Bab 26

872 35 5
                                    

Sorry lambat update ! Gomen Nasai .. Thanks sudi follow cerita yang tak seberapa ni.

 BTW..Next update mungkin bergantung ke ats vote korang.. :D Arigatou gozaimas..

***

Perlahan-lahan mata Natalia terbuka, mata digosok perlahan kerana silauan lampu siling. 

"Aku kat mana ni?" Natalia bangun dari pembaringannya kepada posisi duduk. Matanya beralih apabila pintu wad dibuka dari luar, seorang lelaki muncul membawa sebungkus plastik ditangannya. 

"Awak dah sedar? Kejap eh, saya nak pergi panggil doktor." lelaki tersebut keluar semula. Mata dikerling memerhati setiap sudut di dalam wad itu.Tiba-tiba dia teringat kembali segala yang terjadi sebelum dia datang bercuti di sini sehinggalah berita yang ditontonnya malam itu. Kepalanya tiba-tiba mencucuk sakit.

"Arghh... Sakitnya kepala aku !" Natalia menjerit sambil memicit kepalanya yang berbalut.

 Tidak lama kemudian lelaki tadi datang semula bersama dengan seorang doktor wanita dan jururawat disisinya. Kelam-kabut mereka mendekati Natalia yang meraung kesakitan.

''Bawa bertenang. Ambil nafas dalam-dalam. Kemudian hembus perlahan. Ok..Keep calm.'' Doktor itu mengusap perlahan dada Natalia, memberi arahan. Selepas melihat Natalia kembali bertenang dia mula memperkenalkan dirinya.

"Nama saya Doktor Sabrina. Semalam penjaga awak maklumkan pada saya yang awak jatuh tangga, so luka kat kepala awak tu terbuka semula. Awak ingat tak nama awak siapa?" Doktor Sabrina memandang Natalia.

"Natalia. Nama saya Tengku Natalia Binti Tengku Hisham." Natalia menjawab dingin, seperti mahu tak mahu.

"Awak ingat tak nama saya?" lelaki yang berdiri di sebelah doktor itu bersuara.

"Ryan Zaquan. Saya tak lupa dan awak jugalah orang yang selamatkan saya beberapa hari lepas."  jawab Natalia senada. Dia tiada mood nak berbual pada masa itu. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran warasnya. Ya ! Lelaki itu. Lelaki yang dia nampak ketika dia baru berlepas dari jeti. 

"Nampaknya awak dah ingat. Awak ingat lagi tak keluarga awak siapa dan awak tinggal di mana? Boleh awak bagitahu saya?" soal Doktor Sabrina lagi. Dia perlu mendapatkan maklumat tentang keluarga pesakitnya.

"Ingat. Saya dari Johor. Keluarga saya tinggal kat sana. Boleh tak doktor berhenti tanya saya tentang keluarga saya? Saya cuma nak tahu apa yang jadi kat diri saya sebelum saya dibawa ke sini." Dengan beriak dingin Natalia memandang Doktor Sabrina. 

"Baiklah. Maaf. Ok, tadi Encik Ryan yang bawa awak ke sini dan dia kata awak jatuh tangga. Dan lepas saya rawat awak, saya mendapati yang dahi awak mungkin akan berparut kesan daripada luka sebelum ini. And maybe kesan daripada hentakan itu jugalah yang memulihkan ingatan awak. Masalahnya sekarang hidung awak...patah. Then, cara nak pulihkan keadaan hidung awak boleh dilakukan melalui pembedahan. Tap..." belum sempat Doktor Sabrina habis berkata-kata, Natalia mencelah. 

"Saya nak buat." Natalia memutuskan untuk melakukan pembedahan tersebut.

"Tapi, walaupun pembedahan dah dijalankan, hidung awak tak akan jadi macam yang asal. Jadi awak masih nak teruskan? Kalau jadi, kita hanya boleh menjalankannya selepas bengkak di hidung awak itu surut. " tanya Doktor Sabrina untuk mendapatkan kepastian. 

Ryan hanya diam menunggu jawapan daripada Natalia. Tadi, doktor ada membincangkan hal itu kepadanya. Apa-apa keputusan harus dilakukan atas persetujuan tuan badan itu sendiri. Natalia terdiam mendengar penerangan itu. Setelah sekian lama dia mendiamkan diri, akhirnya dia bersuara.

"Baiklah. Saya nak teruskan pembedahan itu. Saya nak lakukan pembedahan secepatnya. Dan saya ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan doktor secara personal." Natalia nekad dengan keputusan yang telah dibuatnya. Nampaknya dia sudah mula merancang sesuatu tanpa mengambil kira akibatnya nanti. Ryan seperti memahami pandangan dua wanita di hadapannya segera bersuara.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now