Bab 19

729 33 0
                                    

'Hausnyaa..Kalau dapat pekena air sejuk sedap ni.' Natalia merangkak turun dari katilnya. Belum sempat dia melangkah ke luar bilik, dia ternampak Nafiz berjalan di hall tengah tetapi arahnya bertentangan dengan jalan ke biliknya.

'Eh? Apasal dia pergi sana. Bilik dia kat depan ni je kot.' Natalia mengintai dari celah pintu.

Hilang sahaja bayang Nafiz, Natalia terkedu. Kakinya lemah tiba-tiba.

'Apa dia buat kat bilik tu? bukan ke itu bilik.. Tak.. Aku tak percaya ! Aku baru nak merasa kebahagiaan. Tak, Aku kena pastikan dulu.' Natalia berperang antara dua fikirannya yang bersangka baik dan buruk.

Kebahagiaan? Dia pun tak pasti. Kalau bahagia kenapa masih tidur bilik berasingan. Natalia ada menanyakan soalan itu semalam, tetapi Nafiz berjaya memutarkan belitkan ayatnya dan tak disangka Natalia termakan pula dengan kata-kata Nafiz. Natalia sudah biasa bersangka baik dari kecil, semua kerana mamanya selalu memberi jawapan yang serba positif setiap kali soalan diacukan.

Natalia membuka pintu perlahan. Kakinya berjengket-jengket ke bilik yang dimasuki Nafiz.

'Huuh.. pintu tak tutup rapatlah..' Natalia mengintai melalui celah pintu. Nafiz ada kat dalam bersama Natasha. 

'Apa yang diaorang buat tu? Natasha ni pun satu, kalau ye pun nak pakai baju serupa tak berbaju tu, pakai je lah kat rumah. Ini tak... ' gumam Natalia.

Natalia tergamam apabila tangan Nafiz mula melingkar pada tubuh Natasha. Satu badan dia keras terkaku. Kakinya lemah untuk melangkah pergi namun dia tidak sanggup melihat kecurangan suaminya berpeluk sakan dengan adiknya sendiri. Dikerah segala kekuatan untuk berdiri.
Kemudian, tangannya kencang menolak pintu bilik itu.

'Buumm !'

Kedua-dua makhluk didalam bilik itu memandang terkejut kearah Natalia.

'How dare you..! And you too..' Jarinya ditujukan pada Natasha pula. Natasha mula cuak. Nafiz menayangkan muka selamba. Dia sudah buat keputusan yang dia akan melaksanakan rancangannya sendiri. Dia tidak mampu berpura-pura berbaik dengan perempuan gemuk seperti yang dirancang mamanya.

'Sampai hati kau buat kat aku macam ni. Tak habis lagi ke dengki kau kat aku selama ni ?!' berjurai-jurai air mata Natalia melafazkan amarahnya. Sungguh sakit hatinya ketika itu. Ditepuk dadanya kuat berkali-kali.

'Sayang.. macam mana dengan rancangan mama you? You tak takut ke mama you marah kalau dah jadi macam ni?' bisik Natasha ke telinga Nafiz. 

Betul jangkaan Natasha. Datin Sarah datang terkocoh-kocoh setelah mendengar jeritan Natalia.

'Nafiz ! I told you ! Apa yang kamu buat ni ?' Datin Sarah terkejut dengan keadaan Natasha yang masih dalam pelukan Nafiz.

Natalia yang tidak sanggup menatap keadaan itu lebih lama terus berlari ke biliknya mengambil handbagnya. Telefon dicapai lalu disumbat kedalam beg. Kemudian berjalan keluar dari rumah itu dengan segera. 

'Maafkan Natalia, Kak Naurah. Natalia tak sempat nak ucapkan selamat tinggal. Natalia tak sanggup nak berlama kat rumah tu lagi.'Naurah kalau tidur memang mati habis. Jeritlah macam mana tak terbangun pun dia. Natalia melangkah keluar dari kawasan perumahan itu menuju ke perhentian bas yang berdekatan.

Tangannya terketar-ketar mendial nombor teksi. Dia mahu pergi sejauh mungkin. Sebelum itu dia mahu ke rumah ayahnya dahulu mengambil beberapa barang keperluannya yang lain. 

Sepanjang menunggu teksi datang, sepanjang itu jugalah dia menangis. Silauan cahaya menunjukkan teksi sudah tiba. Yelah, malam-malam dekat kawasan ni memang sunyi sikit, tak banyak kereta yang lalu-lalang. Jadi dia boleh agak yang datang tu pak cik teksi.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now