Bab 55 (special reward)

1.3K 30 0
                                    

"Awak... Jom la naik tu. Hm..hm..hm..?" tanya Natalia sambil memimik muka comel. Berharap yang lelaki tu mampu cair dengannya tika itu.

"Sa..saya.." tergagap-gagap Ryan dibuatnya tatkala melihat benda di hadapannya itu berpusing sebegitu sekali. Tak cukup dengan ketinggian malah kelajuannya juga mampu membikin hatinya kecut dan gayat. Tetapi demi menjaga air mukanya yang sedia ada macho, dia pun berkata,

"Alaa.. tadi kita baru naik roller coasterkan? Awak tak puas hati lagi ke? Haa, saya dah lapar. Apa kata kita makan dulu? Ok tak?" pujuk Ryan pula.

"Hish awak ni.. nanti kalau kita makan, sebu la perut tu nanti bila main benda ni. Kita naik la benda ni dulu lepas tu kita baru pergi makan. Heh..Heh.. boleh la.. saya dah lama nak naik benda ni, tapi tak tercapai lagi dek hasrat itu." sayu sahaja suara Natalia berkata.

Padahal dalam hati,

'Tulaa.. tadi bajet sangat cakap beranilah.. kacanglah.. apa baranglah. Ni sekarang rasakan.' gelak hati Natalia.

"Alaa.. perut saya dah berkeroncong. Kita pergi makan dulu." pujuk Ryan lagi. 

'Gila apa. Sisa mual main roller coaster tadi pun masih ada lagi. Ni ditambah lagi dengan naik benda alah ni. Nak bunuh aku pelan-pelan apa. Tak ..tak.. aku tak kuat.' bentak hati Ryan lagi.

"Hish.. menyesallah datang sini dengan awak. Kalau naik dengan Izz mesti best. Mesti dia turutkan sahaja permintaan saya ni. Bazirlah bayar mahal-mahal, tapi main tak puas." rajuk Natalia yang dibuat-buat. Dia yakin, kali ni umpannya pasti mengena.

'Izz? DIA BANDINGKAN AKU DENGAN IZZ tu?! Perghhh! Ni yang bikin panas ni!'

"Ok fine awak nak naik sangat kan? Awak kena panggil saya dengan panggillan 'abang' dulu. Then baru saya akan pertimbangkan. No more awak-awak or Ryan. Just A.B.A.N.G..abang." 

'amacam??' Ryan menjongket kedua keningnya.

Dahi Natalia berkerut. 

'Hmm? Ni kes nak jerat aku la ni? Hmm, tapi bila lagi kan aku nak panggil dia macam tu. Kalau aku tukar secara tiba-tiba, kembang pula dia nanti. sekurang-kurangnya bila aku sebut sekarang tak adalah awkward sangat nanti. He he he.. jerat awak tak mengena ke Ryan?' bisik hati Natalia dah naik tanduk. 

''Abang... Jom la kita naik benda ni dulu. Lepas tu naik viking.. then baru kita pergi makan." Natalia memaut lengan Ryan sambil dikelip-kelip matanya.

'V..va..VIKING?!! WHAT?! ' pekik hati Ryan. Matilah..

"Vi..king?" tanya Ryan sekali lagi bersama senyuman dalam keterpaksaan.

"Awak tak kesian dekat saya ke?" Ryan memegang kedua belah bahu Natalia. Peluh sejuk mula mengalir. Muka tak payah cerita. Pucat lesi habis!

"Alololo.. sian dia lapar ya? Haa, yalah.. jom kita pergi makan dulu. "dalam hati Natalia tergelak sakan. Tulah cik abang oi.. tadi cakap besar lagi. Dipeluk lengan sasa Ryan agar berjalan seiring dengannya.

Mendengar ajakan Natalia membuat segala beban di kepala Ryan terlepas. Nafas kelegaan dilepaskan.

"Terima kasih sayang." ucap Ryan tersenyum sambil memandang ke arah Natalia. 

Natalia terkedu. Habis satu muka dia merah apabila perkataan itu keluar daripada mulut Ryan. Hati dia pula bagai tidak tahu duduk bertenang, pantang dengar Ryan cakap lembut sikit, sakanlah dia berdegup kencang.

Ryan hanya mampu tersenyum bahagia melihat wajah kesayangannya kemerahan. Tatkala melihat Natalia yang  menggigil kesejukan, dengan pantas dicapai tangan Natalia lalu ditarik tubuh itu kehadapan tubuhnya. Baju sejuk diselak sedikit lalu dipeluknya Natalia diantara baju sejuk yang dipakainya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 11, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now