Bab 7

827 41 2
                                    

Habis sahaja meeting pada pagi itu, Nafiz duduk melunjurkan kakinya di atas meja pejabat. Sungguh dia penat memikirkan pelbagai situasi yang berlaku keatasnya sekarang.Beberapa harini dia tidak dapat tidur lena. Dengan hal syarikat yang tak stabil, hal kat rumah lagi. Ini pun dia sudah lama tidak menelefon kekasihnya. Walaupun dia tahu yang kekasihnya setia dengannya kerana wang, namun dia tidak kesah semua itu. Yang penting dia dapat menghilangkan stressnya.

Ketukan pintu menyentakkan dia daripada mengelamun. Nafiz mengerling kearah pintu. 

'Ada ape ?' tanyanya kasar. Dia tiada mood untuk berjumpa dengan sesiapa hari ini. Kepala dia sudah cukup kusut ketika ini.

'Ku Nafiz, ada orang nak jumpa. Boleh saya benarkan dia masuk? Katanya ada benda nak dibincangkan.' terang Elizabeth, selaku pembantu peribadi Ku Nafiz. Walaupun Elizabeth ni orang cina tapi dia fasih berbahasa melayu.

'Siapa ? Aku rasa aku takde temujanji harini kan ?' Nafiz sambung memejamkan matanya. Malas dia nak ambil peduli kalau tak ada perkara penting baginya.

'Nama dia Ku Natasha, katanya dia kenal Ku Nafiz. Tapi saya tak pernah nampak dia sebelum ni.' terangnya lagi.

'Cakap dengan dia aku ada hal lain lepas ni. Kalau ada sesiapa selain client, cakap aku busy. Aku malas nak jumpa sesiapa harini.' Nafiz bercakap sambil melayan matanya yang hampir terlelap.

Belum sempat Elizabeth keluar , pintu pejabat itu sudah dibuka dari luar. Elizabeth tidak sempat untuk menghalang wanita tersebut daripada masuk.

'Hai Nafiz ! Remember me ?' Natasha menjerit manja sambil melambai tangannya.

Nafiz menjeling kearah jeritan itu. Terkejut gorilla dibuatnya sampai terjatuh dari kerusi. 

'Bukan ke perempuan tu yang aku cari sebelum ni ?' bisiknya perlahan di bawah meja. Dengan segera dia bangkit, berdiri tegak merenung wajah itu kembali. 'Eh, betullah. ' bisiknya lagi.

Demi menutup malunya bila terjatuh tadi, Nafiz berjalan dengan lagak macho kearah Natasha lalu menghulurkan tangannya.

'Tengku Nafiz' senyuman menggoda diberikan kepada Natasha.

'Hmm, senang kerja aku kalau macam ni.'bisik hati Natalia. 

'Tengku Natasha binti Tengku Hisham, just call me Natasha.' Natasha membalas senyuman sambil menyambut huluran tangan Nafiz. Kening Nafiz bercantum apabila dia mendengar nama penuh wanita tersebut . 

'Tengku Hisham ?' tanya Nafiz.

'Yup ! Tengku Hisham's daughter, and adik ipar you.' tangan Natasha sudah mula menjalar di atas bahu Nafiz.

'What? Are you serius? You adik perempuan gemuk tu ke?' Nafiz segera menutup mulutnya apabila sedar keterlanjuran kata-katanya. Dia memukul mulutnya.

Natasha tergelak. 'Eh ? Kenapa you pukul mulut you sendiri ?' Natasha menggenggam kedua-dua tangan Nafiz.

Nafiz memandang Natasha pelik. 'Dia tak marah ke aku kutuk kakak dia?' bisiknya perlahan tetapi masih dapat didengari Natasha.

'Dah perempuan tu gemuk, sesuai sangatlah gelaran tu untuk dia.' gelak Natasha sopan. Nafiz mengeluh lega mendengar kata-kata Natasha.

'I ingat you akan marah I sebab kutuk kakak you. Risau betul sebab I dah terlepas cakap tadi.' 

'Eh, tak adalah. I memang tak kesah pun kalau orang nak cakap dia macam mana. I tak peduli pun. Lagipun I memang tak rapat dengan dia sejak kiteorang kecil lagi. Buat sakit hati  aje kalau fikir pasal dia.' jelas Natasha.

'You tak suka kakak you sendiri ke? Tak baik tau.'Nafiz sengaja menguji Natasha.

'I memang tak suka dia pun. Benci I tengok muka dia. Sekali tengok menyampah, dua kali tengok loya tekak I dibuatnya.'kata Natasha sambil membuat aksi menjolok tekak. Nafiz hanya tergelak memandang aksi Natasha yang terlebih tu.

'Eh, tapikan apa yang buat you benci sangat dekat perempuan gemuk tu ek ?' Nafiz pelik, ada juga adik yang benci kat kakak sendiri kat dunia ni. Tapi bila difikirkan balik takde ape yang mustahil kat dunia ni. 

Natasha hanya menjawab persoalan itu dengan senyuman yang menggoda. Tangannya sudah mula menjalar ke seluruh tubuh Nafiz. Dia ingin menggoda lelaki itu agar lelaki itu jatuh dalam genggamannya, memudahkan segala misinya nanti. Natasha menolak kuat dada bidang Nafiz untuk menjatuhkannya ke atas sofa berdekatan. Tetapi Nafiz lebih cekap dalam permainan ini, dia terlebih dahulu menarik Natasha ke dalam pelukannya.

'Senang sangat nak goda jantan tak guna ni' gelak hati Natasha.

***

'Adik ! Jomlah main sama. Tak best la main sorang-sorang.'rayu Naurah.

'Kejap ye kak, adik tengah vakum ni. Tadi  sebelum Datin ke butik , dia sempat suruh mop dengan vakum rumah, nanti kena marah pula. Kain belum jemur lagi, Masak.. hmm..apa kata lepas makan tengah hari kita main sama-sama?' pujuk Natalia.

Naurah menarik muka . 'Tak nak ! Jom main sekarang juga!' Naurah menghentak-hentakkan kakinya beberapa kali sambil menarik lengan Natalia ke biliknya.

'Yelah.. kita main kejap je tau. Lepas tu adik nak sambung buat kerja rumah. Ni nak main ape ni ?' tanya Natalia.

'Kita main masak-masak nak ? Kat bilik akak ada banyak mainan. Jom, cepat !' Naurah menarik lengan Natalia dengan senyuman yang lebar. 

Naurah mengeluarkan segala hartanya. Satu persatu disusunnya pada sudut bilik itu. 

'Akak jadi chef, adik jadi pelanggan. ok ?' cadang Naurah.

Natalia melayan sahaja gelagat kakak iparnya. Satu persatu 'hidangan' disediakan oleh Naurah. 

'Hmm, sedapnya.' 
'Isk, pedaslah ayam ni. Nak air cepat .'
'Waa, kenyangnya.' 

Bermacam-macam ayat dikeluarkan dari mulut Natalia. Dari memuji, komen, pura-pura marah dan bermacam lagi. Alaa, cara macam budak-budak kecik biasa main..

Tiba-tiba mata Natalia terpandang jam dinding di hadapannya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahhari. 'Alamak ! Aku tak masak lagi. Aduh.. Mati.. Mati...' jerit Natalia sambil memundar-mandir. Naurah pula memandang Natalia hairan.

'Adik dah kenapa ? Kan kita dah masak ni ?'

'Bukan masak main-main la kak. Ni adik belum masak betul-betul kat dapur tu. Tengahhari nanti akak nak makan apa?' tanya Natalia dengan riak risau. Dia sebenarnya tidak sedap hati dari tadi, itu yang tadi dia memandang setiap inci ruang bilik itu , sehinggalah dia terdang jarum jam.

'Akak main sendiri dulu. Adik nak turun masak kejap. Boleh tak ?' Natalia terlebih dahulu meminta izin Naurah sebelum melangkah ke dapur. Takut nanti ada yang merajuk.

'Yela.. Adik pergi la turun dulu. Nanti lepas kemas ni akak pergi dapur.' kata Naurah sambil tangannya laju mencapai mainan masuk ke dalam bakul.

Tanpa menunggu lagi, Natalia segera ke dapur. Apabila kakinya menjejak anak tangga yang terakhir, pintu ruang tamu sudah terbuka luas dari luar.

Natalia memandang kearah pintu perlahan. Ketika itu dia dapat rasakan air liurnya bagai tersekat di tengah kerongkong. 

'MATILAH AKU !' bisiknya perlahan.

***

p/s: kalau rasa interesting vote, paling tak pon komen, itu kalau tak puas hati .. Jgn kutuk blakang2, orang taktau :') .. Thnks sudi spend time korang membaca <3




Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now