Bab 43

844 27 1
                                    

Ryan duduk termenung di meja kerjanya, fikirannya entah melayang ke mana. Rambutnya pada masa itu kelihatan kusut sekali. Pakaiannya juga tidak terurus.

"Argh!!" dia menggosok kepalanya kuat, mengusutkan lagi rambut yang sudah kusut itu.

"Betul ke apa yang aku buat ni?" gumamnya perlahan. Fikirannya kembali melayang kepada seminggu yang lalu.

"Dah lama tak jumpa Natalia, dia pun tak telefon aku. Tak kanlah sibuk sangat sampai tak ada masa nak telefon aku." bebel Ryan. Pada masa itu dia sedang memandu menuju ke rumah Natalia. Hari itu kebetulan dia mempunyai urusan di Johor dan apabila urusan itu selesai dia bercadang untuk keluar bersama Natalia.Tetapi belum sempat dia mematikan enjinnya dia melihat Natalia telah pun memandu keluar.

"Eh, dia nak pergi mana ni? Aku baru nak ajak dia keluar makan." bisiknya. Kereta yang dipandu Natalia telah pun sampai di simpang.

"Baik aku ikut dia. Entah manalah dia pergi ni? Dah malam pula tu." akhirnya dia berputus untuk mengikut kereta yang dipandu Natalia. Tidak lama kemudian kereta Natalia tiba di sebuah restoran dan dia juga melihat Nafiz berada di pintu masuk restoran tersebut. Dia melambai-lambai ke arah Natalia dan mereka masuk ke dalam restoran tersebut bersama-sama.

"Nafiz? Natalia ada date dengan mamat tu ke? Ala.. Terlepas peluang aku nak ajak dia makan.." Ryan mengeluh perlahan. Pada waktu itu juga perutnya berbunyi.

"Tapi tak apalah, alang-alang dah sampai sini baik aku makan terus lepastu baru tegur dia. Selain tu boleh aku intip dia." Ryan mematikan enjin keretanya lalu keluar menuju ke pintu masuk restoran tersebut. Dia memanjangkan lehernya untuk mencari tempat duduk dan akhirnya dia memilih untuk duduk selang dua meja daripada meja yang diduduki Natalia dan Nafiz. Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.

"Rasanya dia tak perasan kot kalau aku duduk sini." gumam Ryan. Setelah membuat pesanan dia asyik merenung dua pasangan itu.

"Hish, apa yang diaorang bualkan tu? Apa hal nampak mesra sangat ni? Buat sakit hati aku aje! Siap pegang-pegang tangan lagi. Aku yang rapat dengan dia pun tak pernah pegang-pegang dia." omel Ryan. Sepanjang mereka makan di situ Ryan hanya mampu membebel seorang diri. Dia berputus untuk tidak bersapa dengan Natalia dan dia juga berputus untuk mengintip gerak-geri Natalia pada malam itu.

"Lama betul diaorang nak habis makan, makanan aku yang sampai lambat pun dah habis. Tu lah, cakap banyak sangat. Hah, tengok tu makanan tak habis dah nak pergi. Membazir betul!" marah Ryan perlahan. Dia turut bangun dari duduknya dan membuat pembayaran. Selesai sahaja membuat pembayaran, dia segera keluar dan menuju ke keretanya. Tujuannya sekarang adalah mengintip Natalia.

"Mana diaorang nak pergi pulak ni? Dah malam macam ni pun tak nak balik lagi ke? Hish Natalia ni!" walaupun Natalia telah menyuruhnya agar memanggilnya Ira tetapi Ryan langsung tidak mengendahkannya. Ada masa dia ikutkan sahaja permintaan wanita itu tetapi ada masanya dia buat tak tahu sahaja.

"Eh, tak silap aku jalan ni menuju ke..." belum sempat dia habis berkata-kata dia sudah tergamam. Dia memberhentikan keretanya secara mengejut di tepi jalan.

"Apa diaorang buat kat hotel malam-malam? Tak kanlah diaorang..." pada waktu itu matanya terpaku pada Natalia. Kelihatan wanita itu sedang berjalan keluar dari kereta sambil berpegangan dengan Nafiz dan memasuki hotel tersebut.

"Macam ni ke cara dia nak balas dendam? Tak ada cara lain ke?" marah Ryan. Dia menghentak stereng keretanya kuat.

"Aku kena buat sesuatu untuk hentikan semua ni. Aku dah tak tahan. Aku tak nak terlibat lagi dalam semua ni!" bentak Ryan. Wajahnya sungguh masam ketika itu. Dia segera membuat u-turn dan memandu pulang dengan hati yang memberontak. Langsung tidak perasan akan kereta yang dinaiki Natasha juga dipandu memasuki hotel tersebut.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now