Bab 3

929 39 0
                                    

Perjalanan ke rumah mama Nafiz hanya mengambil masa setengah jam, namun Natalia tetap tidak dapat tahan ngantuknya. Yalah, setiap kali kakinya jejak dalam kereta matanya mesti berat.. tak tau kenapa, mungkin sudah menjadi kebiasaan.

'Hoi ! Bangun ! Kau ingat kau tu tuan puteri nak orang bukakan pintu, jemput keluar ? gitu ? huh! Jangan mimpi aku akan layan kau baik-baik,kau tau la hidup kau lepas ni macam mana, Hahaha.' sinis sekali kata-kata Nafiz ditelinga Natalia.

Selepas melangkah keluar, suaminya sudah menghilangkan diri kedalam rumah orang tuanya. Meninggalkan Natalia seorang diluar terpinga-pinga. 

'Kalau aku masuk karang, nnti cakap tak dijemput. Bila masuk sesuka hati kang, cakap aku tak sedar diri. Haih, masuk jelah.' Natalia bermonolog sendirian. Kakinya laju melangkah masuk ke rumah tersebut. Belum sempat dia memberi salam, dia dikejutkan dengan satu sergahan.

'Bahhh !!' kemudian bunyi tangan ditepuk kedengaran berselang-seli dengan gelakkan. Natalia mengusap dadanya perlahan untuk menenangkan dirinya yang terkejut beruk. Siapa tak terkejut beruk kalau disergah apabila hati tengah nervouskan ? Silap2 bapak gorilla terkejut pon kalah kalau nak dibandingkan dengan si Natalia ni.

'Waahh ! Naurah dah ada adik perempuan la ! yay ! yay ! Bolehlah kita main sama-sama nanti! ' kata makhluk yang sergahnya itu.

'Adik ? Maksudnya dia kakak la kan ? Tapi kakak siape ? Sejak bila Nafiz ada kakak, aku tak tau pun. Kalau kakak, kenapa dia berperangai macam...' bisik hati Natalia sambil menilik orang dihadapannya yang masih tersengih kambing.

' Naurah ..' tegas sekali suara Tengku Manaf memanggil wanita itu.

'Hah! Natalia,  buat pengetahuan awak, ini kakak Nafiz , tapi rasanya saya tak payah nak terangkan pada awakkan ? Awak dah dapat agak apa masalah Naurah ni rasanya.' Natalia mengangguk beberapa kali. 

'Ouh.. betullah aku teka, ni kakak dia .' Natalia berkata perlahan. Dia pelik kenapa kehadiran Naurah tidak dikenali. mungkin sebab keadaannya mungkin. Keadaan rumah tersebut begitu sunyi, Datin Sarah juga tidak kelihatan. 

'Natalia, kamu ikut Bik Santi ni , dia akan tunjukkan bilik kamu. Saya nak ke pejabat sekejap lagi. Kalau nak tanya apa-apa tanya pada bibik. ' sambung Tengku Manaf.

'Mari cik Natalia, saya tunjuk biliknya dulu , kemudian saya mahu sambung memasak pula.' Natalia hanya mengangguk kemudian mengikut Bik Santi ke biliknya.

'Ini biliknya cik Natalia, Ku Manaf udah bilang suruh saya kemas bilik ini. Pada mulanya saya kepingin tau siapa sih mahu tinggal disini, rupa-rupanya isteri Ku Nafiz . Tapi saya pelik ngapain cik Natalia tidak tidur satu bilik sama Ku Nafiz ? hm..'

Belum sempat Bik Santi menyambung ayatnya Natalia sudah menyampuk terlebih dahulu. Dia tak sangka bik Santi ni banyak mulut orangnya.. sama macam Bik Jemah kat rumah ayah. Dia juga tak sangka yang keluarga ini semua tidak ambil peduli tentang kehadirannya. Dan yang memilukan dia tidak dianggap seperti salah seorang ahli keluarga dalam rumah ini .

'Bik.. saya yang minta tinggal bilik berasingan. Bik tak nampak ke badan saya ni ? Bik agak2 muat tak kalau saya tidur sekatil dengan Ku Nafiz.' kata Natalia demi menjaga maruah keluarga ini.

Bik Santi hanya tersengih sumbing. ' Cik Natalia enggak perlu selindung sih, saya sudah tahu bangat sifat2 manusia dalam rumah ini. Cik Natalia bersabar ya ?' pujuk Bik Santi. Rupa-rupanya ada juga makhluk yang masih mampu berbaik dengan Natalia. 

'Udah, saya mahu masak, nanti lambat ada saja yang mahu dimarahin nya sama datin. Cik Natalia berehat aja.' Bik Santi berjalan keluar bilik , meninggalkan Natalia termangu-mangu.

***

Apabila tiba dirumah tadi, Nafiz terus melangkah ke biliknya. Dia tidak sanggup berdepan lama dengan wanita gemuk itu. Dia rasa tangannya begitu ringan, tunggu masa untuk mengena sasaran. Hatinya bentak kerana memperisterikan wanita gemuk. Dia mengimpikan wanita yang mempunyai tubuh yang mengiurkan. 

Tetiba pemikirannya melayang saat majlis pernikahannya itu, dia ada ternampak seorang perempuan yang cantik di majlis itu, tapi riak wajah wanita itu susah ditafsirkan. Wajah wanita itu sering terbayang-bayang sehingga dia selalu tertanya-tanya kepada diri sendiri siapakah gerangan wanita tersebut. Dia berharap dia dapat berjumpa dengan wanita itu suatu hari nanti.

Apabila dia teringatkan tentang Natalia, hatinya panas semula dan dia berjanji pada dirinya bahawa dia akan memastikan hidup Natalia di rumah ini tidak aman dan sengsara selagi dia masih bernafas.

***

Natalia sibuk mengemas barangnya ke dalam almari. Setelah puas mengemas, dia memerhati keadaan bilik tersebut. Matanya terpandang katil bersaiz king bercadarkan corak bunga-bungaan yang terletak di hujung bilik. Luas bilik ini lebih kurang sama dengan luas biliknya dirumah. Kemudian matanya mula meliar untuk melihat setiap sudut bilik itu. Decoration bilik ini begitu tenang sekali. 

'Mungkin ini bilik tetamu kot' bisik Natalia. Setelah bosan 'menggeledah', dia berjalan turun ke dapur. Di dapur dia ternampak Bik Santi sedang sibuk berperang. Bunyi 'Ketangg.. Ketungg..' jelas kedengaran.

'Aarrgghh !' jerit Bik Santi. Terkejut dengan kehadiran Natalia secara tiba-tiba.

'Kamu rupanya ! Kok senyap saja, saya pikirin jembalang mana tadi. Bayangnya besar sekali...' Bik Santi segera menutup mulutnya. Dia sedar yang dia sudah terlepas kata..

'Alaa bik.. relax la.. saya tak terasa pon. Dah badan besar.. takkan bayangnya kecik.. hahahaha' ujar Natalia sambil menekan-nekan perutnya menahan sakit . Muka Bik Santi yang tidak berdarah itu kembali seperti biasa tatkala melihat Natalia tergelak terbahak-bahak. 

'huh..' Bik Santi melepaskan nafas lega. 

'Saya pikirin kamu marah sama saya. hehehe.' sambungnya semula.

Semasa mereka sedang sibuk bergelak ketawa di dapur, mereka dikejutkan oleh suatu jeritan yang nyaring..

'NATALIAA !!!' 

Pada saat ini bermulalah segala liku kehidupan yang Natalia bakal hadapi..


p/s : ok tak jalan ceritanya ? takpe ini baru permulaan hidup Natalia.. nanti korang saksikan lah kehidupan dia x lama lagi :P

thnx kerana sudi survey :)




Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now