Bab 53

703 32 0
                                    

NEXT CHAPTER WOULD BE THE LAST :')

*So sama ada happy ending or the ending that you'll never imagined ..u guys need to vote..
(less than 8 => sad;
more than 10=> so-so ;
more than 16=> Happy ending)
So.. hope u guys enjoy..
  (Tarikh akhir 11 nov 2016)

***

Nafiz berjalan laju menuju ke sebuah bilik. Sepanjang berjalan dia hanya menundukkan kepala. Dia membetulkan topi di kepala dengan tangan yang menggigil tatkala matanya tertangkap dengan orang lain. Tangan meraba sesuatu di belakang seluar, perlahan-lahan dia menarik keluar dari seluarnya sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik yang ditujui.

Tergeleng-geleng kepalanya melihat susuk tubuh itu terbaring kaku di atas katil. Senyuman sinis terukir di bibir. 

''Natasha..Natasha.. Kalaulah kau ikut cakap aku..'' pipi Natasha dielus lembut. Muka Natasha yang agak pucat dipandang kosong.

''Tapi aku tak salah. Kau sendiri yang minta aku tembak kau. Aku tak niat sedikit..pun.'' Nafiz berkata dengan wajah sedih. Namun tidak lama, wajah itu bertukar dengan riak gembira. Setiap inci bilik itu dipandang sekilas. Kaki bebas bergerak di sana-sini.

''Memandangkan kau dah permudahkan kerja aku hari tu, kali ni turn aku pula balas jasa kau. Mesti kau seksakan tidur kat bilik ni sorang-sorang? Takde orang teman.. Takde orang datang lawat kau.. Takde orang jaga kau..'' Nafiz diam seketika. Dipandang Natasha yang terbaring tajam. Kakinya melangkah mendekati Natasha sedikit demi sedikit. 

Kemudian disuntik sejenis cecair kedalam tiub yang bersambung pada tangan Natasha. Nafiz tersengih puas. Tidak cukup dengan itu dia matikan pula alat bantuan pernafasan milik Natasha. 

Sebaik sahaja badan Natasha mula berombak naik turun, dengan pantas kaki Nafiz melangkah keluar. Topi dikepala dibetulkan beberapa kali sebelum dia melangkah jauh. 

''Selamat tidur sayang...'' Nafiz berbisik perlahan dengan senyuman lebar.

***

''Anak tak guna! ! Berani kau jejak kaki kau kat rumah ni lagi?! Kau keluar sekarang !'' Pekik Tengku Manaf.

''Abang.. dah la tu. Janganlah jerit. Nanti habis jiran tetangga dengar, malu kita.'' pujuk Datin Sarah.

''Humph! Anak tak guna? ''Nafiz bangun dari perbaringan lalu berjalan mendekati ayahnya. Dipandang ayahnya dalam, tajam. Ketika itu Datin Sarah ternampak sesuatu yang agak bersinar disebalik baju anaknya sebelum Nafiz merapikan belakang bajunya. 

''Kau panggil aku anak tak guna? Heh orang tua! Kau tahu tak siapa yang buat aku jadi macam ni!  Siapa yang mula-mula suruh aku kahwin dengan betina tu? Siapa yang mula-mula rancang semua ni? Siapa yang suruh aku buat itu ini hanya untuk kepentingan diri dia sendiri?!'' Nafiz teriak kuat. 

''Siapa hah!! Jawab soalan aku sekarang ! Siapaa!!'' Mug kaca diatas meja dihempas ke lantai, kuat. Puas! 

'Prangg!' Nafiz paling kebelakang membelakangi ayahnya.

''Kau jangan nak kurang ajar dengan aku!'' marah Tengku Manaf.

'Kurang ajar? Siapa yang kurang ajar sekarang ni?'' Nafiz merenung Tengku Manaf. Disebabkan Tengku Manaf tidak betah dengan sikap anaknya tika itu, dengan pantas dia mencekik anaknya. Melepas segala amarah yang dipendam.

Nafiz bergelut, cubaan melepaskan diri.

''Abang! Lepaskan ! Ini anak kita bang. Lepaskan dia bang..'' Datin Sarah menangis, merayu agar suaminya melepaskan Nafiz. Berlakulah pergelutan antara mereka. 

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now