Bab 17

73K 1.9K 38
                                    

Selesai sahaja sarapan bersama, Tengku Farish dan Aryssa berlalu ke luar rumah manakala Tengku Fahmi,Tengku Maria dan Tengku Fariesha mengekori mereka berdua sehingga di kereta. Aryssa dan Tengku Farish menghampiri Tengku Maria  dan juga Tengku Fahmi. Kedua tangan tua milik suami isteri itu mereka cium dan setelah itu, Aryssa mendakap tubuh Tengku Maria erat. Tengku Maria membalas pelukkannya dan belakang gadis itu diusap lembut.


" Aryssa, mummy nak minta maaf atas kesalahan Farish jika Farish ada lukakan dan menyakiti hati Aryssa " Tengku Maria bersuara lalu pelukkan dileraikan. Pipi Aryssa dipegang dan bibirnya mengukir senyuman.

" mummy, Aryssa sentiasa maafkan semua kesalahan Farish mummy. Aryssa sayang abang Farish. " Tengku Maria hanya mengangguk. Dia tahu sejauh mana pun Tengku Farish membenci Aryssa dahulu pasti akan ada terbitnya perasaan suka dan sayang pada Aryssa. Cinta.

" mummy, kami balik dulu ye ? Nanti ada masa lagi kami balik sini balik. Sayang ? Jom . ".

Tengku Farish yang sudah meboloskan diri di dalam kereta dipandang dan sekali lagi Aryssa menyalam Tengku Maria lalu dia pun turut memboloskan diri di dalam perut kereta. Tengku Fahmi,Tengku Maria dan Tengku Fariesha hanya memandang ke arah kereta audi milik Tengku Farish yang meluncur keluar dari perkarangan banglo itu.












Bunyi muzik melalui corong speaker  membuatkan suasana di dalam kereta itu tidaklah terlalu sunyi. Lagu Terakhir nyanyian Sufian Suhaimi membuatkan Aryssa suka akan suara penyanyi itu. Sedang Aryssa menghayati lagu itu gegendang telinganya menangkap satu suara yang mengikut nyanyi lagu itu juga. Aryssa menoleh ke kanan. Tengku Farish menyanyi.

Ya Allah. Sedapnya suara dia....

Tengku Farish yang memberi tunpuan semasa memandu perasan Aryssa memandang ke arahnya terus menoleh ke arah gadis itu sekilas setelah itu menghadap ke hadapan semula. Bibirnya mengukir senyuman

" ehem, sayang. Mulut tu tak reti nak cover ke ? Masuk dek lalat nanti apa pula kang . Tahu lah suara abang sedap " tegur Tengku Farish dan setelah itu tawanya ditahan. Kelakar bila dilihat mulut Aryssa ternganga sambil memandang ke arahnya.

Aryssa tersedar bila Tengku Farish bersuara lantas terus dia cover dirinya.

" e..eh... perasannya abang ni. Suara abang tak sedap mana pun. Sedap lagi suara penyanyi asal dia " Aryssa memaling pandangan ke arah kiri. Malu sebab terkantoi.

" sayang cakap apa tadi ? Suara penyanyi asal lagi sedap ? Hmm k " .

Aryssa memandang semula ke arah Tengku Farish. Muka serius dan masam terpampar di wajah kacak si suami.Alaa merajuk ke ? Rasa bersalah pula pada Tengku Farish

" abang, sayang minta maaf "

Tengku Farish diam. Bukan dia tidak dengar Aryssa meminta maaf tapi dia saja nak tengok sejauh mana Aryssa boleh memujuknya. Eleh... ngengada eh hang ni Tengku Farish

" abang, sayang minta maaf. Please maafkan sayang "

" hmm boleh nak kasi abang maafkan tapi..... " kata Tengku Farish tergantung. Kening Aryssa berkerut

" tapi ? "

" tapi sayang kena kiss pipi abang dulu " Tengku Farish mengembungkan pipinya belah kiri. Aryssa mencebik. Ceitt, pandai dia eh.

Tanpa melengah lagi, Aryssa mendekatkan mukanya pada pipi Tengku Farish dan saat bibirnya  hampir dengan pipi lelaki itu tiba-tiba Tengku Farish menoleh ke arahnya dan bibir lelaki itu mencium sekilas bibir Aryssa dan pandangan menghala ke arah jalan semula. Tengku Farish tersenyum. Aryssa terkaku. Terkejut. Matanya membulat. Amboii cik abang ni ambil kesempatan. Muka sudah merah bak tomato.

" ish, mana aci. Tadi suruh kiss pipi dia tengok-tengok dia curi kiss bibir orang " Aryssa mengembungkan pipi . Merajuk.

" alaa sayang. Tak mo lerr merajuk... haa abang ada benda nak bagi sayang. Abang rasa benda tu boleh hilangkan merajuk sayang. Sayang ambil kotak yang balut dengan hadiah di seat belakang "

Aryssa mengambil kotak dikatakan Tengku Farish tadi. Dibelek sahaja kotak yang sudah dibalut dengan pembalut hadiah bercorakkan love. Ada apa eh dalam ni ??

" abang, ada apa dalam ni ? " soal Aryssa sambil tangannya membelek-belek kotak itu

" alaa sayang buka jelah. Nanti sayang tahu juga apa isi dalam tu "

Dengar sahaja itu terus laju tangan Aryssa mengoyak pembalut hadiah dan setelah dikoyak semua, penutup kotak itu dibuka perlahan-lahan. Aryssa terdiam. Rasa terharu. Tak sangka kasut yang dia minat semalam itu ada di dalam kotak yang dipegang.

" ab...abang beli ni kat sayang ? " tanya Aryssa dan Tengku Farish mengangguk

" abang. Thanks sesangat. Sayang... sayang.... " tidak dapat Aryssa meneruskan kata-katanya. Rasa terharu sangat

" abang tahu sayang suka kasut tu. That's why abang belikan kasut tu untuk sayang. Sayang suka tak ? " soal Tengku Farish dan laju sahaja  Aryssa mengangguk.

" say.....sayang suka sesangat abang. Tapi, maa...macam mana abang boleh tahu yang sayang minat kasut ni ? Sedangkan masa sayang tengok kasut ni abang bukan ada pun dekat sayang "

" sayang tahu tak. Masa sayang sibuk dok tengok je kasut tu abang perhati je sayang. Sayang tahu ?. Naluri abang dapat merasakan yang sayang sukakan kasut tu. Nak beli duit takda katanya time abang tanya kenapa tak beli. Hahahahaa Kesiannya diaa.... so abang belikanlah untuk sayang tanpa pengetahuan sayang " Tengku Farish melepaskan tawanya bila diingat balik riaksi muka Aryssa masa di tanya kenapa tidak dibeli kasut itu. Muka Aryssa nampak pasrah,sedih semua ada.

Mata Aryssa membulat dan lengan Tengku Farish ditampar. Geram dengan Tengku Farish yang sedang gelak sakan padanya.Yela, dah takda duit nak beli macam mana. Lain lah kerja dapat juga beli kasut tu.

" ish, abang ni kan.... sudah-sudah lah gelakkan kat sayang "

" okay-okay abang dah tak gelakkan kat sayang dah "

" abang. Terima kasih sebab bagi surprise kasut ni. Sayang....... abang. " Aryssa melentokkan kepalanya di bahu Tengku Farish.

Bibir lelaki itu menguntum senyuman bahagia. Tangan kiri mengawal stereng kereta dan tangan kanannya pula mencapai tangan Aryssa lalu dibawa ke bibirnya. Dikucup lama.

" abang pun sayang..... isteri abang ni " kepala Aryssa yang terlentok dibahunya dikucup sekilas






Setelah kereta audi milik Tengku Farish memasuki perkarangan rumah mereka, Aryssa yang  tertidur dipandang. Alahai... tidur sayang abang ni. Hendak mengejutkan Aryssa rasa kasihan pula. Farish keluar dari perut kereta dan bergerak ke arah pintu di bahagian Aryssa duduk. Pintu dibuka. Aryssa yang masih tidur itu diangkat secara bridal style . Nasib lah bini aku ni tak berat kalau tak naya aku haih. Pintu kereta ditutup semula menggunakan kaki * guna kaki bhaiii 😂😂😂😂😂 korang ada ? 😹😹😹 *

Masuk sahaja di dalam bilik Tengku Farish, lelaki itu perlahan-lahan meletakkan Aryssa di atas katil dan selimut ditarik sehingga paras dada Aryssa. Wajah Aryssa dipandang lama lalu satu kucupan diberikan di dahi gadis itu

" tak sangka abang, abang dulu bencikan sayang but now, abang terlalu sayangkan dan cintakan sayang. Abang harap kita akan selamanya bersama dan perkahwinan kita ini akan kekal hingga ke Jannah " ngomel Farish sendiri.

Alhamdulillah Tuhan sudah bukakan pintu hatinya untuk menerima Aryssa walaupun masa hari pertama mereka diijabkabulkan dia memang terlalu benci akan Aryssa. Tapi semakin lama peraasan benci bertukar sayang. Mungkin sudah tertulis yang jodohnya bersama Aryssa bukan Aeryn. Dan mungkin Aeryn hanya sementara dan Aryssa selamanya. Dahi Aryssa dikucup lagi. Lama.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now