Bab 19

62.1K 1.5K 24
                                    

Tidur Aryssa terganggu apabila dia merasakan seperti seseorang meniup matanya. Mata yang terpejam cuba dibuka perlahan-lahan. Bibirnya mengukir senyuman. Tengku Farish yang lihat mata Aryssa sudah terbuka itu terus bibir Aryssa dikucup sekilas.

" good morning ". ucap Tengku Farish. Entah mengapa Aryssa merasakan suara lelaki itu terlalu sexy masa ini. Suara serak-serak.

bila diteringatkan balik perkara semalam muka Aryssa memerah. Malu. Selimut yang paras dadanya dan dada Tengku Farish ditarik sehingga menutup muka. Tengku Farish sedikit pelik lalu tertawa kecil.

" sayang. Kenapa selimut sampai muka ni hm ? " selimut yang menutupi muka Aryssa perlahan-lahan diturunkan (?) sedikit daripada menutup muka gadis itu. Dia perasan muka Aryssa sudah memerah.

" malu..... " jawab Aryssa pendek dan wajahnya terus disembamkan ke dada bidang Tengku Farish. Terus ketawa Tengku Farish bila dengar jawapan dari mulut Aryssa.

" sayang nak malu apa hm ? Abang dah tengok semuanya tau. Dulu pun abang dah tengok " balas lelaki itu selamba lalu menghamburkan tawa. Mata Aryssa membutang dan diberikan cubitan di lengan lelaki itu.

Tengku Farish mengaduh kesakitan. Ish boleh tahan bisa cubitan bini dia ni. Pedih bak hang. Tapi masih lagi ada sisa-sisa tawa kedengaran. Aryssa menjeling tajam pada Tengku Farish.

" amboii sayang. Main jeling-jeling nampak. jangan sampai abang buat round ke 2 pula "

Mulut Aryssa dah ternganga. Mulut dia ni kan. Eiiii pervert. Malas dia mahu melayan Tengku Farish yang suka cakap main lepas. Aryssa bangun dari katil dan ingin berlalu ke kamar mandi.

" sayang !!! Sayang nak goda abang ke apa ? " soal Tengku Farish sambil mata memandang ke arahnya.

Aryssa mengerut dahi. Goda apa pula dah dia ni. Bukan aku tak pakai.baju. bila diingatkan balik perkataan baju Aryssa memandang dirinya semula. MAKKKKKK!!!!!!! terus dia berlari laju masuk ke kamar mandi. Malu weii malu. Kedengaran suara Tengku Farish ketawa terbahak-bahak membuatkan dia sakit hati. Cis, gelakkan kita ye. Sampai hati.

Tawa Tengku Farish mula berkurangan. Sisa airmata disebabkan ketawa itu diseka lalu pantas dia turun dari katil dan melangkah ke penyangkut untuk mengambil tuala. Setelah itu kaki dihayunkan pula ke kamar mandi. Pintu diketuk.

" sayang. Buka kejap sayang. Sayang lupa nak ambil towel ni. Nanti kalau sayang dah habis mandi macam mana nanti ? Takkan nak naked kot " eleh Tengku Farish. Pandai kau cari alasan kan ? Padahal nak mandi sama-sama dengan Aryssa.

Aryssa teragak-agak untuk membuka pintu kamar mandi. Satu, dia takut si Tengku Farish saja je cakap macam tu lepas tu serbu masuk dan dua, kalau dia nak keluar nanti takkan nak bogel. Aduhhh serabut. Aryssa mengetap bibirnya. Dia berfikir dahulu sama ada mahu buka pintu bilik air ambil tuala atau tidak.

" sayang. Cepat lah taknak ambil tuala ke ? " kata lelaki itu lalu pintu kamar mandi diketuk lagi. Dah kenapa senyap je bini aku. Pengsan ke ? Tidur ke ? Ahh apa kau fikirkan ni Farish. Shuh shuh nyah kau fikiran negative dari kepala.

" okay-okay. saya buka pintu nak ambil tuala. Tapi awak jangan nak buat bukan-bukan pula "

" ye sayang oiiii "

Setelah itu, Aryssa membuka pintu kamar mandi perlahan-lahan dan baru sahaja pintu itu terbuka separuh Tengku Farish sudah serbu masuk. Aryssa tercengang. Eiiiii penipu !!!!!. Tengku Farish menutup semula pintu.

" mandi sama-sama " kata Tengku Farish tersengih. Aryssa yang malas mahu melawan hanya ikut sahaja.













Aryssa yang sedang melilitkan shawl dikepala itu Tengku Farish menghampiri. Pinggang Aryssa dirangkul dan dagunya diletakkan di atas bahu gadis itu. Aryssa hanya diam. Aishh takkan merajuk sebab aku serbu masuk bilik air tadi kot. Hmmm

" sayang. Sayang marah abang ke " soalnya dan matanya bertentangan dengan Aryssa di cermin solek.

" entah " balas Aryssa ringkas. Farish mengeluh. Rasa tak seronok pula bila Aryssa seperti ini. Takda nak manja-manja.

" sayang, abang minta maaf " Tengku Farish buat matanya seperti puppy eyes. Aryssa hanya memerhatinya. Tawanya ditahan. Eleh.... fikir comel lah tu buat camtu ? Tapi hakikatnya comel hehehe. Monolog Aryssa dalam hati.

" takpelah kalau sayang tak maafkan abang. Abang tahu siapa abang pada sayang " rangkulan di pinggang Aryssa dilonggarkan dan dagunya yang diletak dibahu Aryssa diangkat semula. Kakinya ingin melangkah meninggalkan Aryssa. Jauh hati.

Aryssa menggigit bibir bawahnya. Aduhh apa aku buat ni. Pantas tangan Tengku Farish dipegang. Tengku Farish memandang anak mata Aryssa dalam.

" awak. Saya minta maaf eh eh ? " Tengku Farish masih diam dan matanya masih memandang anak mata Aryssa.

" hmm " balas lelaki itu semula.

Aryssa menggigit bibirnya. Macam mana ye nak pujuk balik. Selang beberapa saat idea muncul. Aryssa menjengketkan kakinya dan bibirnya mencium dahi Tengku Farish. Dari dahi turun ke dua belah pipi dan terakhir sekali bibir milik Tengku Farish lama. Tengku Farish yang seakan merasai sesuatu perlahan-lahan kucupan Arysaa dibalas lembut. Tengku Farish memasukkan lidahnya ke dalam mulut Aryssa dan diterokai segenap dalam mulut gadis itu. Setelah masing-masing sudah tiada udara, tautan bibir dijauhkan semula. Tercungap-cungap Aryssa dibuatnya. Bibir Tengku Farish mengoyak senyum.

" best kan abang kasi kiss tadi " suara Tengku Farish perlahan dan hidung mereka masih bersentuhan.

" abang jahat "

" eleh... abang jahat pun sayang 'layan' je tadi " habis sahaja kata begitu terus dada bidang Tengku Farish Aryssa tampar. Tengku Farish tertawa.

" dah lah jom sayang , kerja kat pejabat ada lagi tak siapkan. tak puas lagi nak honeymoon dengan sayang lagi hmm..... "

" alaa abang. Nanti kalau abang ada masa dan tak banyak kerja. Kita honeymoon lama-lama ye " dada bidang Tengku Farish diusap. Bukan Tengku Farish je rasa tak puas. Dia pun turut sama rasa tak puas honeymoon sehari je walaupun honeymoon mereka tempat yang terdekat. Itu sudah cukup bagi Aryssa dan tak mengharap nak honeymoon jauh-jauh.

" okay kalau sayang cakap macam tu. Nanti ada masa kita pergi honeymoon seminggu. Dan lepas balik dari homeymoon tu terus besoknya sayang dah mengandung ye " kata Tengku Farish lalu ketawa.

" ish abang ni kan. Ingat sayang kilang ke apa ? Buat besok atau seminggu besoknya dah mengandung ? Eii teruknya.... laki siapa nii "

" laki siapa lagi kalau bukan laki awak sayang oiiii ".

" yelaaa abang ku oii " pipi Tengku Farish Aryssa cubit perlahan.

" hahaha okay dah jom, nanti lambat pula balik "

Aryssa mencebik dan Tengku Farish yang menghulur tangan ke arahnya perlahan-lahan dicapai lalu mereka keluar dari hotel sambil tangan erat memegang antara satu sama lain. Setelah Tengku Farish buat check out, hati Aryssa merasakan seperti seseorang memerhatinya. Pandangannya dihala ke arah seorang lelaki yang berpakaian hitam dan berkaca mata hitam. Ehh Aryssa, jangan ikutkan sangat hati. Aryssa menyedapkan hatinya dan fikiran negatif dibuang jauh-jauh.

" sayang pandang siapa ? " soal Tengku Farish. Dari tadi dia perhati Aryssa seperti memandang ke arah seseorang

" takda apa lah abang. Dah lah jom " tangan Tengku Farish dipegang lalu mereka pun keluar dari hotel itu.










































Haaaaa !!!! Siapa pula yang buat Aryssa tak sedap hati nii dan siapa pula orang tadi 😠😠.... kalau nak tahu baca lah bab selanjutnya okay ? ✌😄

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now