Bab 2

99.1K 2.7K 115
                                    

Kedengaran azan subuh berkumandang dari surau yang berhampiran rumah Tengku Fahmi mengejutkan Aryssa daripada lenanya. Mata dibuka perlahan-lahan. Aryssa bangun dari perbaringan dan jam yang menunjukkan angka (?) 6.03 pagi dipandang sekilas. Tanpa membuang masa Aryssa terus bangun dan towel yang berada tidak jauh darinya terus dicapai dan berlalu ke kamar mandi

Setelah membersihkan diri, Aryssa membentangkan sejadah dan memakai telekung untuk menunaikan perkara yang wajib.

Habis sahaja mengaminkan doa, Aryssa mengalih pandangan ke arah Tengku Farish yang masih diulit mimpi di atas katil. Badannya yang terasa sakit akibat tidur di lantai tidak diendahkan lalu dibuka telekung dan dilipat sejadah. Selesai meletakkan telekung dan sejadah di tempat penyangkut (?), kakinya dihayunkan ke arah pintu bilik untuk keluar.

" good morning Aryssa " tegur Tengku Fahmi pada Aryssa yang baru sahaja menuruni anak tangga terakhir.

" good morning daddy. Awalnya daddy bangun "

" biasalah Aryssa, daddy dah terbiasa bangun awal. ha Aryssa, Farish mana ? " soal Tengku Fahmi dan Aryssa yang mendengar soalan Tengku Fahmi menggaru kepala

" Farish tak bangun lagi daddy, penat mungkin sebab semalam "

" ohh hmm takpelah kalau macam tu. Okaylah daddy nak naik atas kejap "

Aryssa hanya mengiakan sahaja kata-kata Tengku Fahmi lalu kakinya menapak ke arah dapur. Mak Bedah yang sibuk menyediakan minuman dan makanan untuk sarapan dihampiri.

" Mak Bedah, meh Aryssa tolong Mak Mak Bedah sediakan makanan dan minuman " tegur Aryssa dan Mak Bedah yang membelakanginya terus memusingkan tubuh menghadap Aryssa.

" eh Pn Aryssa, takpelah Mak Bedah boleh buat semua ni haa "

" takpe Mak Bedah, meh la Aryssa tolong. Kesian Aryssa tengok terkejar-kejar Mak Bedah nak siapkan makanan dengan minuman lagi "

" hmm yela, kalau Aryssa nak tolong, Aryssa tolong bancuhkan air kopi je. Tapi untuk Farish, Aryssa bancuh air teh o sebab Farish tak minum kopi. Teko dekat dalam kabinet " pesan Mak Bedah dan Aryssa hanya mengangguk

teko yang berada di dalam kabinet dikeluarkan (?) . dimasukkan 2 sudu besar serbuk kopi dan 4 sudu teh gula. Air panas didalam cerek elektrik dicapai lalu dituangkan ke dalam teko dan kacau. Setelah siap membancuh kopi, dibancuh pula secawan air teh o untuk Tengku Farish. Selesai membancuh, Aryssa mengangkat kedua-dua minuman itu ke meja makan.

" aikk, Aryssa dah bangun dah ? Hahaha nampaknya mummy yang bangun lambat ni " tegur Tengku Maria yang baru sahaja tiba di meja makan dan Aryssa hanya mengukirkan senyuman

Tengku Fahmi melabuhkan punggung ke kerusi manakala Aryssa masih berdiri menuangkan air kopi ke dalam cawan lalu cawan berisikan air kopi itu dihulur pada Tengku Fahmi

" Terima kasih Aryssa, haa yang Aryssa berdiri lagi kenapa ? Duduklah, kita breakfast sekali "

" haah Aryssa, jangan malu-malu. Aryssa kan dah jadi menantu mummy dengan daddy, so Aryssa anggap je kami ni macam ibubapa Aryssa sendiri " tegur Tengku Maria pula

" yela mummy daddy ". jawab Aryssa dan baru sahaja dia ingin melabuhkan punggung ke kerusi terus terbantut bila dia merasakan ada tangan yang memegang pinggangnya

" morning mummy daddy. Morning sayang " ucap Tengku Farish.

Aryssa terdiam sejenak. Sayang ?. ' ohh lupaa ni hanya lakonan semata-mata. Aryssa. Stop. Dia hanya berlakon. Aryssa yang berdiri terkaku (?) ditegur oleh Tengku Fahmi

" Aryssa ? apa tunggu lagi. Duduk lah breakfast sekali "

" haa ? Ahh ye " jawabnya lalu duduk di kerusi

" sayang ni kenapa ? Tak sihat ye ? " soal Tengku Farish. Padahal dalam hati meluat teramat dengan Aryssa.

" tak... sihat je, a...abang nak makan apa ? Roti atau nasi goreng ? "

" abang nak makan sayang " jawab lelaki itu selamba manakala Tengku Fahmi dan Tengku Maria sudah tersenyum-senyum.

Aryssa menelan liur. ' ish, agak-agak lah nak berpura pun. Takyah lah cakap camtu dah la depan mummy daddy. Malunya lahaiii ' ngomel Aryssa didalam hati.

" hish kamu ni pun Rish, nak menyakat pun agak-agaklah.tengok apa kamu buat sampai merah dah muka menantu mummy " suara Tengku Maria pula.

Tengku Farish menarik muncung. Ceit. Fikir comel lah teww. Padahal memang comel pun. Ish apa aku mengarut nii. Aryssa sedar please.

" Farish, Aryssa. Daddy nak bagitau yang daddy ada belikan rumah dekat kamu berdua. hadiah sempena perkahwinan kamu berdua. " suara Tengku Fahmi pula

" seriously daddy ? Daddy tak gurau kan ? " soal Tengku Farish

" nope. Memang daddy beli rumah untuk kamu berdua. Lepas Farish balik kerja nanti Farish pergilah rumah baru tu. Bukan daddy nak menghalau but you know kan bila kita dah berumah tangga ni kita mesti nak ada privacy and takkan nak duduk dengan parents lagi " terang Tengku Fahmi

" yela daddy apa yang daddy cakap pun ada betulnya. Tambah-tambah lagi kami berdua ni ha. Pengantin baru mesti lagi lah nak privasi. Kan sayang ? " jawab Tengku Farish dan pandangannya dihala ke arah Aryssa yang berada disebelahnya.

" i...iye.. be...betul tu "

" baguslah kalau kamu berdua faham. Hari ni daddy bagi Farish balik awal untuk ke rumah baru "

" amboiii awak..... belum masuk office lagi dah cakap kasi Farish balik awal. Taulah awak tu boss. Tak sempat saya nak bermanja dengan menantu saya " tegur Tengku Maria

" alaaa awak ni. Awak manja dengan saya je " jawab Tengku Fahmi lalu terus lengannya mendapat satu cubitan manja dari Tengku Maria

" Dah tua-tua pun gatal "

Aryssa dan Tengku Farish tertawa melihat karenah kedua laki bini yang separuh abad dihadapan mereka. Tawa Aryssa semakin lama semakin pudar bila memikirkan ikatan perkahwinannya bersama Tengku Farish. Dia sedar dia mula sayangi dan cinta akan lelaki itu dan Tengku Farish ? Tengku Farish hanya menganggapnya sekadar isteri di atas kertas. Airmata cuba ditahan. Tidak mahu nampak lemah dihadapan Tengku Fahmi dan Tengku Maria.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now