Bab 48

751 30 1
                                    

Dear BOC's silent readers,
Saya minta maaf sgt2 atas ketangguhan ini. Harap korang x putus asa menanti BOC akan bakal tiba ke penghujungnya.. :'))

Kalau ada yg request utk dipanjangkan.. amat dialu2 kan. Kalau tak ada tak apa2. Begitulah..

By the way, enjoy ur reading!! :]]

***

"Ergh! Kusut kepala otak aku !" marah Nafiz. Rambut yang sudah kusut dikusutkan lagi. 

"Dah lah cari kerja tak dapat, mama dengan papa pula tak habis-habis nak desak aku cari duit, ingat senang ke? Dapat kerja pun belum tentu lagi." ngeluhnya pula. Wajahnya yang terpantul di cermin dipandang. Kelihatan rambutnya yang kusut masai beserta wajah yang mula ditumbuhi jambang.

"Ni semua salah kau Natalia! Sebab kau aku jadi macam ni!" Nafiz menunding jarinya ke arah cermin beranggapan seperti Natalia sedang berdiri di hadapannya. Apabila teringat kembali wajah Natalia mahu sahaja dia membunuhnya tetapi dia tidak mampu. Sedang dia sedang membebel sendirian, tiba-tiba suatu idea menjengah di fikirannya dan senyuman sinis mula terukir di tubir bibirnya.

 "Natalia, berseronoklah kau sekarang, sebab aku akan pastikan kau pula yang dapat balasannya.. Tengoklah nanti.. Hahaha!" ketawa Nafiz terbahak-bahak. 

Datin Sarah yang berada di muka pintu hanya memandang, langsung tiada hati untuk menghalang anaknya dari melakukan apa-apa. Setelah sekian lama memerhatikan Nafiz, dia perlahan-lahan beredar pergi.

***

"Mama, Ryan nak cakap sikit." Ryan melabuhkan punggungnya di hadapan mamanya. Pada ketika itu Puan Diyana sedang sibuk membuat kerjanya. 

"Cakap apa sayang? Mama dengar ni." jawab Puan Diyana tanpa memandang Ryan. Tangannya sibuk menulis sesuatu di atas kertas kerjanya. Setelah sekian lama berehat, kerjanya di butik semakin menimbun. Naknya kalau dia memilih untuk berehat lagi pasti kerjanya akan semakin bertambah.

"Em.. Er.."

"Cakap je lah, mama dengar ni." terus Puan Diyana mengangkat kepalanya memandang Ryan. Pen di tangannya diletakkan ke bawah. Pelik dia dengan sikap Ryan baru-baru ni. Ada aje benda yang dicakapkan kepadanya tetapi hanya 'em.. er..' sahaja yang keluar dari mulutnya.

"Kamu ada masalah ke? Cuba cerita kat mama." pujuk Puan Diyana lembut.

"Er.. Sebenarnya.. Em.."

"Cuba kamu cakap, mama penatlah dengar kamu asyik em.. er.. aje. Kalau kamu tak nak cakap kamu keluar je lah, mama sibuk ni." marah Puan Diyana tiba-tiba. Dia sebenarnya sudah tidak sabar untuk mendengar apa yang bakal dikatakan oleh Ryan dan si Ryan ni pulak boleh 'em.. er..' aje dari tadi. Buat orang sakit hati aje.

"Yelah.. yelah.. Ryan keluar je lah." putus Ryan tiba-tiba. Puan Diyana yang mendengarnya terus terkejut.Tak sangka Ryan mengambil serius dengan apa yang dikatanya tadi. Cepat-cepat dia menyambar tangan Ryan ketika Ryan seperti sudah mahu beredar.

"Hish kamu ni! Mama cakap aje. Yang kamu ikut tu kenapa?" tanya Puan Diyana.

"Habis tu mama cakap kalau Ryan tak nak cakap, keluar aje. Jadi Ryan nak keluar lah ni." jawab Ryan selamba. Puan Diyana sudah tergeleng-geleng memandang anaknya.

"Aduh... kamu ni. Dah, duduk balik!" arah Puan Diyana. Ryan duduk semula sambil memandang Puan Diyana.

"Ryan, cuba kamu cerita kat mama. Kamu ada masalah ke? Cerita je, nanti kita boleh cuba selesaikan sama-sama." pujuk Puan Diyana semula. Kali ini dia mengusap-usap tangan anaknya.

"Mama tengok baru-baru ni kamu asyik termenung aje. Bila mama tanya kamu tak nak jawab, mama risau tau tak? Kamu kalau ada masalah cerita aje, jangan pendam seorang diri. Ok sayang?"tanya Puan Diyana.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now