Bab 36

768 30 3
                                    

Save Me by BTS... 

Cubalah dengar, tak rugi punya! Eceh.. XD

Lagu ni sesuai untuk Nafiz and family. Adakah mereka akan selamat daripada Natalia?

Jeng... Jeng... Jeng...
 Nak tahu kenalah teruskan bacaan awak semua. :D

***

Nafiz's P.O.V .

Nafiz menolak perlahan pintu depan lalu kakinya melangkah masuk. Kepalanya kejap pusing ke kiri kejap pusing ke kanan, rupanya seperti sedang mencari seseorang.

"Lia, sini kejap."Nafiz memanggil salah seorang pekerja di situ apabila orang yang dicari-cari tidak dijumpai. Dia mempunyai hal yang penting untuk dibincangkan.

"Ya, Ku Nafiz. Ada apa?" pekerja yang dikenali sebagai Lia itu mendekatinya. 

"Mama ada tak?" tanya Nafiz. Matanya masih lagi belum berhenti bekerja, asyik tercari-cari di manakah kelibat mamanya. Tiba-tiba dia ternampak seorang wanita melangkah keluar dari office mamanya.

'Siapa pula perempuan tu, kenapa aku rasa macam aku pernah nampak dia? Tapi kat mana ek?' bisik hati Nafiz. Entah kenapa dia rasa bahawa dia ingin mengenali wanita itu dengan lebih lanjut, kakinya laju melangkah ke arah wanita itu.

"Hi, boleh berkenalan?" Nafiz sudah memulakan langkahnya. Dia menghulurkan tangan kanannya ke hadapan, sedia untuk berjabat tangan.

'Hmm... Boleh tahan cantik perempuan ni. Agak-agak dia dah berpunya ke belum eh?' Nafiz masih lagi menghulurkan tangannya, lama dia menunggu tetapi malangnya huluran dia tidak disambut. Dia menarik kembali tangannya. Perempuan itu hanya tersenyum manis memandangnya.

"Erm.. Nama I Nafiz, nama you?" walaupun sedikit malu apabila hulurannya tidak disambut, tapi dia masih lagi tidak berputus asa. Sekurang-kurangnya dia ingin mengetahui nama wanita itu.

"Aira Raisya. You can call me Ira." akhirnya Ira bersuara. 

"Sedap nama you, tapi boleh I tahu you ni siapa? Kenapa you ada kat sini?" tidak tahu kenapa, tetapi senyuman Natalia kelihatan begitu menggoda di matanya.

"Thanks. I ni model baru Datin Sarah, baru je mula bekerja hari ni."

"Ouh, kalau macam tu baguslah. Boleh I jumpa you tiap-tiap hari, betul tak?"Nafiz menghantar pandangan mengoda kepada Ira, berharap yang wanita itu akan cair.

 "You ni pula siapa? You kenal ke dengan Datin Sarah?" tetapi malangnya Ira langsung tidak mempamerkan sebarang reaksi walaupun telah melihat pandangan Nafiz. 

"Mestilah I kenal! She is my mom." 

"Ooh.. Jadi you mesti kenal dengan orang-orang yang kerja kat sini kan? Boleh tak you kenalkan I dengan diaorang semua? Mama you bagi tugas dekat I supaya I berkenalan dengan pekerja kat sini. Boleh tak? "tanya Ira. Mukanya kelihatan begitu polos di mata Nafiz sedangkan hatinya tiada siapa yang tahu.

"Of course boleh! Jom ikut I, I akan perkenalkan dekat you semua pekerja kat sini. Tak lama lagi you mesti dah dapat biasakan diri punya." Nafiz segera menggamit tangan Ira dan dia pun memperkenalkan satu per satu pekerja di sana kepadanya, dia merasakan dia perlu mengambil peluang keemasan ini untuk lebih mendekati wanita bernama Ira itu.

"You, sebagai ganjaran tolong I tadi, apa kata I belanja you makan. Nak tak?" Ira bersuara sebaik sahaja Nafiz selesai membantunya. 

"Makan tu boleh, tapi tak kanlah I nak biarkan perempuan sebaik you ni yang keluarkan duit. Betul tak? Biar I je belanja you hari ni, I bawa you dekat tempat yang paling sedap dekat area sini." cadang Nafiz.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now