Bab 38

754 28 0
                                    

Dekat tapi Jauh by Forteen..

Lagu ni khas for Nafiz..Maklumlah dia ingatkan dia dekat dengan Aira Raisya. But..hm, macam tulah.. Hehe..
Biar padan dengan muka dia ! Korang setuju tak? :P

***

"You sayang I tak?"

"Mestilah I sayangkan you. Kenapa you tanya?" Nafiz yang sedang menyuap makanan ke mulutnya memandang Natasha pelik.

"Yelah, nanti I dua bulan tak ada kat sini mana tahu you pergi cari yang lain. Betul tak?" sengaja Natasha bertanya walaupun dia sudah arif sangat dengan perangai kekasihnya.

"Hish! Janganlah cakap benda pelik-pelik. I ni jenis yang setia tau." Natasha mencebik mendengar kata-kata Nafiz. Dia akan pastikan Nafiz tidak akan jatuh cinta dengan perempuan lain selain dia. Dia sendiri tidak sedar bagaimana dan sejak bila dia mula sukakan Nafiz.

"Tapi janji tau, you tak kan cari mana-mana perempuan lain masa I tak ada. Kalau I dapat tahu, siaplah you nanti! Dengar tak?"marah Natasha manja. Dia sebenarnya risau jika Nafiz tidak menepati kata-katanya itu, sesungguhnya dia tidak sanggup kehilangan Nafiz. 

"Ya sayang, I dengar. I tak kan buat benda-benda macam tu masa you tak ada nanti. Ok?"

"Hurm.." dengan berat hati dia menjawab. Dia menarik beg bagasinya dan bersedia untuk ke balai pelepasan. Dia telah diberi peluang untuk bekerja di luar negara selama dua bulan dan dia memutuskan untuk menerimanya. Dia ingin meluaskan lagi pengetahuan dan pengalamannya. Tetapi langkahnya terhenti tatkala seseorang menarik pergelangan tangannya dari belakang.

"You! Tak ada hadiah untuk I ke? Tak kan you nak pergi macam tu je? Dahlah you nak tinggalkan I lama. Janganlah merajuk."pujuk Nafiz dengan wajah minta simpati. Dia memegang erat tangan kanan Natasha, menghalang wanita itu daripada meneruskan langkah.

"Yelah.. Yelah.." Natasha pantas mengucup pipi Nafiz sebelum dia berpaling berlalu pergi. Nafiz pula hanya tersengih-sengih nakal.

"Bye. Jaga diri baik-baik tau time I tak ada?"Natasha memalingkan mukanya ke belakang dan tangan dilambai ke arah Nafiz. Senyuman yang cukup menggoda dihadiahkan kepada Nafiz.

"Ok sayang. Dah.. dah pergi cepat! Nanti tertinggal flight. Bye."Nafiz tersenyum-senyum sendiri sebaik sahaja kelibat Natasha hilang.

"Ira.." gumam Nafiz perlahan. Senyuman perlahan-lahan terukir di tubir bibir dan dia melangkah pergi dari situ dengan perasaan teruja. 

***

"Lia, Ira mana?" tanya Nafiz sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam butik itu.

"Cik Ira hari ni ada rehearsal untuk fashion show yang bakal dilangsungkan dua hari lagi."

"Fashion show? Bukan dia baru masuk kerja ke? Cepatnya dia dah dapat tawaran.." tanya Nafiz pelik.  Matanya masih memandang ke arah Lia, mengharapkan jawapan daripada wanita itu.

"Cik Ira sebelum ni dah pernah sertai fashion show dah pun, cuma dia bekerja dibawah orang lain."

"Orang lain? Maksudnya dia memang seorang model sebelum mama ambil dia bekerja? Tapi siapa?" Di dalam otaknya sudah penuh dengan pelbagai persoalan.

"Puan Diyana. Musuh ketat mama Ku Nafiz. Ku Nafiz mesti kenalkan siapa Puan Diyana?" jawab Lia.

"Ooh.. Dia rupanya. Mestilah saya kenal. Dah banyak sangat benda yang berlaku antara dia orang berdua." serta merta fikirannya melayang mengingati peristiwa lalu.

'Tak kanlah mama rampas model Auntie Diyana tu lagi sekali?' bisik hati Nafiz. Dia tahu yang mamanya pernah merampas seorang model daripada Puan Diyana tapi dia tidak menyangka yang mamanya tegar melakukannya sekali lagi.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now