Bab 5

905 38 0
                                    

Nafiz memecut kereta Lexux Ic 500 nya pulang ke rumah dengan fikiran yang sarat. Wajah wanita yang bertopi di restoren mewah tadi persis wajah yang dilihatnya ketika majlis pernikahan dia dan Natalia. Wajah itu jugalah yang sering muncul dalam mimpinya baru-baru ini.

Tiba sahaja diperkarangan rumahnya, dia terlihat mamanya bersama Natalia di mini garden . Rona wajah mamanya begitu merah sekali. Kelihatan mamanya sedang menarik rambut Natalia sambil berteriak marah.

'Kau tau tak itu pasu kesayangan aku ! Kau senang-senang je nak pecahkan. Mana mata kau ! Kat tapak kaki ?! huh !' teriak Datin Sarah sambil menarik-narik rambut wanita gemuk itu.

'Maafkan Natalia mama, Natalia tak sengaja. Lepaskan rambut Natalia ma, sakit..sakit ma..' Natalia teresak-esak minta dilepaskan.

'Mama !? Sejak bila aku jadi mama kau hah perempuan bodoh ! Hoi perempuan, kau ingat kau kahwin dengan anak aku kau boleh bersenang-lenang ? Duk goyang kaki ? Jangan haraplah . Perempuan gemuk macam kau ni tak sesuai langsung berdamping dengan anak aku ! Sedar diri kau tuh sikit, cermin badan kau tuh dulu baru pikir sesuai ke tak masuk dalam keluarga ni !' tempik Datin Sarah.

kebanyakan orang di kawasan perumahannya tidak ambil peduli hal kejiranan. Jadi sebab tuDatin Sarah tidak teragak-agak untuk menjerit sesuka hatinya.

'Yang mama jerit macam langsuir lapar ni kenapa. Naurah kat dalam pun sakit telinga dengar mama jerit. Kesian adik.' marah Naurah.

'Buat apa kau nak sangat bela perempuan ni? Sakit mata aku tengok diaorang berdua ni' balas Datin Sarah.

Nafiz melangkah kearah mereka dengan senyuman yang puas.

'Padan muka kau! Ma, suruh je dia buat apa patut. Silap-silap badan dia boleh kurus. Mana tau nanti ada orang terpikat, boleh aku ceraikan kau.' gelak Nafiz.

Datin Sarah menarik kepala Natalia ke arah serpihan pasu yang pecah, lalu ditolak kepala itu kuat ke bawah. 'Kau kutip serpihan pasu ni sekarang! Aku nak masuk . Makin lama aku hadap muka kau, makin loya tekak aku ! Arghh !' 

'Eh mama ni,kalau kepala Natalia nanti berdarah macam mana?Siapa nak bertanggungjawab?

Nafiz memandang Natalia tanpa simpati kemudian mengikut langkah mamanya sambil menarik tangan Naurah masuk dalam rumah.

'Adik ! Kak Naurah masuk dulu tau. Bye !'lambai Naurah.Natalia memandang mereka sehingga hilang dari pandangan dengan matanya yang berair.

'Mama... Ayah.. Natalia sengsara kat sini. Natalia tak boleh berterus-terang kat ayah . Natalia sebenarnya taknak menyusahkan ayah lagi. Cukuplah selama ni ayah yang menjaga Natalia, Natalia taknak meresahkan ayah dengan keadaan Natalia ni lagi. Natalia tak minta pun dilahirkan dengan rupa buruk. Takpe, aku kena kuat hadapi dugaan ini' pujuk hati Natalia.

***

Selepas mengemas serpihan pasu, Natalia ke dapur untuk membantu Bik Santi memasak.

'Adik... Jom main sama-sama dengan Kak Naurah.Akak bosanlah.'rayu Naurah.

'Akak nak main apa?'

'Kita main sorok-sorok jom!'Naurah melompat kegembiraan kerana akhirnya dia ada teman bermain.

'Akak nak sorok dulu,adik pergi kira sampai dua puluh ok?'Naurah terus ke dalam nyorok.

'Satu...dua...tiga.......dua puluh! Dah ke belum? Adik cari ni.'jerit Natalia lalu memulakan pencariannya.

'Kak Naurah...Kak Naurah kat mana?'dia menyelak di sebalik langsir di ruang tamu lalu berjalan ke setiap sudut rumah.

'Mana Kak Naurah sorok ni?'bisik Natalia.

Tiba-tiba...

'Buarghh! Akak kat sini lah. Penat akak tunggu tau.'

'Akak, rumah ni besar kak.Bukan senang nak naik turun tangga cari akak.Boleh kurus saya macam ni.'gelak Natalia termengah-mengah diikuti dengan Naurah.

'Jom main sorok-sorok lagi.' Naurah mempamerkan muka simpati.

'Uhmm.Akak jom main benda lain. Saya tak sanggup nak jalan lagi.Lutut saya dah longgar dah ni.'pujuk Natalia.

'Hmm...Apa kata kita main barbie doll lah. Jom pergi bilik akak.'Naurah menarik tangan Natalia ke biliknya.

Naurah mengeluarkan koleksi barbie dollnya.

'Huishh! Banyaknya koleksi akak.'Natalia membelek-belek setiap patung-patung itu sambil menggoyang-goyangkannya. 'Akak,banyaknya baju barbie doll ni.' Natalia menayangkan baju barbie doll itu ke arah Naurah.

'Cantik-cantik pulak tu.'Naurah tersenyum bangga.Natalia membayangkan dirinya memakai baju yang cantik. 'Kalaulah aku kurus, mesti aku ada banyak pakaian yang cantik-cantik macam barbie doll ni.'bisik hati Natalia.

'Hai,nama saya Naurah.Nama awak apa?'Naurah membuat memek suara sambil menggerakkan barbie nya ke arah Natalia.

'Nama saya Natalia.Awak tengah buat apa tu?'Natalia juga mememekkan suaranya.

'Saya tengah shopping. Cantik tak baju saya?'Natalia dan Naurah terus bermain sehinggalah..

'Adik.. akak ngantuklah.. dah tak nak main dah..' Naurah menguap mulutnya sebesar-besarnya.

'Jom tidur nak ?'Naurah menarik lengan Natalia ke katilnya. 'Eh,ni kemaslah dulu. Nanti terpijak karang rosak pula. Jom kemas sama-sama lepastu kita tidurlah. ok?'

'Biarlah je lah. Nanti suruhlah Bik Santi kemas. Dah ngantuk ni. Jom-jom.'Naurah terus menapak ke katil. 'Sinilah cepat.' Naurah menepuk-nepuk katil di sebelahnya.Natalia pun memanjat ke atas katil.

Belum sempat Natalia dapat melelapkan matanya...

'Nataliaa ! Ke sini kau sekarang ! teriak satu suara dari tingkat bawah. Cepat-cepat Natalia turun dari katil matanya mengerling ke arah Naurah, 'Cepatnya Kak Naurah tidur' bisik Natalia perlahan.

'Nataliaa ! Mana kau ? Sini cepat ! Makan malam tak masak lagi. Kau ingat kau mem besar kat rumah ni? Kalau kau nak makan kau kena buat kerja bibik. ' teriaknya lagi.

Natalia mempercepatkan langkahnya ke arah empunya suara tersebut.' Ya maa. Tadi Natalia teman Kak Naurah main. Dia bosan tadi.'

'Kan aku dah cakap jangan panggil aku mama , panggil aku Datin...Datin Sarah ! Faham tak?! Ada aku suruh pergi layan budak gila tu? Tak ada kan? Yang kau memandai tu buat apa?' jerkah Datin Sarah. Ketika itu Tengku Manaf baru pulang dari pejabat.

'Apa teriak-teriak ni?'

'Ni hah bang, Sarah suruh dia masak. Ni dah pukul berapa tak masak makan malam lagi.'balas Datin Sarah.

'Bik Santi mana?' tanya Ku Manaf.

'Bik Santi minta cuti. Dia ada hal kecemasan tadi. Mak dia sakit. Tu yang saya suruh dia masak.' hakikatnya sebenarnya Datin Sarah yang bagi cuti dua bulan bergaji dekat Bik Santi. Dia mahu Natalia membuat segala kerja rumah ini sendirian. Mudah dia mengarah segala kerja.

'Kau pergi masak kat dapur sana sekarang !' tengking Datin Sarah.

'Cakap elok-elok kan boleh. Sakit telinga saya dengar awak jerit. Penat tahu tak?' Ku Manaf berjalan ke biliknya meninggalkan isterinya dan Natalia di ruang tamu.

'Aku nak kau masak apa-apa aje. Pukul lapan malam nanti aku nak tengok makanan dah siap hidang atas meja.' Datin Sarah berlalu ke biliknya.

'Masak? Aku nak masak apa ni?' Natalia ke dapur mencari bahan masak. Dia mengeluarkan sebungkus plastik ayam dari peti sejuk beku lalu merendamnya. 

 'Mujur aku pandai masak. Tak adalah kena marah lagi dengan Datin Sarah.' Bermulalah dia 'berperang' di dapur sendirian. 

***

p/s: Just wanna say thanks for the readers :D



Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now