Bab 40

797 25 1
                                    

"Ira!" sepantas kilat Nafiz menarik tubuh Natalia ke dalam dakapannya. Natalia yang di dalam  pelukan Nafiz pada waktu itu dapat merasakan yang degupan jantung lelaki itu begitu kencang.

'Prang!'

Nafiz melepaskan pelukannya apabila pasu itu telah pecah berderai. Orang ramai juga perlahan-lahan mengerumuni tempat kejadian.

"Ira? You tak apa-apa ke?" tanya Nafiz gusar. Dia membelek-belek badan Natalia, mahu memastikan bahawa wanita itu tidak tercedera akibat serpihan pasu yang terpelanting tadi.

"I.. I tak apa-apa.." tergagap-gagap Natalia menjawabnya. Dia masih lagi berdiri tegak dan peristiwa tadi asyik berulang di fikirannya. Sikit lagi dia nyaris kena dengan pasu itu tapi nasib baik Nafiz sempat menariknya ke tepi.

"Nasib baik you tak apa-apa." keluh Nafiz kelegaan. Dengan selambanya dia memeluk Natalia semula. Tidak tahu kenapa jantung dia seperti hendak tercabut sahaja tadi dan sekarang dia berasa lega kerana Natalia tidak mengalami sebarang kecederaan. Natalia pula hanya mendiamkan diri.

Sebaik sahaja pelukan dileraikan, Nafiz mendongakkan kepalanya. Rupanya seperti sedang mencari sesuatu.

"Macam mana pasu tu boleh jatuh? Ada orang baling ke atau pasu tu yang jatuh sendiri?" bisik Nafiz perlahan. Dia langsung tidak nampak sebarang kelibat manusia dari atas bangunan tersebut. Apa yang dia nampak hanyalah pasu-pasu yang disusun berderet di atas tembok tersebut.

"You, jomlah kita balik." pujuk Natalia. Suaranya seperti nak tak nak keluar. Nampaknya kejadian tadi bagaikan trauma bagi Natalia kerana hampir-hampir sahaja meragut nyawanya.

"Yelah. Jom I hantar you balik. You boleh jalan tak ni?" tanya Nafiz.

"Bol.." belum habis dia menjawab Nafiz telah pun memakaikan dia sehelai jaket dan mengendongnya tanpa izin daripadanya.

"Hei, I boleh jalanlah." marah Natalia perlahan apabila perasan yang perbuatan mereka itu menjadi tontonan ramai.

"You diam je, I tak nak you terluka. So bila you dalam pegangan I, sekurang-kurangnya I rasa yang you akan selamat. Lagipun I tahu yang you tak boleh jalan sekarang ni kan?" terang Nafiz. Dia berjalan ke keretanya tanpa peduli tentang pandangan orang lain terhadap mereka.

'Huh! Tak sia-sia aku pergi upah orang setakat nak jatuhkan pasu tu. Walaupun aku tahu yang aku mungkin akan tercedera tapi aku kesah apa? Aku akan buat apa sahaja asalkan dia jatuh ke dalam tangan aku. Haha.. Tak sangka pula lakonan aku kali ini menjadi.' Natalia tersenyum sinis sambil mengerling Nafiz yang sedang mengendongnya. 

***

Sudah sebulan lebih Natalia telah berpindah ke rumah barunya dan sepanjang itulah dia sentiasa berulang-alik ke rumah Nafiz. Ada sahaja benda yang dilakukan agar ahli-ahli dalam keluarga itu semakin rapat dengannya. Tengku Manaf juga dapat menerima kehadirannya tetapi terdapat satu lagi masalah di dalam rumah itu. Dan misinya hari ini adalah untuk memikat hati Naurah.

"Siapa perempuan gedik ni?" itulah ayat pertama yang diucapkan oleh Naurah sebaik sahaja dia berjumpa dengan Natalia buat kali yang pertama. 

"Ei, sibuk jelah perempuan ni. Tiap-tiap hari asyik datang sini aje. Rimaslah Naurah tengok!" marah Naurah. Tangannya asyik meramas encik 'teddy'nya. Pada pandangan matanya Natalia tidak ubah seperti Natasha. Bajunya seperti tidak cukup kain lepastu asyik berkepit dengan Nafiz sahaja.

"Kau diam jelah!" marah Nafiz semula. Natalia di sebelahnya langsung tidak terkesan dengan apa yang dikatakan oleh Naurah sebaliknya dia tersenyum.

"Sibuk aje! Orang tak cakap pun dengan dia." Naurah mencebik bibir. 

 "Naurah tengok perempuan ni macam dah tak ada rumah aje. Setiap hari datang sini, lepak sini, makan pun kat sini. Dia tak ada duit ke macam si sotong tu?" tanya Naurah tidak puas hati.

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now