Bab 23

851 26 0
                                    

Gempak la bagi sesiapa yang baru follow saya tu.. Arigatou Gozaimas~ *bow*
Makin bersemangat dibuatnya bila nampak sorang-sorang follow.. Muah! muah! muah ! Hehehe.. XD Thanks and welcome for my new followers..<3  Humm.. :/
Nampaknya ada yang tak sabar nak tahu alkisah Natalia kan? So bab ni khas untuk korang yang tertanya-tanya ~ 

Sebelum tu saya lupa nak bagitahu yang cerita baru saya yang bertajuk 'AKU ? MONSTER?' akan di-update.. soon. Bagi sapa yang belum survey lagi, pergi tengok sekarang! *cekak pinggang* hahaha.. gurau je :D .. So, jangan lupa nantikan 'Aku? Monster?'  ;3

***

Matanya silau tatkala mata cuba dibuka perlahan. Tangan cuba diangkat untuk menghalang cahaya tersebut. Suara cuba dilontarkan. Perit ! Bau ubat pula menusuk rongga-rongga hidung. 

''Panggil doktor sekarang. Pesakit dah sedar.'' Natalia terdengar suara asing di sekelilingnya tetapi pandangannya masih kabur. Kepala berpusing mencari empunya suara. 

''Ma-cam mana sa- '' tekaknya terlalu perit untuk menyambung ayatnya. Matanya sempat melilau keadaan sekelilingnya, kecilnya bilik ni.

''Akak rehat je dulu ya? Jangan banyak cakap. Ni minum air sikit.'' Straw dihulurkan di hujung bibir Natalia. Natalia menahan pedih ketika air membasahi tekak. Tak lama kemudian, ada seorang wanita berjubah putih bersama stetoskop tersangkut dilehernya datang memeriksa keadaannya. 

'' Macam kepala awak ? Ada rasa sakit? Then, ada sakit mana-mana yang lain? '' tanya doktor itu.

''Ehem.. Kepala saya rasa sakit. Tekak perit. Lepastu, satu badan ni pula rasa lenguh.'' jawab Natalia sambil memandang keadaan sekeliling. 

'Macam mana aku ada kat sini? ' hatinya berbisik.

''Maksudnya awak tak ada apa-apa kecederaan serius. Sakit kepala tu biasa Jadi saya rasa esok awak dah boleh balik.'' jelas doktor itu dengan senyuman yang manis.

''Tapikan doktor. Hurr, kenapa saya ada kat...'' tangannya teraba sesuatu di kepala. 

'Kain apa ni ?' Kedua-dua tangannya diangkat meraba satu kepala kemudian beralih ke muka. Baru dia parasan ada benda melekat kat pipinya juga. 

''Ouh.. menurut kenyataan dalam laporan ni tadi awak dijumpai lemas. Ada sorang lelaki yang hantar awak kemari. Tapi dia dah pergi sebab dia ada hal. '' terang doktor itu. Dahi Natalia berkerut.

''Lemas? Macam mana saya boleh le-lemas. Sa-ya..'' Natalia terdiam. Terasa kepalanya mula berdenyut perlahan.

''Saya...'' Tangan dibawa ke kepala. Diurut perlahan demi mengurangkan denyutan sakit itu daripada semakin menggila. Kaki meringkuk ke dada menahan sakit.

'Aku.. Siapa aku !?' bentak hatinya. Denyutan di kepala bertambah sakit bagaikan ada jarum yang mencucuk.

''Argghhh !!! Sakit !! '' Natalia menjerit. Doktor wanita itu lantas meminta sesuatu daripada nurse di hadapannya. Dicucuk hujung jarum ke dalam saluran IV drip di tangan Natalia. Jeritan Natalia mula mereda. Badannya dibaringkan semula dengan bantuan dua orang nurse.

''Saya rasa ada side effect daripada hentakkan di kepalanya. Ada maklumat tak pasal guardian dia? I need to talk with them.'' tanya doktor wanita itu. Sorang menggeleng tidak, manakala sorang lagi menjawab. '' Dia dihantar kesini tanpa maklumat peribadi. Borang apa semua diisi atas nama orang yang hantar dia kesini.'' 

Doktor wanita itu terdiam berfikir. 

''Phone ke , purse semua tak ada ?'' tanyanya lagi. Namun jawapan yang diterima menghampakan apabila gelengan diberikan. 

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now