintu wad memikirkan tentang jeritan yang didengarinya tadi.

"Entah-entah... Jeritan yang aku dengar tadi..." Ryan menggelitik ketakutan sambil memandang sekelilinganya,pantas. Apabila tiada bayang yang kelihatan dia menghela nafas lega. 

'Pranggg...' 

"Pulak dah.. Bunyi apa tu? Ni yang buat aku seram ni. Menyesal aku suruh mama balik tadi." gumam Ryan. Sungguh dia berasa seram apabila berada di hospital pada waktu malam bersendirian. 

"Iskk.. Iskk.." Tiba-tiba suara tangisan memecah kesunyian malam.

"Siapa pulaklah yang menangis waktu ni? Tapi apasal suara dia macam aku kenal je? Tak kanlah.." Ryan segera memulas tombol pintu dan alangkah terkejutnya dia melihat suara tangisan itu sebenarnya berpunca daripada Natalia. 

"Natalia! Awak tak apa-apa?" Ryan segera meluru ke arah Natalia. Dia menekan butang merah di kepala katil. Tidak sampai dua minit, kelihatan seorang doktor datang bersama dengan beberapa orang nurse.

Natalia yang perasan akan kehadiran orang lain terus berhenti daripada menangis. Dia merenung tajam satu persatu di antara mereka yang berada di situ dan pandangannya berhenti apabila tertancap pada Ryan.

'Aduh.. Janganlah tenung aku macam tu. Dah serupa mumia pula aku tengok. Berbungkus segala.' bisik hati Ryan. Apa punya doktor la.. takut dengan pesakit sendiri?

"Kenapa ?! Kenapa mesti aku?! " tengking Natalia. Tangannya laju mencapai gelas di sebelahnya lalu dibalingnya ke arah Ryan tetapi mujur Ryan sempat mengelak. Dicapai lagi satu gelas dan...

"Natalia, stop! Please, please put it down." lembut sahaja Ryan berkata dengan nada memujuk. Matanya mencerlung ke arah Natalia. Tetapi malangnya Natalia masih lagi enggan meletakkan gelas tersebut. Terketar-ketar tangannya menahan perasaan.

"I said put it down!" tegas Ryan apabila kelihatan Natalia cuba untuk membaling gelas tersebut ke arah doktor dan nurse yang berdiri di pintu. Ryan menjadi serba salah apabila mata Natalia menjadi layu, serupa orang di dalam kesedihan.

'Prangg...' 

Natalia melepaskan genggamannya dan secara tidak langsung gelas itu jatuh berderai atas lantai. Serpihan gelas ditenung lama kemudian tangisan dihambur.

"Isk... Isk... Hah..haha.. hahaha...."Namun tangisnya tidak lama, apabila ia bertukar menjadi 'evil laugh'. Semua tergamam melihatnya. Nurse yang ada di situ menjadi teragak-agak untuk mendekatinya.

"Hahaha... Isk..Isk.. Semua salah kau Nafiz! Sejak aku bertemu dengan kau hidup aku semakin malang. Tak cukup dengan kau sekeluarga membenci aku. Sekarang aku dah takde sesiapa. Isk..isk..haha..ha.."  Natalia melempiaskan segala amarahnya. Tidak lama kemudian amarahnya bertukar gelakan yang agak kuat.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now