Bab 33

894 31 1
                                    

Sorry for making you guys waiting.. Hope you enjoy :)

***

 ''Ira, mama rasa dah tiba masanya Ira sayang bertindak. Mama tengok Ira dah sedia fizikal mental,kan? Apa yang Ira patut belajar, rasanya semua dah ok. So, I'm gonna tell you the plan.'' kata Puan Diyana, serius. Natalia hanya mengangguk setuju. Api dendamnya mula membara. 

Beberapa minggu lepas, perkara yang amat ditakuti Natalia akhirnya menjadi kenyataan. Dia dimaklumkan bahawa syarikat papanya sudah jatuh ke dalam tangan Nafiz. Dan perkara yang mendorong semangat dia untuk terus berubah semakin marak apabila dia diberitahu yang share miliknya turut berpindah milik.

Tak cukup dengan syarikat, segala harta peninggalan ayahnya juga sudah disapunya. Natalia sendiri hairan, bagaimana Natasha sebagai pewaris tunggal ketika itu boleh membiarkan sahaja semua perkara itu berlaku sewenang-wenangnya. 

''Mama nak Ira jadi model utama mama dalam pertunjukan seterusnya. Kali ini akan ada orang luar yang menyaksikannya. Mungkin ini peluang Ira untuk menonjolkan diri. Mana tahu tersangkut, Ira juga yang untung. Boleh bersaing dengan adik Ira pula. Sebab diaorang nak pilih sorang model untuk dijadikan duta kosmetik syarikat diaorang. Kiranya macam two in one lah. Sebab first, Ira akan terkenal, dan secara tidak langsung Ira juga boleh dekatkan diri dengan diaorang.'' terang Puan Diyana panjang lebar.

''Tapi, apa maksud mama yang Natalia boleh dekatkan diri dengan diaorang dengan terkenal.'' tanya Natalia.

''Ok. Sebenarnya mama tahu si Sarah tu akan cuba rampas kamu daripada mama.'' jelas Puan Diyana ringkas.

''Hum? Rampas Ira dari mama?'' Dahi Natalia bertambah kerut.

''Mama cakap ni berdasarkan rumors. Nak cakap rumors tapi rasanya macam tak, sebab benda ni dah kena batang hidung mama dah pun.'' Puan Diyana mengeluh perlahan.

''Sebelum ni model yang paling top dari butik mama dah kena rembat dengan beruk tu. Masa tu butik mama ni baru nak naik. Tup-tup mama dapat tahu yang perempuan tu dah batalkan kontrak secara tiba-tiba. Mama apalagi, marahlah. Siasat punya siasat, baru tahu yang dalangnya si beruk tu.'' rungut Puan Diyana. Cushion bantal di atas sofa ditenyeh kuat, macam orang baru nak lepaskan geram.

''Masalahnya, bukan mama sorang je kena. Ramai lagi model dari butik lain dia curi dengan memberi tawaran yang lebih lumayan, katanya. Sebab itu jugalah ramai yang tak suka dengan Sarah si musang tu.'' omel Puan Diyana lagi. 

'Marah benar mama dengan si Sarah tu. Kejap beruk, kejap musang. Entah apa lagilah agaknya gelaran yang mama bagi kat Sarah tu?' bisik hati Natalia.

''Relax ma.. Ira yakin. Kali ni Ira akan berjaya.'' tekad Natalia.

''Andai kata kalau betullah jangkaan mama, jangan lupa bagitahu mama. Mama akan beritahu apa yang Ira patut lakukan. Apa yang penting sekarang, mama nak Natalia confident dan buat betul-betul apa yang mama dah ajar selama ni.'' pesan Puan Diyana.

''Baik mama. '' Kepala Natalia diusap Puan Diyana lembut. Semakin tumpah sayangnya kepada anak itu. 'Kenapalah gadis sebaik kamu ni didengki hanya kerana luaran.' monolog hati Puan Diyana.

***

Pada hari pertunjukan itu, Natalia bersiap fizikal mental. Dia mengambil tempat di hujung dewan melihat keadaan sekeliling sambil membelek isi telefonnya. Ada juga beberapa jejaka tampan cuba mendapatkan nombornya , tapi ditolak permintaan mereka dengan cara baik dan sopan. Kerana apa? Sebab musuh tak perlu dicari. Cukuplah yang satu itu sahaja.

Dalam pada masa yang sama, mata sesekali tetap mengerling sekeliling. Mencari mamat mata hijau-coklat. Mana tahu dapat jumpa, bolehlah buat cuci mata. Kalau untung, dapat berkenalan pun ok juga, detik hatinya. Namun harapannya hancur, bayang pun tak nampak apatah lagi orangnya. Dia bingkas berdiri dari duduknya. Bersedia untuk pertunjukan yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi. Kaki berjalan menuju ke belakang pentas.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now