Bab 24

851 26 1
                                    

Hambar ? Hehee.. Sorrylah.. (: Saya masih mencari idea so korang tak bosan bila baca.. Otak ni dah diperah habis kering. Ni je hasil yang dapat :P Ingat senang nak perah? Perah otak ni macam perah limau kering tau... apa pun tarak keluar.. Keluar air mata je. :') Takmo bebel lagi..
So..ENJOY your reading.. :D

Nak promote jap eh
'Aku? Monster?'
by ChokoChoki (me)

"Bawa bertenang cik. Cik duduk dulu, sekarang ni cik belum stabil lagi." Mimi cuba memujuk Natalia daripada mengganas.

"Ish! Aku kata lepas lepaslah. Tak faham bahasa ke?"

"Dok, macam mana ni ? Perempuan ni boleh tahan kuat jugak ni." rungut Qisya.

"Hulurkan saya ubat penenang tu Nash." Doktor Rina memberikan arahan kepada Nash.

"Nah dok." Nashrain menghulurkan ubat kepada Doktor Rina. Doktor Rina mencapai ubat tersebut lalu menyuntik Natalia. Perlahan-lahan mata Natalia me-layu, dia dibaringkan di atas katilnya semula.

"Doktor Rina, saya rasa biar saya bawa dia balik dan rawat dia. Dia mungkin mengalami masalah tekanan sekarang ni." Ryan yang mendiamkan diri dari tadi bersuara.

"What! Encik nak bawa perempuan ni balik? Mana boleh!" Mimi dan Qisya menjerit serentak kemudian memandang sesama sendiri.

"Hish! Sibuklah kau ni. Kan aku dah cakap yang aku dah chop dia, yang kau nak menyibuk ni kenapa hah?" Mimi memandang Qisya geram.

"Kau yang sibuk! Semua benda kau nak. Biarlah dia ni jadi aku punya, agas ah kau ni!" Qisya membalas kata-kata Mimi sambil menolak bahu Mimi.

"Agas!? Kau ni kan!" Mimi memijak kaki Qisya sekuat hatinya.

"Auchh! Encik, encik tengok ni. Dia pijak kaki saya, tolonglah saya encik.Sakitnya... Encik bawa jelah saya balik eh. Encik rawat saya boleh tak?" Qisya mengadu kepada Ryan sambil mengelip-ngelipkan matanya. Konon-kononnya meminta simpatilah.

"Kau tak payah menggediklah! Encik, encik tak payah bawa dia. Encik bawa je saya, jangan pedulikan dia ni. Dia ni cuma tau menggedik aje. Encik bawalah saya eh?"Mimi memaut lengan Ryan sambil melentokkan kepalanya. 

Qisya yang terpandang Mimi memegang lengan Ryan terus memaut lengan Ryan yang sebelah lagi. Dan bermula lah aksi tarik-menarik. Ryan yang ditengah-tengah sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Tiba-tiba telinga mereka dipiat oleh seseorang.

"Ahhh...ahhh... Sakit...Sakit.." Mimi dan Qisya menjerit kesakitan.

"Hish korang berdua ni! Buat malu je tahu tak? Ikut aku sekarang!"Nashrain meninggikan suaranya sambil menarik telinga mereka berdua keluar dari bilik itu. Tak tahu malu betul. Menyempat je.

"Ermm.. Maafkan saya Encik Ryan. Saya minta maaf sangat-sangat sebab kejadian tadi. Tak sangka pula diaorang boleh berperangai macam ni." Doktor Rina menundukkan kepalanya sambil meminta maaf. Malu betul dia dengan Ryan sekarang ni.

"Eh, tak apa. Tak apa. Doktor tak payah minta maaf. Agaknya saya ni memang handsome sangat kot. Hahaha." sempat Ryan memuji dirinya sendiri. Kata-katanya itu disambut dengan gelak ketawa Doktor Rina.

"Tapi... diakan perempuan..." Doktor Rina menyambung kembali perbualan mereka yang tergendala sebentar tadi.

"Doktor jangan salah faham. Maksud saya rumah family saya, tak kanlah saya nak bawa dia balik rumah saya. Mana boleh. Cuma buat sementara ni biar saya yang jaga dia, lagi pun saya yang jumpa dia. Nanti bila dia dah pulih saya akan benarkan dia pulang. Jangan risau." Ryan menjelaskan perkara yang sebenar kepada Doktor Rina. Tidak mahu nanti ada salah faham yang akan berlaku.

"Ouh. Baiklah kalau macam tu. Nanti saya akan suruh Nash tolong bawakan perempuan ni ke kereta encik nanti. Sekali lagi saya minta maaf banyak-banyak bagi pihak pekerja saya ." Doktor Rina menundukkan kepalanya .

"Tak apa. Saya tak kesah pasal hal tu pun." Ryan menghadiahkan senyuman yang cukup manis kepada Doktor Rina.

Terkedu Doktor Rina melihat senyuman itu.

'Padanlah minah dua ekoq tu beria bergaduh.' bisik hati Rina.

***

"Kamu berdua nikan, cuba jaga perangai tu sikit! Kamu tak malu ke buat macam tu dekat tetamu kita?" Doktor Rina memandang kedua-dua pekerjanya itu.

" Sorry doktor.." Mimi dan Qisya meminta maaf. Tak berani hendak melawan kata-kata Doktor Rina. Nanti tak pasal-pasal karang kena pecat.

"Kamu berdua tahu tak sebenarnya lelaki tadi tu doktor psikologi yang terkenal? Satu Malaysia kenal dia tau." Doktor Rina menanya anak buahnya itu.

"Apa!" Mimi dan Qisya menjerit serentak.

"Haisshh.. Terlepas dah peluang aku nak merasa ada pak we yang famous. Ni semua kau punya fasal lah ni. Hish!" Mimi menyiku Qisya.

"Eh aku pula yang kena. Kau tu yang sibuk tetiba kacau aku tadi. Kalau bukan sebab kau aku dah dapat ikut dia balik dah. Kau ni buat aku sakit hati jelah."Qisya menyiku Mimi semula.

"Dah..Dah! Cukup-cukuplah kamu berdua dah malukan saya. Lain kali jangan berani buat perangai tak senonoh macam tu lagi. Dengar tak? Sebagai denda saya nak kamu berdua bersihkan klinik ni selama dua bulan. Lagi-lagi tandas yang kat luar tu. Faham?!" Doktor Rina memberi tugasan baru kepada pekerjanya. Biasanya tugas itu akan dilakukan makcik cleaner.

"Ba..Baik.." Mimi dan Qisya menjawab lalu mengeluh sambil menjeling sesama sendiri.

''E'eh, sempat lagi tu !'' marah Doktor Rina. 

***

Seorang lelaki berbaju hitam lengkap dengan mask muka hitam menyelinap masuk bilik yang diduduki Tengku Hisham. Dia berjalan ke arah Tengku Hisham dan berhenti di sebelah katil itu. Perlahan-lahan dia menyuntik sesuatu cecair asing ke dalam IV drip solution kemudian dia tersenyum sinis.

"Sekarang ni takkan ada apa-apa yang akan menghalang aku lagi. Hahaha. Syarikat aku akan bertambah maju dan syarikat kau pula akan jatuh! Sekarang aku dah dapatkan apa yang aku nak. Bye Tengku Hisham." Lelaki tersebut melambai-lambai tangannya lalu ketawa terbahak-bahak.

Titt...Tittt...Titt...Titttttt...... 

"Siannya kau. Tak dapat nak berjumpa dengan anak-anak kau sebelum mati. Tak apa, tak apa. Biar aku yang uruskan diaorang. Pandai-pandailah aku nak jaga diaorang macam mana." Lelaki tersebut menggentel wayar-wayar yang berselirat di badan Tengku Hisham.

" Aku sendiri sebenarnya pun tak sangka yang anak sulung kau tu akan mati semudah ini, tapi baguslah kan? Sebab ada orang lain yang dah tolong aku lakukannya. Tak payah aku nak kotorkan tangan aku lagi.  Nampaknya makin senanglah kerja aku lepas ni. Tinggal nak uruskan lagi sorang tu je. Oklah, aku balik dulu tau.  Hahahaha." lelaki serba hitam tersebut berjalan keluar dari bilik tersebut sambil bersiul perlahan.

Tittt........ 

***

To be CONTINUED


Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now