Special Bab (Raya!)

709 20 2
                                    

First of all, saya nk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua readers yang masih lagi setia dgn BOC!!

Amacam? Hari pertama dah berapa banyak duit raya yang korang dah kumpul? XD mesti banyakkan? Huhuhu..

Tapi sebelum itu biar saya ingatkan yang bab ini takada kena mengena dgn cerita yg sebnr.. apapun.. semoga korg enjoy!

***

"Ira tolong layan tetamu kat dalam tu eh? Mama sibuklah. Ryan dengan Izz ni pula dah hilang entah ke mana. Bukannya nak tolong.." bebel Puan Diyana sambil menatang dulang air.

"Boleh je. Tapi sebelum tu Ira nak isi kuih ni dulu." Jawab Natalia. Tangannya lincah memasukkan kuih ke dalam satu bekas kaca di sebelahnya. Selesai sahaja kerjanya dia terus ke depan. Tetamu-tetamu yang baru hadir dijemput masuk.

"Ira, teman Izz makan boleh tak?" Tanya Izz tiba-tiba. Natalia yang sedang leka menuang air tersentak.

"Hish.. buat orang terkejut je. Nasib tak tertumpah air ni."marah Natalia.

"Hehe.. sorry, sengaja." Usik Izz.

"Baru tadi berminta maafan, sekarang dah buat salah balik."

"Yelah.. yelah.. Izz minta maaf. Tak sengaja tadi. Betul." Izz cuba meyakinkan Natalia yang sudah muncung itu.

"Janji tak buat lagi?" Tanya Ira tanpa memandang muka Izz. Konon nak tunjukkan yang dia tengah merajuk lah tu.

"Janji. Dah sekarang ni teman Izz makan. Jom." Jawab Izz. Dia terus berlalu ke arah meja makan diikuti Natalia.

"Jom. Biar Ira tolong ambilkan. Izz nak ayam ke daging?" Tanya Natalia sambil mencapai pinggan di hadapannya.

"Izz nak.. emm.. Ira." Ira yang sedang mencedok kuah terus terhenti. Wajah Izz di sebelahnya dipandang tajam.

"Hish! Cakaplah betul-betul. Orang tak nak teman kang baru tahu. Masa nilah sibuk nak menggatal bagai. Tak kena timing nak bermanja langsung." Marah Natalia.

"Ok.. ok.. Izz nak daging." Akhirnya dia berhenti daripada mengusik Natalia. Naknya nanti Natalia betul-betul tak nak teman, melepaslah dia.

"Haih, makan pun nak berteman ke?" Sindir Ryan yang entah dari mana muncul. Wajah Natalia dan Izz di hadapannya dijeling.

"Sibuk jelah dia ni." Omel Izz perlahan. Tetapi masih lagi mampu didengari oleh Natalia.

"Apa? Awak cakap apa tadi?" Tanya Natalia. Dia kembali mencedok makanan ke dalan pinggan Izz dan seterusnya Ryan.

"Eh.. tak ada apa-apa.. hehe.."

"Kutuk oranglah tu." Gumam Ryan. Pandangannya dialihkan ke luar tingkap.

"Hei, dah lah. Hari raya macam ni pun masih lagi nak bergaduh ke? Cubalah berbaik." Tegur Natalia apabila kelihatan Ryan dan Izz bermasam muka. Tetapi tegurannya langsung tidak dilayan, last-last dia pun dah malas nak layan.

"Awak nak tak? Saya ambilkan sekali eh?" Tanya Natalia kepada Ryan. Kelihatan Ryan cuma mengangguk. Wajahnya langsung tidak dipandang. Terus Natalia mengambil ayam ke dalam pinggan Ryan beserta lauk-lauk lain. Selesai sahaja mengambil makanan dia terus menyerahkan pinggan tersebut kepada Ryan.

"Terima kasih."

"Sama-sama." Natalia tersenyum memandang Ryan. Nasib baik dia cakap terima kasih, kalau tak, mungkin sudu di tanganya dah lama melayang ke kepala Ryan.

"Eh, awak macam tahu-tahu aje Ryan nak makan apa. Tapi saya punya awak tak tahu pun?" Izz tiba-tiba bersuara. Ryan di hadapannya dijeling menyampah.

"Saya ambilkan ayam sebab Ryan tak makan daging. Tak kanlah saya nak hidangkan daging untuk dia kalau dia tak makan, betul tak? Siapa suruh awak tak bagitahu saya awal-awal? Kalau tak mesti saya tahu." Jelas Natalia panjang lebar. Itulah mereka, setiap kali berjumpa pasti akan adanya sesi pergaduhan. Natalia pula hanya mampu mengeluh.

"Hurm! Padan muka." Bisik Ryan perlahan. Sebaik sahaja Natalia menyerahkan pinggan makan kepadanya terus dia bangun dan menuju ke tempat lain. Sakit hatinya apabila Natalia kelihatan begitu mesra sekali dengan Izz.

"Alaa.. merajuk lagi ke?" Natalia segera bangun dan melangkah mengikuti Ryan. Tetapi langkahnya terhenti apabila Izz memanggil namanya.

"Nak apa?"

"Temanlah saya makan.." ujar Izz. Muka kesian ditayangkan.

"Awak makanlah sorang-sorang."

"Tak nak! Kalau macam tu saya ikut sekalilah." Terus pinggannya dicapai dan langkah Natalia diikuti. Natalia pula hanya membiarkan Izz mengikutnya. Apa boleh buat, Izz memang macam tu.

"Ryan. Saya teman awak makan eh?" Natalia mengambil tempat di sebelah Ryan.

"Tak payahlah. Awak pergilah temankan budak one two three tu." Ujar Ryan. Muka Natalia langsung tidak dipandang.

"Ish! Saya kan dah cakap jangan panggil dia macam tu." Tegur Natalia. Sudah acap kali dia menegur tetapi itulah Ryan, apa-apa pasal Izz memang dia tak akan layan.

"Apasal pula? Nama dia bukan Izz Rid'wan' ke? Jadi suka hati sayalah nak panggil dia apa." Jawab Ryan.

"Suka hati kau aje nak kutuk nama aku. Nama aku ni mak bapak aku yang bagi tau. Jangan main-main." Marah Izz di sebelah Natalia. Pinggan di tangan terus diletakkan di atas meja.

"Betul cakap Izz. Tak baik tau." Sokong Natalia. Riak wajah Ryan terus berubah sebaik sahaja Natalia berkata sedemikian.

"Awak bela lah mamat ni. Malas nak layan. Ganggu je orang nak makan."

"Saya pula?" Natalia menunjuk ke arah dirinya sendiri. Dia cuma nak menegur je, tak kan tu pun salah?

"Dah lah Izz, awak pergi sana makan. Saya nak teman Ryan. Nanti terus dia tak ada selera bila tengok muka awak." Tutur Natalia malas. Disebabkan Izz lah Ryan merajuk dengan dirinya.

"Tak nak!"

"Hish! Susah sangat ke nak dengar cakap orang?! Asal bertembung je, ada je benda nak digaduhkan." Bentak Natalia tiba-tiba. Ryan dan Izz terus terkejut dengan perubahan mendadak Natalia.

"Saya cuma tegur je, itu pun nak marah, merajuk. Macam budak kecil! Yang lagi sorang ni pula tak faham bahasa, dah orang kata makan sana pun tak faham-faham. Nak saya cakap bahasa apa baru awak nak faham?! Bahasa Tamil? Bahasa Jepun? Bahasa Korea? Huh?" Marah Natalia lagi. Nasib baik tempat mereka agak terselindung. Jadi tak adalah sesiapa nampak yang dia tengah marah.

"Hish awak ni! Dengan suami sendiri pun nak marah. Baru je tadi awak minta maaf dengan saya." Ujar salah seorang daripada mereka. Usai sahaja berkata demikian.. Natalia terkedu.

'Aku salah cakap lagi ke?'bisik hati Natalia.

The End...

***
Amacam? Best tak kali ni punya special bab?
Bab ni khas untuk semua readers sempena hari raya.

Selamat Hari Raya semua!!!

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now