Bab 51

723 26 2
                                    

''Natalia dah sedar!'' Ryan terkedu. Tangannya tiba-tiba menggeletar.

'Ini bukan mimpi kan?' Ryan tertanya-tanya. Dia sudah terlalu banyak berhalusinasi. Takut untuk mempercayai situasi pada kali ini.

'Tak.. aku berhalusinasi je..' Ryan memujuk diri.

Tangan kembali menaip kerja yang tergendala tadi dengan hati sebak.

Tatkala dia ingin mencapai telefon-nya disisi laptop, dia baru tersedar fon-nya tiada. Kepala memandang sekeliling.

''Jatuh ke tadi?'' Ryan mengutip telefon dengan keluhan kecil.

'Jatuh?'

''Macam mana boleh jatuh.. maksudnya tadi..''

'Where are you now
Atlantis
Under the sea
Under the sea
Where are you now?
Another dream
The monster's running wild inside of me'

Telefonnya berbunyi sekali lagi.

''Ryan! Kamu kat mana sekarang? Natalia dalam keadaan kritikal tiba-tiba. Cepat datang!'' Jeritan Puan Diyana cukup membuat Ryan tersentak.

Dengan pantas Ryan mencapai kunci kereta, dompet dan telefonnya, sehingga terlupa yang dia hanya bersinglet sahaja.

Kereta dipandu dengan laju. Dipecut sehabis boleh. Jantung berdebar laju.

''Natalia...bertahan sayang. Saya tak mampu..kalau saya betul-betul kehilangan awak.'' sendu Ryan.

***

''Ma.. Natalia macam mana?'' Tanya Ryan semput. Agak mengah kerana tiba-tiba berlari sepantas itu. Dihiraukan segala pandangan orang sekeliling dari tadi. Dia perasan yang ramai pengunjung terutamanya 'wanita' memandangnya lama. Tapi dihiraukan sahaja pandangan liar itu.

''Natalia ok. Doktor baru je keluar. Hah! Kamu pun satu, yang tak sarung baju dulu tu kenapa? Cuba tengok nurse kaunter depan tu, terngendap-ngendap. Haih.. ni buat kerja ke makan gaji buta. '' bebel Puan Diyana sambil menggeleng.

Ryan memandang tubuhnya.

''Hehehe.. Ryan terkejut sangat. Sampai tak perasaan yang Ryan se-seksi ni.'' kata Ryan sambil mengusap-usap kedua-dua lengannya yang makin terserlah ototnya ketika berpeluk tubuh.

''Dah..dah.. Jom kita pergi sana. Tengok Natalia macam mana.'' Puan Diyana menarik anaknya agar berjalan sama. Sakit matanya memandang anaknya menjadi tumpuan.

''Ryan nak jumpa doktor kejap.''

''Tak payah. Biar mama je yang jumpa. Kamu pergi tengok-tengokkan Natalia.'' Jangan harap dia nak biarkan anaknya menjadi tumpuan utama. Apatah lagi doktor yang merawat Natalia itu juga seorang wanita.

''Yelah..''

Ryan menolak pintu wad itu perlahan.

Kepala menjenguk masuk dahulu, dikuti dengan badannya. Mata memandang Natalia terbaring lemah. Muka Natalia pucat sekali. Didekati Natalia lalu duduk di kerusi berdekatan dengan katil itu.

Tangan Natalia dicapai lembut.

''Natalia...'' panggil Ryan sekali. Sungguh dia ingin menjadi orang pertama tatkala Natalia membuka matanya.

Ryan terdiam apabila dia ternampak air mata mengalir dari mata Natalia. Diseka air mata Natalia.

''Natalia, kuatkan semangat ya. Saya akan sentiasa disisi awak.''

Tidak lama kemudian, seseorang terjah masuk ke dalam wad. Mukanya merah. Ryan sangkakan itu mamanya, namun mamanya tidak mungkin akan menjadi sekalut itu. Kepala dipaling ke belakang. Seseorang lelaki bersarung kot doktor dipandang kaget.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now