Bab 2

1.1K 40 3
                                    

Hari ni adalah hari perkahwinan antara Tengku Nafiz dan Tengku Natalia. Natalia berasa sungguh gembira namun dia takut hidupnya tidak akan sama dengan sebelum ni. Dia berasa amat terkejut  pada saat ayahnya menghulurkan gambar bakal suaminya. sebenarnya perkara yang membuatnya takut adalah bakal suaminya itu adalah orang yang dilanggar dihadapan kedai roti tempoh hari. Pada hari itu juga dia dihina, dan sekarang dia bakal berkahwin dengan jejaka tersebut. Pada mulanya dia hendak menolak, tetapi apabila mengenangkan ayahnya sudah memujuk, dia tiada pilihan lain selain menerima pinangan tersebut. Dia tidak sampai hati menolak permintaan orang yang dia sayangi.

*** 

Nafiz terimbas kembali peristiwa tiga hari lepas, dimana dia berasa marah sangat. Tidak pernah dia merasakan perasaan marah+bengang yang teruk sekali seumur hidupnya.

Tatkala matanya memandang sepucuk surat yang berisi gambar bakal isterinya, tak sangka jangkaan mamanya begitu tepat sekali.. wanita dalam gambar itu gemuk sekali, dan dia merasakan seperti pernah melihat wajah itu sebelum ini. Tetapi dia tidak mahu mengingatinya kerana gambar itu sudah cukup membuat matanya begitu perit.

'Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku lari.. tapi bila mengenangkan nanti aku kena halau.. huish tak sanggup...' bisik hatinya.

Dan pagi ini dia bakal berkahwin dengan perempuan gemuk itu. Dia tak sanggup memandang kearah bakal isterinya.. isteri ? tak sanggup dia sebut perkataan I S T E R I ... tuh. agak2 boleh koma setahun rasanya.

Pada pagi pernikahan itu, terdapat sepasang mata yang memandang Natalia dengan penuh hasad dengki di hujung suatu sudut.  'Aku akan rampas segalanya daripada kau, Natalia !' bisik hati Natasha. Dia memandang suasana pernikahan dengan meluat sekali. Yang dia pasti , dia akan menghancurkan kegembiraan kakaknya itu.

*** 

Selepas majlis pernikahan itu berlangsung , batang hidung suaminya terus hilang dari pandangan Natalia. Dia tidak mahu terus berprasangka buruk jadi dia terus meluru ke bilik tidurnya untuk membersihkan badan yang melekit dan berbau itu. Selepas mengambil sepersalinan baju tidur, dia terus mencapai tuala . Belum sempat dia menjejakkan kakinya  ke dalam bilik air, kedengaran pintu biliknya terbuka. 

'Hoi ! sini kejap gemuk.' katanya. Hoi ? Gemuk ? Apakah...

Tetiba Natalia terasa rambutnya ditarik dengan kuat. Badannya mengundur ke belakang dan air matanya mula mengalir kerana tidak dapat menahan kesakitan yang terlampau. Ketika berusaha melepaskan diri dari tarikan itu, badannya hilang keimbangan, tak semena-mena badan gempal itu jatuh menghempap Nafiz. 

'Aduh ! Sakitlah bodoh !' tempik Nafiz sambil menolak tubuh gempal itu ketepi , tetapi volumenya masih dapat dikawal, bimbang bapa mentuanya perasan.

'huh.. ma.. maaf...a.. awak ok tak ?' kata Natalia teresak-esak sambil berdiri. Sungguh dia tidak sangka malam pertamanya sudah diperlakukan seperti ini. 

'MAAF .. MAAF.. ! Tu je ayat setiap kali aku jumpa orang spesiskau. Macam mana pun aku tetap tak boleh terima kau ! Buat pengetahuan kau, aku kahwin dengan kau pun sebab nak selamatkan syarikat papa aku.. kalau tak jangan harap kau dapat pegang title isteri seumur hidup kau ! Kau sepatutnya bersyukur sebab dapat kahwin dengan lelaki handsome macam aku. HAHAHA !' kata Nafiz lalu terus ke bilik air untuk membersihkan badan.

'Apa salah aku ? Aku tak minta pun dia cintakan aku. aku cuma perlukan layanan yang baik je... takpelah.. mungkin dia penat je kot.. tu yang mood dia swing.' bisik Natalia. Dia bangkit mengutip baju tidur yang dia ambil tadi. 

***

Natalia tidak dapat menahan matanya. Matanya ketika itu berat sekali. Selepas dia keluar bilir air tadi suaminya sudah hilang. Mungkin tengah tengok tv , pujuk hatinya. Dia berasa sungguh nervous, dia belum pernah tidur sekatil dengan orang lain. Natalia rasa macam dalam perut dia ada ulat gonggok yang sedang berlingkar-lingkar.  

'Dum !' pintu ditutup..

'Apa pandang-pandang ? Kau ingat aku nak tidur dengan kau? jangan harap la..nk pegang kau pun aku rasa jijik.. ' Nafiz menayangkan mula loyanya lalu menuju ke katil.

'Kau cari la tempat tidur lain. Aku tak sanggup tidur sebelah kau. Tapi ingat , jangan sampai ayah kau perasan , kalau tak siap kau !' Nafiz terus tidur di atas katil itu. Tinggal Natalia seorang terpinga-pinga. 

'hum.. patut ke aku ingkar arahan dia.. aku tak nak jadi isteri nusyuz' Natalia ingin keluar memanggil Bik Jemah untuk mengambil comforter, tetapi hasratnya terbantut tatkala teringatkan mulut Bik Jemah. Dia melangkah kearah bilik tetamu yang jarang digunakan untuk merehatkan badan.

'Nasib baik Bik Jemah selalu kemas bilik ni' bisiknya sendirian. Bilik itu selalu dikemas kerana ayahnya tidak suka keadaan rumahnya yang berhabuk walaupun ada beberapa bilik tidur yang jarang digunakan.

***

Apabila pagi menjelma, Natalia segera ke biliknya untuk membersihkan diri, dia tidak mahu bertembung dengan sesiapa. Dia akan mengikut arahan suaminya agar mendiamkan diri. Dia juga tidak mahu mengecewakan ayahnya kerana tidak mahu ayahnya menyalahkan diri . 

Natalia membuka pintu biliknya perlahan-lahan, kedengaran dengkuran halus menunjukkan yang suaminya itu masih nyenyak diulit mimpi.

Setelah selesai mandi, dia berjalan ke meja solek untuk memakai skincare, dia akui yang mukanya bersih sekali, cuma malangnya badannya yang gempal itu telah menutup segala kecantikkannya mahupun dalaman atau luaran. 

Nafiz tersedar daripada tidur, dia ternampak Natalia sedang membelek mukanya di hujung bilik itu. 'Kau tak payah lah belek muka kau tuh.. tengok brape banyak kali pun sama je.. BURUK.. hahaha..' sindirnya sambil berjalan ke dalam bilik air.

Natalia terkedu saat suaminya berkata begitu. Namun dia sedar kerana dia sudah hafal bermacam-macam skrip yang sering dituju khas untuk dia sejak dia sekolah rendah lagi. 

Natalia ada juga memujuk dirinya untuk melakukan senaman, namun semuanya hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Dia akan keletihan walaupun baru bersenam selama 2 minit. Akhirnya dia giveup. Perkara yang sama berterusan buat beberapa ratus kali.. haish..

***

Suasana sarapan pada pagi itu sungguh awkward bagi Natalia. Cara pandangan Natasha itu sudah biasa baginya.. tetapi perubahan sikap suaminya itu sungguh berlainan sekali berbanding semalam malam dan pagi tadi. Tiada ucapan sinis ataupun cacian. Ada sahaja perlakuannya..

'Sayang.. amikkan abang air kopi..'

'Sayang.. hulurkan roti.. kaya...' dan macam-macam lagi. Sungguh Natalia amat keliru dengan sikap Nafiz ketika itu, namun dia ikutkan sahaja kemahuan suaminya itu.

'Ayah, mungkin sekejap saya akan bawa isteri saya tinggal di rumah mama. Senang nak ulang-alik pergi kerja. boleh kan ?' Natalia tidak dapat duduk senang. Dia tidak biasa berjauhan dengan ayahnya. Macam mne ni ??

'Ayah ok je, lagipun seorang isteri harus sentiasa berada disisi suaminya..' kata Tengku Hisham dengan lembut sekali. Natalia menayangkan senyuman.. tetapi hatinya...

'Ayah.. kenapa ayah cakap macam tuh.. Natalia tak sanggup tinggalkan ayah.. macam mna Natalia nak jalani hidup Natalia tanpa ayah disisi ? ' Natalia hanya mampu merintih didalam hati. Suaranya bagai disekat.. 

'Agak-agaknya macam mana lah nasib aku lepas ni..' Natalia tidak kesah jika disuruh melakukan kerja rumah, sebab dia sudah biasa sejak kecil.. mamanya sering mengingatkan dia agar belajar melakukan kerja rumah walaupun terdapat orang gaji melakukannya.

Namun apa yang dia risaukan adalah mak mentuanya. Dia teringat jelingan yang diberikan oleh Datin Sarah ketika majlis pernikahan semalam, sudah cukup memberi makna yang Datin Sarah amat membenci dirinya, sama seperti suaminya juga. 'Apa nasibku' bisiknya perlahan.

***

p/s : sorry kalau ayat tunggang langgang.. apapun thnx kerana sudi membaca :)





'




Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now