Bab 18

762 22 0
                                    

'Hum.. Ma..ma.. Sebenarnya apa yang berlaku ? Apa yang mama nak cakap time makan tadi ?' Natasha bertanya ketika dalam perjalanan ke shopping complex. 

'Ouh.. sebenarnya.. Mama rancang nak buat Natalia lagi sengsara sebenarnya. Natasha bayangkan eh, time pasangan tu tengah happy and trust each other gitu.. lepastu salah sorang menipu. Apa yang akan terjadi pada pasangannya yang lagi satu ?' tidak mungkin Datin Sarah akan memberi tahu hal sebenarnya kepada Natasha.

Bimbang rahsia keluarga mereka bakal terbongkar,memandangkan Natalia merupakan kakak kepada Natasha.Lagipun Datin Sarah sudah menukarkan rancangannya setelah berjumpa dengan Natasha. Dia tidak yakin Natalia akan memberi harta bahagiannya kepada Nafiz buta-buta sahaja. Jadi dia bercadang selepas Nafiz ceraikan Natalia, dia akan cuba mengaut bahagian Natasha pula. 

'Mestilah sengsara, tertekan ?' teka Natasha.

'Hah.. Pandai pun Tasha teka. Jadi itulah yang mama akan lakukan. Mama biarkan perempuan tu senang dulu, sampai masa nanti Nafiz jalankan rancangan yang seterusnya.' Datin Sarah menepuk perlahan peha Natasha yang terdedah itu. Dia perasan yang Natasha mempunyai susuk tubuh yang cantik.

'Tasha, beberapa minggu lagi mama ada  join fashion show. Mama ingat nak minta Tasha jadi model butik mama. Boleh ?' Datin Sarah senyum memandang Natasha. 'Boleh je auntie ! Eh.. mama !' Natasha teruja sangat sampai tersasul.

'Thanks darling.' 

'Welcome ma..' Natasha memeluk lengan Datin Sarah sambil melentukkan kepalanya di bahu Datin Sarah.

***

' Natalia, ni abang nak pulangkan balik phone. Abang nak minta maaf sekali lagi sebab dah pukul terajang sayang sebelum ni.' Nafiz membuat muka bersalah. Natalia pula memandang serba tak kena. Tangannya gigil mencapai handphone nya semula.

'Abang.. Natalia.. tak apa-apa. Ni pun dah bersyukur abang nak pulangkan phone. Natalia rindu sangat dengan ayah. Dah lama rasanya tak bual dengan ayah. Terima kasih abang !'  Natalia laju memeluk lelaki itu lalu pantas berlari ke halaman belakang sebelum Nafiz sempat membalas kata-katanya. Dia terkedu setelah mendapat pelukan daripada teddy bear besar.

'Ingatkan time makan je gelojoh.. Time buat benda lain pun sama je gelojohnya.. hurr.. Rasa miang pula badan aku ni.. Jijiknya!' Nafiz mengibas-ngibas badannya kemudian berlalu ke bilik tidur. Pagi ini dia tidak ke pejabat seperti biasa kerana dia ada appointment dengan client dekat golf resort pukul 12 nanti. Lagipun resort itu lagi dekat dengan rumahnya berbanding dari pejabat.

Di bilik, Dia menekan-nekan screen telefonnya. 'Hello mama.. mama pergi mana? Natasha ada dengan mama sekali ke ? Nafiz tak nampak Natasha pun. Atau dia dah balik rumah Tengku Hisham?' Nafiz bercakap dengan suara terkawal, takut nanti Natalia terdengar. 

'Ouh.. lega Nafiz dengar. Kira Natasha dah tak merajuk dengan Nafiz lagilah kan? Bolehlah kitaorang keluar jalan-jalan nanti.'

'Laa.. kenapa tak boleh pula? Perempuan tuh bukan tahu yang Nafiz nak keluar jumpa client ke dating.. Hurmm.. yela ! yela ! Bye..' Nafiz tidak puas hati dengan larangan mamanya. Walau macam manapun, dia tetap akan cari jalan agar dapat bersama dengan Natasha semula senyap-senyap. 

***

'Hai ayah !' Natalia menjerit apabila panggilannya dijawab.

'Ingatkan lepas kahwin, pergi honeymoon dah lupa ayah.. Sampai hati pergi honeymoon tak bagitahu ayah. Terkilan tau..' Tengku Hisham membuat suara rajuk. Sebenarnya dia gembira anaknya telah mencapai kegembiraan dalam rumahtangga yang baru terbina. Dia agak risau jika anaknya terseksa dengan perkahwinan yang diatur atas dasar persahabatan anatara dia dengan Tengku Manaf.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now