Bab 9

755 30 0
                                    

'Natalia ! Nataliaa ! Sarapan mana ! Apasal kau tak masak lagi !' jerit Datin Sarah. Tadi apabila dia turun dapur, tiada makanan yang terhidang di atas meja. Itu yang dia terjerit-jerit nama Natalia. Dia segera ke bilik Natalia untuk menyergahnya. 

'Takkan perempuan gemuk ni tak bangun lagi?' bisiknya. Kakinya laju melangkah tangga ke bilik Natalia. 'Natali... eh? Mana budak ni ?' Matanya mengerling setiap inci bilik tersebut

'Jangan cakap dia dah lari rumah pergi ngadu kat bapak dia ! Mampus aku macam ni .' Datin Sarah mengomel perlahan sambil memundar-mandir. Datin Sarah menggeledah segala sudut di rumah itu mencari bayang Natalia. Dia tidak tahu kenapa dia menggeledah rumahnya sendiri, tetapi instinct dia yang menyuruh dia melakukannya.

Ketika cubaan dia hendak membuka pintu bilik orang gaji, Datin Sarah menghadapi kesukaran untuk menolak pintu itu. Dia menjengahkan kepalanya ke dalam bilik untuk melihat apa yang menghalang pintu itu daripada terbuka. Datin Sarah ternampak sekujur tubuh terbaring disebalik pintu itu.

'Argghh! ' jerit Datin Sarah sambil menutup mata. Apabila fikirannya kembali waras, baru dia terfikir ada kemungkinan yang tubuh itu milik Natalia kerana bayang yang dia nampak tadi agak besar. Dia menjengahkan kepalanya sekali lagi. 

'Ma, kenapa mama jerit tadi ? Lepastu terjengah-jengah bilik bibik tu buat ape ? Gaya macam baru lepas mencuri  pun ada. ' gelak Nafiz.

'Isk, kamu ni. Ni hah, cuba kamu tolak pintu ni. Mama rasa Natalia ada belakang pintu ni. Kepala je yang lepas masuk. Tu yang jengahkan kepala tadi, nak tengok ada apa.' terang Datin Sarah. Nafiz pun membantu Datin Sarah menolak pintu.

'Huih ! Beratnya ! Perempuan , bangun lah! Yang kau baring kat lantai buat apa? Bagi bilik besar tak nak. Lantai juga dicari. Hish , lecehlah.' marah Nafiz. Kata-kata Nafiz tadi bagai memberi idea pada Datin Sarah. Dia tersenyum . Datin Sarah membantu anaknya menolak pintu itu. 

Sebaik sahaja pintu itu dapat dibuka, Datin Sarah mengambil semangkuk air. Dia membawa mangkuk itu ke bilik bibik. Apabila nampak sasaran, dia mencurahkan air perlahan tepat pada muka Natalia.

Natalia terkejut apabila disimbah air sejuk. Segera dia membuka mata melihat keadaan sebenar. Dia nampak Nafiz bersilang tangan dihadapannya , manakala Datin Sarah pula bercekak pinggang dengan tangan sebelahnya lagi memegang mangkuk. Baru dia tahu siapa gerangan yang menyimbahnya tadi.

'Perempuan ! Aku kan dah cakap yang kau kena masak ! Ni sarapan tak masak lagi. Kau ni memang lemak kan ? Bangun pun nak orang kejutkan. Banyak cantik kau ! Kau memang tak puas kena semalamkan ?' Datin Sarah menarik rambut Natalia. 

Natalia mengaduh. Dia tidak kuat untuk melawan. Dia terasa seluruh tubuhnya membahang. Mungkin demam kerana terkejut dengan perkara yang menimpanya baru-baru ini. 

'Mulai hari ini, kau tidur bilik ni. Aku nak kau ambil barang kau kat atas pindah bilik ni. Jangan mimpi nak tidur bilik besar. ' bisik Nafiz di telinga Natalia. Nafiz tergelak melihat perubahan raut wajah wanita gemuk di depannya. Dia berpuas hati dengan apa yang perempuan itu terima. Biar wanita itu merasa kesengsaraan berkahwin dengannya.

'Kau dengar tak ?' tanya Nafiz. Namun tiada respon yang diberikan. Panas hatinya apabila kata-katanya tidak dipedulikan. Tangannya laju melayang atas muka Natalia. Natalia terlentang. Datin Sarah hanya senyum memerhati. 'Bagus Nafiz, biar dia rasa.' 

Nafiz dan Datin Sarah cuak apabila melihat tubuh itu tidak bergerak. Nafiz menghulurkan jari telunjuknya bawah hidung Natalia untuk melihat sama ada wanita itu masih bernyawa. 

'Ek .. eleh.. baru penampar sekali dah pengsan.. lemah betul. ' ejek Nafiz.

'Nafiz, suruh je la Pak mail hantar klinik. Mati karang buat naya aje. Tadi masa mama tarik rambut dia  badan dia panas, demam kut. 'kata Datin Sarah . Dia takut kalau perempuan tu mati. Dia tak mahu masuk penjara.

'Alaa.. biar je lah.. tak mati pun. Tau la dia nak ambil panadol nanti bila dia sedar. Nafiz tengok ada lagi stok Paracetamol dalam kotak ubat kat dapur. Kira baik kita tak sorokkan kotak ubat tu.' Nafiz berkata lagi. Apabila dia hendak berlalu pergi, tangannya ditarik mamanya.

'Kamu pasti dia tak mati ? Kalau mati nanti macam mana? ' 

'Mama tak payah risau la. Nanti kalau tengahhari dia tak sedar juga , suruh je la pak mail bawa dia pergi klinik. Tapi mama kena ikut, takut nanti dia repot polis ke apa.' Datin Sarah mengerutkan dahinya.

'Kamu yang tampar dia sampai pengsan, kenapa mama yang kena ikut pergi klinik ? Kamu la perhatikan dia.' Kata Datin Sarah tidak puas hati.

'Kalau malas sangat, biar je lah dia. Tak pun, kalau mama takut sangat dia mati . Why don't you call our personal doctor kita tuh. Apa nama dia tah, Nafiz tak ingat.' Datin Sarah mengangguk setuju.  Betul juga kata anaknya.

Mereka berdua berlalu keluar dengan galak ketawa. Puas hati dengan apa yang telah mereka lakukan. Meninggalkan Natalia sendirian atas lantai. Nak harapkan Naurah ? Belum tentu dia dah bangun. 


P/s: sorry la n3 kali ni pendek sikit. Baru-baru ni agak sibuk. Ni je yang sempat. Tapi korang jangan risau, saya akan try curi masa untuk menulis. :D 
thanks kerana sudi follow up citer ni :)


Birth of Cinderella[✔]Where stories live. Discover now