Special chapt (Happy Mother's day)

787 30 0
                                    

Sempena hari Ibu ni... saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu !
:))

***

Pagi-pagi lagi Natalia sudah turun ke dapur. Semalam lagi dia sudah bertungkus-lumus mencari idea sempena hari ibu yang bakal menjelang esok hari. Petang semalam dia sempat lagi ke kedai membeli barang masakan. 

Dia bercadang hendak memasak nasi lemak sambal sotong. Saat kenangannya bersama mama dan ayahnya terimbas kembali, hatinya tiba-tiba sebak. Dia masih ingat lagi, ayahnya sangat menggemari nasi lemak sambal sotongnya. Ayahnya juga pernah mengatakan yang air tangannya persis mamanya, pandai memasak. 

''Waahhh.. sedapnya bau. Ira masak nasi lemak,ya?'' Natalia mengangguk teruja.

''Ira nak mama rasa masakan Ira pula. Mama pergilah masuk. Hari ni biar Ira je sorang masak. Mama pergilah masuk sana.'' Bahu Puan Diyana ditolak lembut ke dalam. Puan Diyana hanya membalas dengan senyuman dan anggukan. Tak sia-sia dia menyayangi dan menolong gadis itu.

''Hah.. nanti dah siap panggil mama. Mama kat dalam.'' pesan Puan Diyana.

''Mama kalau nak tidur balik pun takpe.'' kata Natalia selamba.

''Kamu ingat mama ni muda-muda macam kamu? Dah bangun tidur balik. Lepastu terlajak nak bangun balik?'' Natalia tergelak kecil.

''Alah.. mama. Sekali-sekala, apa salahnya? Kan? Dah la, mama tengok tv sana. Kejap lagi siaplah ni. Nanti dah siap hidang, Ira panggil mama. Bye mama.'' Dengan segera Natalia berlari-lari anak semula ke dapur. Puan Diyana hanya tergelak melihat gelagat Natalia yang seperti kebudak-budakan.

***

''Hmm.. ok kot. Ingatkan skill dah tumpul sebab lama tak masak. '' Sudu dicampak ke dalam singki. Segala kuali , senduk dan periuk dikutip lalu dicuci. Selepas membersihkan dapur, Natalia segera menghidang makanan ke meja makan. Apron di badan dirungkai kemudian disangkut di penyangkut dinding. Kaki dihayun menuju ke ruang tamu.

''Mama. Makanan dah hidang. Jom, makan. Papa, jom?'' jemput Natalia. 

''Papa tak sangka yang Ira pandai masak juga rupa-rupanya. Tak sabar pula papa nak rasa masakan Ira.'' Ujar Encik Idris kemudian kedua telapak tangan digosok perlahan, lagak seperti orang tidak sabar+teruja. 

''Eh? Ryan mana? Takkan tak bangun lagi?'' soal Puan Diyana.

''Alaa mama. Macam tak kenal Ryan tu. Kalau hari cuti mana pernah bangun awal.'' jawab Natalia.

''Hah. Kamu pergi kejut dia. Panggil dia turun sekali, makan. Ni kalau tak kejut pukul sebelas nanti baru celik.'' bebel Puan Diyana.

"Ok ma'am.'' Natalia menabik. Kaki laju melangkah naik ke bilik Ryan. Satu langkah dua mata tangga kau.. 

''Ryan.. ouh.. Ryan..'' panggil Natalia. 

Senyap.

Pintu diketuk. ''Ryan ! Bangun !''

Sepi lagi.

''Ryan !!!'' pintu diketuk. Malah lagi kuat tumbukannya.

''Hish, dia ni memang cari nahas.'' Tombol pintu dipulas seraya kaki melangkah masuk. Mata meliar mencari susuk tubuh diatas katil.

''Hum? Mana mamat ni?'' gumam Natalia. Kepala automatik menoleh ke pintu bilik air saat pintu itu dibuka dari dalam. Serentak dengan itu, satu susuk tubuh yang hanya berbalut separuh badan terpacul keluar.

''Arghh!!'' jerit Natalia. Dengan pantas Ryan berlari ke arah Natalia lalu ditekup bibir mungil itu. Tak padan dengan mulut kecil, tapi suara macam jantan.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now