Bab 13

772 32 0
                                    

Natalia yang berada di dapur ligat memikirkan apa yang dia patut masak pada hari itu. Dia sakit hati dengan penipuan Natasha. Dia tahu yang Natasha telah memburuk-burukkan dirinya. Dia mendengar segala patah kata yang dilafaz Natasha sebentar tadi. Sebenarnya ibu bapanya tidak pernah menyebelahi sesiapa , kasih sayang yang diberikan terhadap dia dan adiknya adalah sama- rata.

'Natasha...Natasha.. Hanya sebab kamu benci pada kakak, kamu ingat kamu boleh memburuk-burukkan mama. Tak patut betul.' Tiba-tiba satu idea muncul di fikirannya. Dia akan mengenakan adiknya itu, dia memang tak suka jika terdapat sesiapa yang bercakap buruk tentang orang kesayangannya. Dia berani sikit kalau nak mengajar adiknya itu.

'Tunggulah kamu Natasha. Kakak akan pastikan kamu menyesal cakap mama dan ayah macam tu.'

Natalia sengaja memasak makanan kegemaran adiknya itu, dia pasti adiknya akan makan dengan penuh selera sekali. Sebenarnya, masakan asam pedas arwah mama digemari adiknya sejak dahulu lagi. Dan sekarang dia mewarisi bakat memasak arwah mamanya pula. Dia telah mempelajari petua memasak daripada ibunya ketika dia masih bersekolah lagi.

Selesai memasak lauk tersebut, dia memasukkan beberapa sudu julap ke dalam masakan tersebut. Dia berani melakukan perkara sebegitu kerana dia tahu yang keluarga Nafiz tidak suka makan makanan yang pedas. Natalia tergelak kecil apabila membayangkannya.

***

Setelah makanan dihidangkan atas meja makan, Natalia ke ruang tamu.

'Datin, makanan sudah sedia.' Natalia menjemput Datin Sarah, Nafiz dan Natasha untuk makan tengah hari. 

'Tasha sayang, jomlah makan sama-sama. Tasha buatlah rumah ni macam rumah Tasha sendiri.' pelawa Datin Sarah.

'Ok. Thanks Auntie.' Natasha tersenyum mengejek ke arah Natalia. Sampai sahaja di meja makan, Natasha ternampak makanan kegemarannya. Sudah sekian lama dia tidak menjamu makanan tersebut. Dia tahu masakan kakaknya persis mamanya. Keenakkannya juga sama. 'Wah.. Ada asam pedas lah. Tasha suka asam pedas.' 

Datin Sarah yang baru sahaja ingin mengkritik makanan tersebut, terdiam. Dia dan keluarganya memang tidak berapa makan masakan pedas apatah lagi asam pedas. Tetapi apabila mendengar Natasha berkata sebegitu, dia memutuskan untuk  mendiamkan diri.

'Eh, duduklah Auntie, Nafiz. Kan Auntie ajak Tasha makan, kenapa tercegat kat situ?' Natasha yang sudah duduk memandang pelik. Dia sudah mula menayangkan perangainya tidak senonoh. Apabila tersedar dia sudah terlepas laku, dia meneruskan kata-katanya.

'Sorrylah auntie, Natasha dah lama tak makan asam pedas. Itu yang bila nampak lauk ni, excited semacam.' ucap Natasha demi menutup malu.

'Silakan duduk Datin, saya masak asam pedas ni sebab Natasha suka. Datin tak kesah kan?' Natalia memecahkan suasana yang agak kekok. Pada masa yang sama hatinya tergelak melihat tingkah laku adiknya. Dia tahu adiknya berlagak seperti orang putih, tengok sahaja dari gaya panggilan dan pemakaiannya. Antara mereka berdua,hanya Natasha seorang yang memanggil ayah mereka dengan gelaran daddy (kononnya ala-ala barat gitu). Hakikat apabila jumpa makanan , tekaknya masih tekak orang melayu. 

'Kau ni banyak cakaplah. Pergi panggil Naurah cepat. Suruh dia turun makan.'Datin Sarah menarik kerusi dan duduk di hadapan Natasha manakala Nafiz pula bersebelahan dengan Natasha. Natalia pula mengangguk mendengar arahan Datin Sarah. Dia senang dengan apa yang bakal berlaku keaatas adiknya nanti.

Natalia naik ke tingkat atas untuk memanggil Naurah. Dia membuka pintu bilik Naurah dan memanggil namanya.

'Akak..Kak Naurah.. Jom turun makan. Dari tadi lepas sarapan, akak main sampai sekarang. Akak tak lapar lagi ke?' tanya Natalia kepada Naurah.

'Akak pun dah lapar.. Tapi tadi adik pergi mana? Akak tunggu adik tau dari tadi, kan akak dah ajak adik main pagi tadi, lepastuh adik suruh akak tunggu kat bilik. Akak bosan sangat jadi akak mainlah sorang-sorang. Macam ni akak nak merajuklah..'Naurah tidak memandang ke arah Natalia. Kononnya merajuk.

'Alaaa. Sorry lah akak. Tadi Datin Sarah suruh adik buat macam-macam, adik pun lupa. Sorry eh akak? Sekarang kita pergi makan, jom? Adik ada masak asam pedas tapi akak jangan makan tau. Akak kan tak suka makan makanan pedas. Nanti karang sakit perut pula. Akak jangan makan tau ?' Natalia memesan Naurah awal-awal supaya Naurah tidak terkena kesannya nanti.

'Akak memang tak biasa makanan pedas. Dah jomlah kita turun makan, akak pun dah lapar ni.' Naurah pula yang mengajak Natalia untuk turun ke bawah sambil menggosok perutnya.

'Ok, jom.' Natalia jalan beriringan bersama Naurah ke bawah. Tiba sahaja di meja makan, mereka ditegur oleh Datin Sarah.

'Apasal kau lambat sangat? Aku suruh kau panggil Naurah je, yang kau lambat sangat apasal hah? Menyusahkanlah dua-dua ni. huh!' Datin Sarah merengus. Natalia dan Naurah duduk di meja makan tersebut tanpa bersuara. Bukan takut tetapi mereka sebenarnya pun sudah lapar. Malas mahu berbalah.

'Auntie,dia ni siapa ?Kenapa dia makan sama-sama dengan kita?' Natasha memandang pelik apabila melihat  wanita dihadapannya yang kelihatan lebih tua daripadanya, tetapi berperangai kebudak-budakan dengan teddy bear atas pangku.

'Ohh, ni. Ni sebenarnya anak sulung Auntie. Nama dia Naurah.'Datin Sarah sedikit malu semasa memperkenalkan Naurah kepada Natasha.

'WHAT?? Kenapa Natasha tak tahu yang Nafiz rupanya ada kakak. You, kenapa you tak pernah bagitahu I?' Natasha sedikit bengang kerana dia ingat dia sudah mengetahui segala-galanya tentang keluarga ini tetapi rupa-rupanya tidak.

'Keluarga I memang tak nak bagi orang luar tahu yang I ada kakak. Disebabkan keadaan dia yang macam ni. You tengoklah perangai dia nanti macam mana, cara dia berpakaian lagi. Fesyen rambut tak payah cakap.Tengoklah masa makan pun teddy bear tak lepas. You rasa ini ke gaya orang berumur 28 tahun?'Nafiz membalas kata-kata Natasha sambil memandang ke arah Naurah. Dia tidak mahu orang lain tahu tentang situasi kakaknya.

'Kejam betul keluarga ni! Sanggup buat darah daging diorang sendiri macam ni' Bisik hati Natalia. Dia menoleh ke arah Naurah. Muka Naurah langsung tidak menunjukkan riak marah, mungkin tidak faham apa mereka bualkan itu. Malah sibuk melayan perut dengan senang hati lagi.

'Ishh! Borak apa lagi tu? Kata nak makan, tapi asyik berbual aje dari tadi. Tadi mama juga yang marah Naurah lambat.' Naurah memarahi mereka dengan mulut yang penuh dengan makanan.

'Sibuk ah kau ni! Nak makan, makan ajelah. ' Nafiz membesarkan matanya.

'Dah makan cepat.' tegur Datin Sarah. 

'Nampaknya aku kena siasat lebih tentang keluarga ni lagi. Banyak lagi yang aku tak tahu rupanya. Macam manapun aku kena cepat bertindak sementara aku tinggal kat sini.' Natasha bermonolog sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. 

Natalia memandang ke arah Natasha. Hatinya tergelak mengenangkannya sekali lagi. 'Padan muka kau. Mulut longkangkan ? Makanlah puas-puas. Kejap lagi...hahaha'

***

p/s: Hope that u guys still follow my stories ! Vote me ok ? :D




Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now