Bab 12

775 34 0
                                    

'You, I takut lah nak jumpa mama you. Nanti mama you cakap I ni perampas pula.' Natasha sahaja ingin menduga Nafiz.

'Alaa, you janganlah risau. Mungkin mama lagi suka dapat jumpa dengan you. Yelah, mama sebenarnya tak suka pun dekat budak gemuk tu.' ucap Nafiz. Natasha tersenyum keseronokan.

'Nafiz, jom shopping kejap. I nak beli buah tangan untuk mama you. Please?' rayu Natasha. Nafiz mengangguk sambil tersenyum ke arah Natasha. Sebelah tangannya memegang stereng manakala yang sebelah lagi mengusap perlahan tangan Natasha.

'Boleh sayang, apa sahaja demi you I ikutkan sahaja.' Nafiz melirik senyuman yang menggoda. Natasha tersenyum senang.

***

Tiba sahaja di Johor Premium Outlet, Natasha mengheret Nafiz masuk ke dalam kedai yang menjual beg tangan yang berjenama.

'You, mama you suka warna apa?' Natasha bertanya kepada Nafiz. Dia sebenarnya sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan mama Nafiz.

'Warna merah. Mama I suka warna merah.' Natasha terus mencapai satu beg jenama Gucci yang berwarna merah dan membeleknya.

'Can you show me which one is the Limited Edition handbag?' Natasha memandang ke arah pekerja tersebut. 

'Ni Cik.Beg ni baru je tiba semalam. Beg ni dibuat daripada kulit rusa. Harga dia pula...' Penjual itu tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila Natasha mencelah.

'Sudah, tak payah cakap banyak. Yang I nak tahu warna merah ada tak? I nak cepat ni.'

'A...ada.' penjual itu menjawab ketakutan dan menunjukkan beg yang bewarna merah kepada Natasha.

'I ambil yang ni. Cepat sikit. Buat kerja terhegeh-hegeh, macam siput . Lembab.'Natasha menjawab angkuh. Dia tidak mahu menunggu lama-lama di situ. Dia benar-benar tidak sabar untuk berjumpa dengan mama Nafiz.

'You, agak-agak mama you suka tak beg yang I pilih ni?'Natasha bertanya manja ke arah Nafiz di sebelahnya.

'Apa yang you pilih mesti mama I suka punya.'Nafiz hanya tersenyum menjawab. Selepas Natasha membayar beg tersebut mereka pun beriringan keluar dari kedai tersebut.

***

Nafiz memandu keretanya memasuki perkarangan rumahnya.

'Mama..mama.! Nafiz bawa kawan Nafiz ni.' Datin Sarah keluar untuk melihat wanita yang diceritakan oleh Nafiz sebelum ini.

'Hi Auntie. Saya Natasha, kawan Nafiz.' Natasha memperkenalkan dirinya kepada Datin Sarah. Dia sedikit gugup melihat pandangan Datin Sarah ke arahnya.

'Ohh, kawan Nafiz rupanya. Jemputlah masuk.' Datin Sarah menguntum senyuman buat Natasha. 'Hmm, cantik juga budak ni. Kalaulah dia yang jadi menantu aku...' Datin Sarah bermonolog sendiri.

Natasha tersenyum dan mengangguk. Dia dapat merasakan bahawa Datin Sarah sudah berkenan terhadap dirinya itu. Dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut bersama-sama dengan Nafiz. 

'Cantiknya rumah ni.' puji Natasha ingin mengambil hati Datin Sarah.

'Memang cantik. Rumah ni suami Auntie belikan sempena perkahwinan kitaorang. Sayang betul dia dekat Auntie.' Datin Sarah menjawab bangga. 'Eh, duduklah. Kenapa berdiri aje. Biar budak gemuk tu buatkan air. Natalia..Natalia.. Mana budak gemuk ni? Buatkan air untuk tetamu kita. Bersenang-lenang aje eh kau dari pagi tadi. Lepas ni pergi masak.' Datin Sarah mula mengarah Natalia membuat itu ini.

'Baik Datin.'  Natalia hanya mampu mematuhi segala perintah Datin Sarah. Baru sahaja dia hendak melangkah ke dapur dia ternampak adiknya,Natasha sedang duduk bersebelahan dengan suaminya.       'Natasha? Buat kat sini?' sungguh dia pelik melihat Natasha berada di rumah suaminya.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now