Bab 33

58.4K 1.5K 11
                                    

Suasana ditempat dia berada membuatkan Tengku Farish tenang. Terlihat air sungai yang mengalir dan pokok-pokok yang cantik disitu. Ralit Tengku Farish melihat keindahan tempat itu, datang pula seekor rama-rama ke arahnya. lihat rama-rama itu datang ke arahnya, dia mengangkat tangan dan rama-rama itu pun hinggap di hujung jarinya. Dia lihat rama-rama itu. Cantik. rama-rama itu kembali terbang semula dan Tengku Farish mengejarnya. Semakin perlahan Tengku Farish mengejar rama-rama bila ada satu susuk tubuh yang berada dihadapannya. Kakinya terus terhenti bergerak. Air jernih mula bertakung ditubir mata. Perlahan-lahan kaki diatur ke arah seseorang itu.

Setelah berada dihadapan gadis itu, tanganya menyentuh pipi Aryssa. Airmata yang sudah membasahi kedua pipinya dibiarkan. Diusap pipi Aryssa lembut lalu satu kucupan diberi pada dahi gadis itu. Aryssa memejamkan matanya. Tangan Tengku Farish yang memegang pipinya dicapai dan dibawa ke perutnya.

" anak kita " suara Aryssa perlahan dan kelihatan airmata ditahan

Tengku Farish memandang ke arah tangannya yang berada diperut Aryssa. Airmatanya makin laju menuruni dipipi. Senyuman terukir dibibir. Diusap perut Aryssa yang masih rata lembut. Pipi Tengku Farish Aryssa usap dan sesekali menghapuskan airmata lelaki itu.

" abang sayang Aryssa. Abang minta maaf .... abang banyak buat silap dekat Aryssa. Aryssa jangan tinggalkan abang lagi... abang taknak kehilangan Aryssa lagi... " tangan Aryssa yang memegang pipinya dicapai dan dikucup beberapa kali.

" Aryssa dah maafkan abang. Tapi buat sementara ni Aryssa terpaksa pergi jauh. Jauh dari abang. Maafkan Aryssa... " perlahan-lahan Aryssa melepaskan pegangan tangannya dari Tengku Farish. Badannya dipusing membelakangi Tengku Farish. Lalu dia berlalu pergi meninggalkan Tengku Farish.

" ARYSSA !!!! " Tengku Farish mengejar Aryssa yang semakin lama semakin hilang. Akhirnya gadis itu sudah tiada. Laju lagi air jernih menuruni kedua pipinya. Dia terduduk. Teresak-esak Tengku Farish.






" Aryssa... jangan tinggalkan abang... abang nak Aryssa.... Jangan tinggalkan abang Aryssa.... ".

Kedengaran Tengku Farish meracau (?) membuatkan Tengku Maria yang berada ditepinya mengejut anaknya itu perlahan.

" Farish ! Bangun Farish. " tangannya mengoncang bahu Tengku Farish

Tengku Farish membuka matanya dan pandangan meliar memandang sekeliling. Mana Aryssa ?. Dadanya mula turun naik. Sebak.

" mummy. Mana Aryssa mummy. Tadi Farish mimpi jumpa Aryssa lepastu Aryssa tinggalkan Farish. Mana Aryssa mummy " tanya Tengku Farish dengan nada suara mendatar.

Tengku Maria menggengam erat tangan anaknya itu. Matanya merenung dalam mata anaknya.

" Farish. Aryssa dah takda. Aryssa takda. Aryssa dah lari dari rumah... " jawab Tengku Maria perlahan.

Kepala Tengku Farish menggeleng beberapa kali.

" Tak... mummy tipu kan ? Mummy gurau je kan ? MUMMY TIPUKAN ?!! PLEASE CAKAP MUMMY TIPU JE !!! "

Tengku Maria memeluk tubuh anaknya itu. Dibiarkan Tengku Farish menangis di dalam pelukannya. Belakang Tengku Farish disuap. Airmatanya mengalir.

Setelah reda sedikit tangisan Tengku Farish, pelukkan dileraikan. Tengku Maria memegang kedua belah pipi anak lelakinya itu.

" Farish. Kalau Farish nak Aryssa kembali semula, Farish solat. Dah maghbrib. Farish bersihkan diri dulu pastu solat doa minta pertolongan denganNya semoga permudahkan dan Aryssa kembali semula. Ye Farish ? "

Tengku Farish mengangguk lemah. Dia sedar dia dah lama tinggalkan solat. Tak terkira berapa lama dia tinggalkan suruhanNya dan dosanya. Dia sedar.

dia gagahkan diri. Tuala dicapai di penyangkut setelah itu kaki diatur ke kamar mandi

Tengku Maria yang melihat anaknya sudah masuk ke kamar mandi hanya tersenyum lalu dia bangun dan berlalu keluar dari bilik itu.




Selesai membersihkan diri, Tengku Farish keluar dari kamar mandi. Dia melangkah ke arah almari. Kain pelikat dan baju tshirt dikeluarkan setelah itu disarungkan ke tubuhnya. Sejadah dibentang. Solat.

habis sahaja solat. Dia menadah tangan. Berdoa

" Ya Allah ya Tuhanku. Kau ampuni segala dosa-dosa ku Ya Allah. Aku banyak melalukan dosa. Aku banyak mengabaikan suruhanMu Ya Allah. Ya Allah, Kau kembalikanlah semula sinar kebahagiaan kepada rumah tangga ku. Hanya pada Mu tempatku meminta bantuan Ya Allah. Amin Yaa Rabbal Alamin " kedua telapak tangan diraupkan ke muka.

Tengku Farish termenung seketika. Dia sepatutnya tabah mengharungi dugaan bukan lemah dan mengeluh. Tengku Farish bangun. Sejadah yang digunakan diangkat lalu diletak ke penyangkut semula. Kaki melangkah keluar dari bilik dan menuruni tangga. Perutnya terasa lapar. Dari pagi sampai sekarang tak makan memang lapar tahap gaban lah kan ?.

Mak Bedah yang sedang mengemas dapur Tengku Farish tegur

" Mak Bedah buat apa tu ? " tegur Tengku Farish. Eleh... kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu pula si Tengku Farish ni 😑. Mak Bedah yang terperanjat disebabkan dengar tegurannya terus melatah.

" opocot mak kau tergolek !!! ". Tengku Farish yang mendengar melatah Mak Bedah terus ketawa. Kelakar pula.

" Haishhh kamu ni Farish..... haihh. Buat terperanjat Mak Bedah je lah. Kuss semangat Mak Bedah tau. Nasib tak kiuk terus " tangannya mengurut dada.

" alaa sorry lah Mak Bedah. Sesekali nak terperanjat Mak Bedah kan hahahaha " kata Tengku Farish lalu menghamburkan tawa.

" apa bising-bising ni kat dapur " tegur Tengku Maria yang baru sahaja muncul di situ. Matanya melirik ke arah Tengku Farish yang masih ketawa. Ya Allah, rindunya tawa Farish. Hari ni dapat lihat semula ketawa anaknya itu

" mummy hahahaha takda apa lah. Ni ha, Mak Bedah melatah. Kelakar lah mummy hahahha " tawanya semakin lama semakin kuat. Haduhmak... apa yang lawak sangat pun tak tau.

" ish kamu ni Farish ! Dah-dah. Ni kamu nak makan tak ? Kamu dari pagi tak makan. " tanya Tengku Maria pada Tengku Farish

" haah. Nak makan la mummy. Lapar..... huhuhu.... " Tengku Farish buat memek muka sedih...

" ingat elok sangat lah buat memek muka sadis macam tu ? Fikir comel ? Ketuk dengan kuali kang baru tahu " suara Mak Bedah pula.

Tengku Maria dan Tengku Farish terus memandang ke arah Mak Bedah. Dalam beberapa saat kedua beranak itu menghamburkan tawa.

" amboii garangnya lahaii Mak Bedah hari ni. Tak mo marah-marah nanti cepat tua haahahahha " kata Tengku Farish pula dan jari telunjuknya digerakkan ke kiri dan ke kanan.

" eleh... Mak Bedah dah tua dah pun Farish oii. Eh dah-dah... makin melalut pula borak kita ni. Ha, yang kamu kata nak makan kan ? Kejap Mak Bedah hidangkan. Lauk dah siap ada bawah tudung saji cuma tinggal nasi je "

Tengku Farish melabuhkan punggung ke kerusi manakala Tengku Maria pula mengambil tenpat yang berhadapan dengan anaknya itu. Mak Bedah yang datang ke arah mereka sambil membawa pinggan dan bekas yang berisikan nasi itu dipandang. Tudung saji dibuka. Terdapat 5 jenis lauk. Semuanya bila dilihat mengeliurkan. bekas nasi yang sudah diletakkan Tengku Farish senduk nasi ke dalam pinggannya. Tak lupa juga lauk-pauk yang berada disitu diceduk dan diletak ke dalam pinggan. Doa makan dibaca setelah itu barulah dia memulakan menjamah makanan.

" sedap tak masakan Mak Bedah ? " soal Tengku Maria yang berhadapan dengan Tengku Farish.

Tengku Farish hanya mengangguk. Tiada suara yang keluar dari mulutnya. Makanan dalam mulut en takkan nak bercakap. Tengku Maria tersenyum. Selera sungguh anaknya makan.

" mummy. Besok Farish pergi pejabat ye " Tengku Farish berkata lalu menyuap nasi ke dalam mulut.

" tapi Farish... Farish kan.... " kata-kata Tengku Maria dipotong oleh Tengku Farish

" takpa. Mummy jangan risau. Farish dah okay " balasnya perlahan.

Bukan Tengku Farish tak tahu apa yang difikirkan oleh Tengku Maria tentangnya. Dia tahu sangat. Dia juga tidak mahu terus-terusan bersedih. Dia juga patut tabah. Aryssa... sebut dan dengar sahaja nama itu sudah buat hatinya sedih. Tapi dia tabah jua. Salah diri sendiri juga bila gadis itu meninggalkannya di sebab perbuatannya pada Aryssa.




Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now