Bab 31

884 27 1
                                    

''Aira Raisya binti Ahmad Idris? '' ulang Natalia. Kepala memaling ke belakang menghadap Puan Diyana.

''Yup.. and you need to call me mama. Bukan auntie lagi. Uncle pun dah setuju supaya panggil dia papa.'' Puan Diyana tersenyum lebar. Natalia membalas senyuman itu dengan manis sekali. 

''Hurm.. mama, pandai mama cari nama tu. Sedap juga. Aira Raisya... Mana mama dapat?'' soal Natalia.

''Dulu mama teringin nak anak perempuan. Dah pasang angan-angan nak letak nama apa. Cuma tulah, takde rezeki. Bila kamu dah ada depan mata ni, mama bagilah nama tu.'' ujar Puan Diyana teruja.

''Kalau macam tu mama nak panggil Natalia dengan nama apa? Natalia bagi chance kat mama letak nama.'' tanya Natalia lagi. Keterujaan melonjak secara tiba-tiba. Akhirnya hidupnya bakal berubah!

''Hmm, apa kata.. Ira? '' kening dijongket sebelah, inginkan kepastian.

''Ira..? Cantik !'' ibu jari dinaikkan menandakan 'ok!' .

***

''Assalamualaikum..'' Ryan melangkah masuk. Fizikal mental sudah bersedia menerima segala 'laser' daripada mamanya.

''Mama.. i'm home !'' ujar Ryan. Sepi.

''Mana semua orang?'' katanya perlahan. Mata mencerlung setiap ceruk dalam rumah. Tiba-tiba telinganya dapat menangkap bunyi bising dari dapur. 'Ketang-ketung' bunyinya. 

''Mama masak ap...'' kata-katanya terbantut tatkala matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang agak slim. Tapi mamanya tak se-slim perempuan dihadapannya. Dengan rambut panjangnya yang bersimpul. Mamanya juga tidak berambut sepanjang itu.

'Siapa pula ni.' detik hatinya.

Natalia berpaling belakang selepas tangannya yang agak berminyak dicuci. Senyuman manis ditayangkan. Ryan tergamam.

'Mak ai.. cun nya pompuan ni! Anak sape yang sesat kat sini? Orang gaji baru ke? Tapi kenapa cantik bebeno? Mama tak bagitahu pun.' bisik hatinya lagi. Perempuan dihadapannya kelihatan bersinar-sinar pada pandangan matanya walaupun rambutnya hanya disimpul gaya orang berpantang.

''Awak orang gaji baru ke?'' tanyanya teragak-agak. Tiba-tiba dia teringatkan Natalia.

''Mama dengan Natalia pergi mana?'' tanya Ryan lagi.

''Mama pergi butik. Natalia ada je dalam rumah ni.'' jawab Natalia tenang. Dalam hati sudah gelak menggila. 'Lah Ryan? Takkan kau tak cam aku lagi? Hatoyai..'

''Ouh..'' Ryan mengangguk. Dengan muka yang agak blur dia melangkah naik ke bilik sambil mencari kelibat Natalia.

''Natalia.. ouh.. Natalia !'' panggil Ryan kuat.

''Ya ! Saya kat dapur ni. Tengah goreng ikan.'' pekik Natalia dari dapur.

''Ek'eh. Dia ni tengah main sorok-sorok dengan aku ke? '' Ryan meletakkan luggage-nya ke dalam bilik. Tali leher yang sudah lama terungkai dicampak keatas katil. Kaki laju melangkah turun ke dapur kembali. 

'Dah lama tak tanya khabar Natalia. Mesti dia kecik hati aku tinggalkan dia hari tu.' Ryan bermonolog.

''Natalia !'' Panggilannya tidak berjawab.

''Awak.. awak ada nampak Natalia tak. Saya panggil dia tadi, dia cakap dia kat dapur.'' tanya Ryan.

''Awak cari Natalia ke?'' Natalia menjawab dengan menanyakan soalan. Tangan kanan memadamkan api dapur. Wajahnya pula cuba beriak biasa. Mata sengaja dikelip-kelipkan buat  beberapa kali.

'Takkan mamat ni bebal sangat? Dia tak nampak lagi ke?' bisik hati Natalia.

''Awak.. Saya tanya ni. Janganlah main-ma..'' Mata Natalia ditenung lama. 

Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now