Bab 52

745 26 2
                                    

Taylor swift- You Belong to me

***

"Tak..tak mungkin. Nat-natalia tak mungkin suka kat mamat tu." bentak hati Ryan. Kerana tidak dapat menahan perasaannya sendiri, Ryan akhirnya putus untuk berlari keluar. Air mata lelaki jatuh buat kesekian kalinya. Tiba-tiba dia merasakan dia tewas untuk mendapatkan Natalia setelah lama menunggu.

Puan Diyana pula pada awalnya ingin turut mengejar anaknya, namun memandangkan dia perlu tahu keadaan Natalia, nak tak nak dia perlu menunggu.

"Doktor, Aira tak ada apa-apakan?" soal Puan Diyana.

"Cik Aira ada rasa sakit mana-mana ke? Tapi kalau rasa lenguh dengan kebas itu perkara biasa, memandangkan cik baru sedar daripada koma setelah beberapa bulan tidak sedarkan diri.

''Hmm.. badan saya sakit bila gerak banyak sangat. Lagi-lagi kawasan yang berbalut ni. Boleh saya tahu mengapa badan saya 'berbungkus' macam ni? Apa yang berlaku?" tanya Natalia berterusan.

Puan Diyana dan Izz memandang Natalia dan doktor itu bersilih ganti.

"Awak lupa ke? Awak tak ingat macam mana awak boleh cedera?" tanya Izz pada Natalia pula.

''Hmm.. tak. Tapi apa yang buat saya cedera macam ni sekali. Satu badan saya sakit-sakit. Belum lagi  saya rasa tulang-belulang saya ni macam nak putus je bila bergerak." terang Natalia bingung. Kepalanya masih tidak mampu mencerna situasi yang sebenar tika itu.

''Ira sayang tak ingat ke yang .. kamu tu kena tembak? Bukan sekali, tapi berkali-kali?'' giliran Puan Diyana pula yang bertanya.

Natalia terdiam. Ya! Dia baru ingat! Tapi, mengapa ingatannya samar-samar? Kepalanya turut sakit jika berfikir secara berlebihan. Tapi ditahan sahaja sakit itu dengan enggan mengingati masa lalu.

''Tapi doktor, kenapa ingatan saya samar-samar? Kepala saya pun sakit bila saya fikir balik perkara sebelum ni. Macam mencengkam je sakitnya." Luah Natalia sambil memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangan.

''Jangan risau. Mungkin kesan daripada koma yang terlalu lama, membuatkan ingatan awak lemah. Lagipun memori awak akan kembali secara perlahan.'' terang doktor itu.

''Buat sementara ni awak rehat dulu, jangan fikir secara melampau. Nanti nurse akan membuat check-up untuk melihat keadaan awak secara menyeluruh. And for now let just be grateful for the fact that she woke up.'' kata doktor itu lagi sebelum pamit keluar.

''Terima kasih doktor.'' kata Puan Diyana dan Izz srentak.

***

"Izz, nanti kita jalan-jalan jom. Saya dah bosan terperuk dalam bilik ni. Please?" Natalia membuat muka. 

''Hmm, tapi kaki awak tu tak kuat lagi. Mampu ke nak jalan lama? '' tanya Izz pula.

''Alaa.. awakkan ada? Taknak tak apalah. Saya ajak orang lain jelah macam ni.'' rajuk Natalia. Jauh hatinya apabila permintaannya ditolak.

''Eh, bukan tu maksud saya. Tapikan Natalia, betul ke awak tak ingat kesemua perkara sebelum ini?"

''Maksud awak?'' Natalia pelik apabila perkara itu dipersoalkan.

''Hum.. maksud saya.. betul ke awak suka kat saya? Bukan apa, humm.. tak pe lah. Abaikan je apa yang saya katakan tadi.''Izz tersenyum manis. Izz takut untuk bertanya lebih. Tapi hakikat sebenarnya dia masih tidak bersedia mendengar jawapan yang bakal keluar dari mulut Natalia. Natalia hairan. Pelik dengan persoalan yang diutarakan oleh Izz tadi. 

''Hmm.. okaayy.'' Natalia tidak tahu hendak berkata apa. Dia sendiri pelik bagaimana mulutnya lancang berkata yang Izz itu orang kesayangannya. Sedangkan dia masih tiada jawapan untuk soalan yang ditanyakan Izz. Apa yang dia rasa Izz itu seseorang yang agak baik juga untuk dirinya, namun apabila Ryan berada dihadapannya, hatinya mula berbolak-balik. Akhirnya kepalanya sakit mengenangkan masalah itu. Untuk ambil jalan mudah dia hanya mengikut apa sahaja kehendak kepalanya tanpa merujuk hati terlebih dahulu.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now