Bab 35

809 34 0
                                    

Tengoklah mv kat atas tu, rasanya sesuai kot dengan Natalia yang sentiasa bertukar perangai kalau kat depan Nafiz and family. Ye tak? Hehe.. 
Kalau dah pernah tengok tu... tengok lagi sekali pun tak pe.

Hyde by VIXX...   Silakan....

***

"So macam mana dengan tawaran auntie?" Tanya Datin Sarah sambil menghirup kopinya.

"Saya setuju."jawab Natalia pendek.

"Haha. Senang hati auntie dengar. Tapi auntie nak tahu apa sebab kamu sanggup terima tawaran auntie ni?"Datin Sarah memandang Natalia di hadapannya. Natalia yang sedang menghirup kopinya perlahan memandang Datin Sarah sekilas.

"Saya sebenarnya pun tak berapa suka sangat kerja dengan mama, ada je kesalahan saya yang dicari. Rimaslah kerja kat sana. Tapi kalau kerja dengan auntie mesti best kan? Mesti auntie akan jaga Ira baik-baik kan?" Natalia merenung anak mata Datin Sarah dalam, mengharapkan Datin Sarah jatuh ke dalam penipuannya.

"Itu dah pasti! Auntie sentiasa pastikan sesiapa yang bekerja bawah auntie akan dilayan dengan baik. Auntie pun tahu yang Diyana tu bukan jenis yang menghargai orang lain. Dia tak tahu agaknya yang kamu ni sekarang dah popular, sepatutnya dia kena jaga kamu baik-baik. Tak pasal-pasal dia bakal kehilangan seorang pekerja yang terbaik." bebel Datin Sarah panjang lebar. Natalia yang mendengarnya hanya mampu menyembunyikan senyuman sumbing. Riak wajah cuba dikawal sebaik mungkin.

'Sarah... Sarah... Mama aku dah pernah kehilangan pekerja pun sebelum ni, tak kanlah mama tak serik lagi. Kau tunggu jelah.. nanti baru kau sedar langit tu tinggi ke rendah. Hahaha.' gelak hati Natalia. Dia sebenarnya agak geram apabila Datin Sarah menuduh Puan Diyana jenis yang tidak menghargai orang lain, tetapi ditahankan sahaja perasaan menyampahnya yang meluap-luap. 

"Tapi auntie, ada syaratnya. Mana mungkin saya ikut auntie buta-buta gitu je kan? Sedangkan saya sedar yang auntie ni bukanlah sesiapa pada saya." Natalia sudah bergerak ke peringkat seterusnya. Syarat haruslah diletakkan agar dia tidak akan dipijak sewenang-wenangnya kemudian hari.

'Syarat? Huh! Ada aku kesah  dengan syarat kau tu, apa kau ingat aku ni balaci kau ke? Kalau setakat perjanjian tanpa hitam putih tu apalah sangat. Hum ! Dasar budak mentah.' bisik hati Datin Sarah. Sekarang ni dia bukannya berminat sangat pada 'Aira Raisya' ni, tujuannya hanya mahu menjatuhkan Puan Diyana, salah sorang musuhnya. Dan dia akan pastikan yang dia berjaya walau apa cara sekalipun.

"Apa syaratnya?" Yang pasti dia sudah tidak sabar untuk merampas Natalia daripada Diyana.

"Syarat dia tak susah pun. Saya pasti auntie mesti boleh tunaikannya."

"Ok. Just tell me then." Natalia mengangguk perlahan. Dia menyeluk keluar sehelai kertas dari beg tangannya.

"Nah. Auntie baca dulu, lepastu turunkan tandatangan kat bawah tu." Natalia menghulurkan sebatang pen kepada Datin Sarah. Dia tersenyum mengejek saat riak muka Datin Sarah bertukar melihat surat perjanjian itu. 

'Apa kau ingat aku akan mudah tertipu dengan kau Sarah? I'm not that stupid anymore. Awal-awal lagi aku dah bincang dengan mama pasal benda ni. Dari riak wajah kau tadi pun aku dah agak yang kau tak ambil serius bila aku cakap pasal syarat.' 

"Lepas auntie dah tandatangan, saya akan berjumpa dengan peguam untuk mengesahkannya. Salinan yang lagi satu nanti saya hantar kemudian hari.'' Melihat Datin Sarah yang masih terkebil-kebil, Natalia bersuara lagi.

''Bukan auntie dah setuju ke tadi sebelum saya bagi auntie surat ni? Auntie sign lah, hum?" pujuk Natalia, manja. Sebenarnya bukan Natalia memujuk pun, tetapi lebih kepada mendesak. 

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now