Special Bab (i)

52.7K 1.1K 23
                                    

Kedengaran pintu bilik diketuk oleh seseorang membuatkan pelukkan Tengku Farish dan Aryssa terlerai (?). Pantas Tengku Farish berlari anak ke arah pintu lalu dibuka. Tersembulah wajah adiknya Tengku Fariesha dan dia perasan mata adiknya itu memandangnya tajam dan bibir pula terbit senyuman sinis.

" abang buat apa ha dengan Kak Aryssa dalam bilik berduaan.... " soal Tengku Fariesha dan matanya memandang Tengku Farish setelah itu memandang ke arah kakak iparnya yang tidak jauh dari situ

Mulut Tengku Farish terkumat-kamit. Ishh budak ni potong line betul lah!!! Nak sweet-sweet pun tak boleh. Tengku Fariesha yang masih berdiri dihadapannya sambil tersenyum ke arah Aryssa itu ditolak sedikit supaya jauh dari pintu bilik

" dah dah pergi lah sana menyibuk jaaa. Mengacau betul " halaunya dan Tengku Fariesha dapat meneka akan itu.

" abang tengah ehem eh dengan Kak Aryssa.... " mata Tengku Farish membutang. Ish budak ni... Terus tubuh adiknya ditolak kasar dan hampir sahaja Tengku Fariesha jatuh.

" woiii !! Agak-agak ah nak tolak pun. Nak marah jangan ah sampai tolak ish !! Benci lah macam ni.... " muka Tengku Fariesha sudah masam mencuka dan bibirnya pula sudang memuncung. Tangan disilang ke dada.

Tengku Farish menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alahhh kasar sangat ke aku tolak dia tadi ? Sekarang ni Tengku Fariesha sudah merajuk. Apa lagi ? Mahu memujuk semula lah adiknya itu. Bahu Tengku Fariesha dicuit

" adik. Abang minta maaf eh ? Eh ? " . Tengku Fariesha hanya diam sahaja dan Tengku Farish pula menjadi buntu.

" Fariesha Please maafkan abang... Abang tak bermaksud nak tolak Fariesha tadi... Tapi Fariesha tu ha... Fariesha.... "

" ha ? Fariesha apa ? Fariesha potong line abang nak sweet-sweet dengan akak eh ? Hahahhaha maaflah ye abang. Hahahahaa " terus Tengku Fariesha menghamburkan tawanya dan membuatkan abangnya menjegilkan mata.

" dah tu kot nak minta maaf ke apa . Ni tak abang tolak sikit marah-marah abang " balas Tengku Farish pula lalu mencebik

" hmmm yelaa... Fariesha minta maaf... Maafkan Fariesha ye bang... Hehehehe " Tengku Fariesha tersengih dan muka tegang Tengku Farish perlahan-lahan bertukar manis. Bibir tersenyum.

" yela abang maafkan " Jawabnya dan kepala adiknya diusap. Tengku Fariesha hanya tersengih dan tangan Tengku Farish dikepalanya itu diturunkan. Tubuh lelaki itu dipusing membelakanginya dan membuatkan dahi Tengku Farish berkerut

" dah kenapa pula ni ? " soal Tengku Farish dan Aryssa yang jadi pemerhati tadi memandangnya pelik. Tengku Fariesha mendekati abangnya dan dibisik sesuatu ditelinga lelaki itu. Dengar sahaja bisikkan Tengku Fariesha membuatkan Tengku Farish tersengih dan mata pula memandang ke arah Aryssa.

" haaa dah. Okay abang ? Ingat apa yang adik nak tu hahahaha " katanya dan Tengku Farish hanya mengangguk.

" okay. Takda apa dah ni Adik masuk bilik dulu lah ye dah nak malam. Tetamu pun dah pulang. Soo enjoy lah abang malam ni ye .Byeee... Assalamualaikum... Ingat apa yang adik bisikkan tadi hahahahha " terus Tengku Fariesha berlalu  ke biliknya . Tengku Farish menghembus nafasnya dan pintu bilik ditutup semula. Dikunci.

Perlahan-lahan dia hampiri Aryssa yang berdiri kaku dengan riak wajah seperti meminta menceritakan apa yang adik iparnya bisikkan " Fariesha bisik apa kat abang ? "

Soalan Aryssa tidak dijawab. Tengku Farish menyelak sedikit rambut yang menutupi wajah cantik isterinya itu dan Aryssa yang memandangnya pula berasa pelik. Dah kenapa lelaki aku ni ?? Seram semacam je ....

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now