Bab 27

52.3K 1.6K 40
                                    

Selepas 2 hari Aryssa ditahan di hospital. Petang itu Aryssa dibenarkan pulang, Tengku Fariesha lah yang menjemput Aryssa dihospital untuk dibawa pulang. Nak harapkan Tengku Farish memang alamatnya sampai bila lah tidaknya dijemput kakak iparnya. Tengku Farish ada mengatakan dengan Tengku Fariesha yang mengatakan abangnya ada sesuatu hendak dibincangkan di rumah orang tua mereka. Entah apa yang mahu dibincangkan pun dia tak tahu. Tapi kedengaran macam serius.

Tombol pintu wad Aryssa dipulas. Setelah itu kakinya melangkah masuk menghampiri Aryssa yang sudah bersiap dan mengemas barangnya.

" akak, Fariesha datang ni nak jemput akak bawa balik. Jom akak kita balik "

Aryssa hanya menganguk sahaja dan perlahan-lahan dia bangun dari katil itu. Beg pakaiannya yang berada di atas katil itu ingin diangkat tetapi di halang oleh Tengku Fariesha

" ehhh akak. Biar Fariesha yang angkat beg akak tu " suara Fariesha dan beg yang berada di atas katil itu diambil.

" tapi... akak boleh angkat lah Fariesha. Bak sini akak bawa. Menyusahkan Fariesha je " tangannya cuba mengambil semula beg yang berada dipegangan Tengku Fariesha

" akak..... takpe. Fariesha tak rasa akak menyusahkan pun. "

Keluhan terbit dimulutnya. Aryssa hanya turuti adik iparnya itu. Malas mahu melawan lagi. Pasti Tengku Fariesha menang juga. Yela kan, jenis ikut kepala sendiri je. Kepala diangguk tanda tak kisah lah Tengku Fariesha mahu membawa begnya.

" okay dah. Jom, let's go kita balik rumah mummy daddy " kata Tengku Fariesha dengan nada riang (?)

dahi kakak iparnya berkerut. Rumah mummy daddy ? Means rumah mertua dia lah kan. Bukan rumah dia dengan Tengku Farish. Ahh apa-apa sahaja lah.













Setelah sampai di rumah kedua mertuanya, dia disambut oleh Tengku Maria dan Tengku Fahmi. Tubuhnya dipeluk oleh Tengku Maria fan pelukkan itu dibalas semula. Mak aii gaya macam tak jumpa setahun. Masak sudah dia dengan Tengku Maria a.k.a mak mertuanya. Mata Aryssa meliar mencari seseorang. Siapa lagi kalau bukan Tengku Farish. Tapi hampa.... tiada pula lelaki itu.

" Farish ada dekat dalam. Kat ruang tamu Aryssa. " tegur Tengku Fahmi seakan dapat tahu sahaja apa yang Aryssa cari.

" dah jom masuk. Apa duduk luar lama-lama ni. Ha, Fariesha toling bawa masuk beg akak kamu ni ye ? " pesan Tengku Maria pada anak bongsunya itu.

" baik boss !! " jawab anaknya Tengku Fariesha dan tangan ditabik gaya polis. Beg Aryssa yang berada di seat belakang dikeluarkan dan mereka berempat pun masuk ke dalam rumah.

Mata Aryssa memandang ke arah suaminya yang sedang duduk disofa sambil tangan menaip di skrin phone. Entah mesej sama siapa entah. Tengku Farish baru sahaja tersedar yang Aryssa sudah pulang membuat riak wajah biasa. Perkara yang difikir sudah beberapa hari lepas harus dibincangkan pada hari ini. Lantak lah mummy dan daddy nya tahu pasal hubungannya dengan Aryssa. Sampai bila mahu menipu ? tak lama laun pasti tahu juga kan ? Lebih baik dia berterus terang sekarang. Setelah kedua orang tuanya, Aryssa dan Tengku Fariesha sudah mengambil tempat di sofa, Tengku Fariesh mula bersuara

" mummy daddy, Farish ada hal nak bagitahu dengan mummy dan daddy " suara lelaki itu. Jantungnya jangan dicakap. Berdegup kalah irama lagu.

" apa yang kamu nak.bagitahu tu Farish. Bunyi macam serius je daddy dengar " soal Tengku Fahmi. Kedengaran serius bunyinya. semua mata tertumpu ke arah Tengku Farish

Keluhan berat Tengku Farish. Dengan hati berdebar-debar juga digagah untuk berkata

" mummy daddy, Farish nak bagitahu yang mungkin lagi 2 minggu Farish akan berkahwin dengan Aeryn " jawabnya jujur dan matanya memandang Tengku Maria dan Tengku Fahmi silih berganti

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now