Bab 39

769 26 0
                                    

Setelah seminggu 'mengenali' Nafiz, hubungan diantara mereka semakin rapat. Dan pada hari itu juga Natalia sudah boleh berpindah masuk ke rumah barunya.

"Hurm.. Boleh tahan rumah ni. Nasib baik dalam masa seminggu ni rumah ni dah bersih termasuk susun perabot-perabot baru." Natalia berjalan memasuki ruang tamu. Dia menarik beg pakainnya masuk dengan hati yang gembira. Dia melabuhkan punggungnya di sofa yang sudah disediakan.

"Eh, lupalah nak telefon Ryan dengan mama. Aku kena bagitahu dia orang yang aku dah pindah masuk rumah ni." serta merta Natalia mengeluarkan telefon bimbitnya daripada handbagnya. Dia menekan nama Ryan dan melekapkan telefon ke telinganya.

"Helo Ryan!" sapa Natalia gembira.

"Helo. Dah lama awak tak telefon saya kan? Mama dah rindu kat awak tahu tak? Tiap-tiap hari mesti mama tanya Ira telefon tak? Penat saya nak jawab!"sembur Ryan sebaik sahaja dia mengangkat panggilan Natalia. Mana taknya, hampir seminggu Natalia tidak menjawab panggilannya, hatinya pula asyik menanggung rindu terhadap perempuan itu.

"Haih? Mama yang rindu ke awak? Saya setiap hari telefon mama, tak kan lah kejap je mama dah rindu? Hah! Cakap betul-betul, sebenarnya awak yang rindu saya kan? Betul tak? Haha." duga Natalia. Dia sudah ketawa terbahak-bahak apabila membayangkan muka Ryan ketika itu.

"Hish minah ni! Mana ada saya rindu awak, saya saja je cakap macam tu, mana tahu awak ni sebenarnya dah lupa pasal saya.. Yelah kan, dah ada pak we baru pak we lama terus ditinggalkan.. Hurm.."

"Hey! Apa pula cakap macam tu. Mana ada saya tinggalkan awak. Saya kan tengah sibuk bekerja. Sekarang ni saya tengah nak naikkan nama saya. Awak tu pun tak payahlah asyik nak tuduh pelik-pelik. Dan lagi satu, bila masa awak jadi pak we saya hah?" Natalia mengjongketkan keningnya walaupun dia tahu yang Ryan tidak menampaknya.

"Hehe.. Saje je, tak payahlah marah."

"Hehe.. Hehe.. Sekeh kang baru tahu." ajuk Natalia.

"Sekeh? Hek eleh minah ni, duduk jauh sana ada hati nak sekeh saya? Ish.. Ish.. Ish.. Berangan je lebih." Ryan sudah tergelak sendiri. Dia pasti wajah Natalia waktu itu pasti sudah berubah.

"Awak jangan uji kesabaran saya! Nanti kang saya ambil flight ke sana semata-mata nak sekeh kepala awak tu je, baru tahu."

"Yelah.. Yelah.." Ryan menyerah kalah. Kalau tidak sampai bila pun pergaduhan tersebut tidak akan selesai memandangkan Natalia jenis yang tidak mahu mengalah.

"Ni kenapa awak tiba-tiba telefon saya? Rindu ke?" Rupanya dia masih lagi tidak berpuas hati menyakat Natalia.

"Rindu? Tak ada maknanya. Saya cuma rindukan mama, papa dan.. " balas Natalia.

"Dan siapa?" Ryan sudah berkerut dahi. 

"Janji bukan awak. Ala.. Awak tak payah tahulah. Sibuk je." Natalia sengaja berhenti di situ, malas mahu meneruskannya.

"Entah-entah awak rindu mamat yang hari tu tak?" teka Ryan.

"Eh? Macam mana awak tahu? Woo.. Pandailah awak ni, tak payah bagitahu awak sendiri dah tahu." Natalia sudah ketawa mengekek tetapi tiada suara yang keluar. 

"Hurm.. Saya memang pandai pun.." sayu sahaja suara Ryan tapi dia masih lagi sempat nak puji diri sendiri.

"Dah.. dahlah tu cakap pasal rindu.Ni saya nak bagitahu awak yang saya dah pindah masuk rumah baru saya. Nanti boleh tak awak tolong bagitahu mama pasal ni?" Natalia kembali berbincang pada topik asal.

"Aik? Tak kan baru pindah masuk awak dah sibuk sampai tak boleh bagitahu mama sendiri?" tanya Ryan pelik. Setahu dia rumah itu sudah siap dikemaskan dah pun, apa lagi yang nak diuruskan?

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now