Bab 46

756 36 3
                                    

Kalau korang nak tahu.. bila seseorang pembaca vote suatu karya orang tu.. org tu akan terasa teruja.. kalau x vote pun.. masukkanlah citer dia dlm reading list korang.. hope dgn cara itu boleh dikira mcm bayaran .. sbb korang baca cerita free kot..
Peace no war :)

"Datin, ada orang nak jumpa." beritahu P.A Datin Sarah. Kelihatan wanita itu sedang sibuk menguruskan kerjanya.

"Siapa?" tanya Datin Sarah tanpa memandang wajah P.A nya. Tangannya lincah menyelak dokumen di hadapannya. Apabila dia dapat tahu bahawa syarikat itu bukan milik mereka lagi, dia terpaksa berusaha menaikkan butiknya semula. Sejak peristiwa yang terjadi di fashion show beberapa minggu yang lalu, prestasi butiknya semakin merosot.

"Tak tahu datin, tapi dia kata dia ada hal penting nak cakap."

"Suruh dia masuk." arah Datin Sarah.

"Baiklah." jawab P.A Datin Sarah dan bayangannya hilang di sebalik pintu. Tidak lama kemudian kelibat seorang wanita muncul di pintu biliknya. Wanita itu memakai dress yang sekali pandang..pergh.. elegantnya.. bersama sebuah beg tangan yang berjenama.

"Silakan duduk." jemput Datin Sarah. Dia terus bangun dan menuju ke arah wanita itu. Hatinya berdebar apabila melihat wanita di hadapannya, tiba-tiba dia rasa tidak sabar untuk mengetahui tujuan wanita itu ke pejabatnya. Pada sangkaannya wanita itu mungkin memiliki butik sepertinya dan mahu menolongnya.

"Terima kasih." jawab wanita itu perlahan. Punggungnya dilabuhkan dan cermin mata hitamnya dibuka. Wajah Datin Sarah ditenung.

"Maaf, tapi kita saling mengenali ke?" tanya Datin Sarah teragak-agak. Dia sedikit pelik apabila wanita di hadapannya kelihatan muda sekali. Dia ingatkan wanita itu mungkin sudah berumur sepertinya.

"Mungkin you tak kenal I, tapi I kenal siapa you. You kan salah seorang fashion designer yang popular tu kan, Datin Sarah?"Walaupun dia lebih muda, dia tetap enggan menggunakan panggilan yang lebih sopan. Lagi pun dia tahu wanita di hadapannya ini bukannya reti hormat orang lain pun.

"Yes. I lah tu. But, who are you?"

"Tengku Lisa binti Tengku Idham. Just call me Lisa." beritahu Lisa.

"Ok. So apa tujuan Lisa datang ke sini?" tanya Datin Sarah pelik.

"I nak beli butik you." jawab Lisa selamba sambil membelek-belek jari jemarinya. Meluat mahu melihat wajah orang yang terkejut.

"Jap.. What?! BELI?!"

"Yes." jawab Lisa pendek.

"NO! Aku tak akan jual butik aku ni! Sekarang baik kau keluar dari sini. Aku tak nak tengok muka kau! Keluar!" tengking Datin Sarah. Terus dia ber aku-kau dengan Lisa. Hatinya pula bertambah panas apabila wanita di hadapannya langsung tidak berganjak. Sebaliknya dia bersandar dan menyilangkan kakinya.

"Tak payah lah jerit-jerit. You nak bagi semua orang dengar ke suara you yang dah serak tu. Banyak menangis ya? Ke.. semakin tua suara semakin serak? Atau pun you banyak meraung kat rumah sebab baru je lepas kehilangan syarikat you? Huh?" sindir Lisa. Riak wajah Datin Sarah terus bertukar saat dia mendengar kata-kata yang diucapkan Lisa sebentar tadi.

"Ma.. macam mana kau tahu?" tanya Datin Sarah teragak-agak. Rasanya dia langsung tidak memberitahu sesiapa perihal itu.

"Itu tak penting. Sekarang ni I nak beli butik you."

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now