Bab 6

852 50 0
                                    

Selepas selesai menghidang makanan, Natalia masuk ke biliknya. Dia ingin segera mandi, sungguh dia tidak tahan dengan badannya yang bukan sahaja melekit , malah juga berbau masam.

Setelah mandi, badannya terasa ringan. Hilang segala penatnya pada hari itu namun dia tidak dapat menahan matanya yang sudah memberat. Dia menapak ke katil, cuba untuk melelapkan matanya sebentar. Belum sempat dia menutup mata, dia terdengar seperti seseorang sedang memanggilnya .

'Adik ooh dik ! Jomlah makan sama-sama. Kak Naurah dah lapar ni.' jerit Naurah yang sedang tunggu kehadiran Natalia di tangga.

Natalia segera ke bawah dan melihat semua ahli keluarga suaminya itu sudah berada di meja makan. Tunggu masa untuk makan sahaja. Natalia perasan akan pandangan yang diberikan oleh Datin Sarah dan suaminya itu, bukan dia tidak tahu yang mereka tidak menyukai kehadirannya untuk makan bersama-sama.

'Adik, duduk sinilah. Akak dah lapar ni. Tadi akak yang suruh papa tunggu adik, so that we can eat together.'Natalia hanya mengangguk. Dia berjalan ke meja makan lalu menarik kerusi di sebelah Naurah yang sedia menantinya.

'Kak Naurah boleh speaking juga rupanya. Aku terpandang rendah kat Kak Naurah. Sorry Kak !' bisik Natalia sambil menyedekahkan senyuman yang manis kepada Naurah.

'Hah Naurah ! Dah boleh mula makankan ? Isk, sibuk sangat nak tunggu budak gemuk tu makan sekali.' perli Datin Sarah dengan ton suara yang masih boleh dikawal.

'Sarah , kan depan makanan ni.' tegur Tengku Manaf, tegas sekali. Tengku Manaf seorang yang tertib sekali apabila berdepan ketika makan.

'Yela ! yela !' Datin Sarah memonyokkan mukanya.

'Dah makan.' tengku Manaf bersuara lagi. Datin Sarah dan Nafiz jelas sekali tidak puas hati dengan keadaan itu. Nampak ketara dengan muka yang berkeriut macam asam kecut memandang kearah Natalia dan Naurah. Natalia yang baru sahaja hendak mencedok lauk terkedu memandang dua makhluk yang tidak puas hati terhadapnya.

Naurah yang perlakuan Natalia segera menyampuk, ' Eh makanlah, adik. Sini akak cedokkan.' Naurah ligat sekali mencedok segala makanan dihadapannya ke pinggan Natalia. Dia sudah biasa dengan jelingan singa betina itu dengan anaknya. Jadi nak heran ape ? 

Suasana makan ketika itu awkward sekali bagi Natalia. Dengan jelingan tajam, nasib baik ada Kak Naurah disebelahnya. Kalau tak memang tak lalu nak makan. Naurah sahaja yang sanggup melayannya di rumah ini. Kalau tadi dia ada Bik Santi, tapi bik Santi dah balik indon. Tapi peliklah kenapa Bik Santi tak cakap apa-apa pon. Dia selesa sekali berbual dengan Bik Santi walaupun baru sahaja bertemu beberapa jam lepas. Natalia menghabiskan makanannya perlahan sekali dengan fikirannya yang menerawang di tempat lain.

'Adik ! Adik ! Apa ni makan , lepastu termenung ni. Akak dah habis makan dah.' Natalia memandang sekeliling. 'Eh? Sejak bila diaorang dah habis makan ni. aku termenung jauh sangat ni' bisiknya perlahan kemudian mempercepatkan suapannya.

'hehe, sorry kak. Tadi terbang sekejap.' jawab Natalia dengan mulut yang penuh.

'Terbang ? Bila masa adik terbang ? Akak nampak adik duduk je kat sini dari tadi? Lepastu, makan tuh biar habis baru cakap. Papa selalu tegur Kak Naurah tau.' tegur Naurah. 

Dush ! Kena sebiji. 'Macam manalah aku boleh lupa keadaan Kak Naurah ni ! Lain kali tak boleh guna bahasa tak direct ni bila berbual dengan Kak Naurah.' Bisik hati Natalia.

'Bukan la akak, maksud saya terbang tadi tuh termenung la kak. Akak ni takkan tak tau.' Naurah hanya menganggukkan kepalanya.

'Dah cepat makan, Lepastu kita boleh sambung main.' ceria sekali suara Naurah.

Natalia menelan air liurnya. Main ? Sendi badan dah longgar dah ni. ' Akak, kita main esok je la ? boleh ? Adik penat la. ' pujuk Natalia.

'Hmm. yela. Nanti akak ajak Bik Santi la !' Naurah tidak perasan yang Bik Santi sudah tidak ada dari tadi. 

'Akak, Bik Santi cuti la kak. Dia dah balik indon. Datin Sarah cakap tadi. Lauk ni pun semua adik yang masak masa akak tidur tadi.' terang Natalia.

'APA ! Alaa, akak takde teman nak main la kalau macam ni.' Naurah dah mula merengek.

'Eh kak, adikkan ada. Tapi esoklah kita main eh ?' pujuk Natalia sekali lagi.

'Hmm yela.. Janji tau esok kita main.' Naurah mengeluarkan jari kelingkingnya , membuat perjanjian.

Natalia pun menyambut jari Naurah untuk mengikat perjanjiannya itu. Naurah tersenyum gembira melihat geng main barunya.

Natalia bangun dari duduknya sedia untuk mengemas meja makan.

***

'Ma , apa kita nak buat dengan gemuk tu ma. Sakitlah mata nak pandang. Sakit lagi hati ni nak ngadap. ' rengus Nafiz.

'Alaa.. Nafiz buat je macam biasa. Mama tau la macam mana nak kerjakan budak gemuk tu. Nafiz relax ok ?' Datin Sarah tersenyum sumbing.

'Ok. Nafiz nak masuk bilik. Esok ada meeting pagi.' Nafiz berlalu ke biliknya dengan hati yang tenang. Datin Sarah pula ligat memikirkan cara-cara agar Natalia menyesal berkahwin dengan anaknya sambil memandang tv kosong. Dia bakal pastikan yang Natalia sengsara.

Apabila idea jahatnya muncul, dia pun berlalu masuk ke biliknya dengan senyuman yang lebar. 

***

p/s : Kalau korang rasa citer saya ni ok, tolonglah saya vote. takpun promote kat kengkawan korang. kalau agak2 dah bosan tuh. komen je. I dont care(but do not ever curse). Mungkin dengan cara itu saya boleh perbetulkan masalah saya :') 

thnx kerana sudi membaca :D




Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now