Bab 25

51.4K 1.4K 25
                                    

Aryssa yang masih tidak sedarkan diri terbaring di atas katil itu dipandang oleh Tengku Fariesha. perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah katil . Airmata yang bergenang ditubir matanya ditahan. Kata-kata abangnya sebentar tadi masih bermain di kepalanya. Sakit. Sakit hati teramat. Doktor yang sudah selesai merawat Aryssa itu ditegur.

" doktor, macam mana dengan keadaan kakak saya ? " soal Tengku Fariesha pada doktor yang bernama Adam Mukhriz.

" nasib awak bawa kakak awak cepat. Suhu badan dia pun sudah 39 darjah selsius. Dia kekurangan air dalam badan.Lagi satu saya nak nasihatkan awak jangan bagi kakak awak stress sangat sebab itu semua boleh memburukkan pada kakak awak yang berbadan dua sekarang ni " terang doktor Adam Mukhriz.

Tengku Fariesha terdiam. Terkejut. Adakah dia salah dengar ?. Kandungan ? Otaknya tidak dapat berfungsi. Blur tiba-tiba.

" ma...maksud doktor. Kakak saya mengandung ? " tanya Tengku Fariesha untuk memastikan sama ada betul ke tidak.

Doktor Adam Mukhriz mengukir senyuman dibibir. Kepalanya diangguk perlahan-lahan.

" yeapp. Kakak awak mengandung. Dan kandungan dia pun dah 2 minggu dah " jawab Doktor itu lagi.

" Okay lah kalau takda apa-apa dah saya minta diri dulu lah ye "

Tengku Fariesha hanya mengangguk dan doktor Adam Mukhriz pun melangkah keluar dari bilik wad itu. Tengku Fariesha yang masih berdiri mengambil tempat disisi kakak iparnya. Airmata membasahi kedua pipinya. Bibir mengukir senyuman.

Mata Aryssa seakan mahu terbuka itu membuatkan Tengku Fariesha cepat-cepat menyeka sisa-sisa airmatanya. Tangan kiri Aryssa digenggam erat.

Aryssa membuka matanya perlahan-lahan. Silauan lampu membuatkan dia menutup matanya kembali lalu dibuka semula. Pandangannya memandang keadaan dimana dia berada. Tangannya yang dicucuk tambah air terasa sakit. Pandangannya dialih memandang Tengku Fariesha yang berdiri di tepinya.

" akak dah sedar. Akak lapar tak ? Fariesha nak beli makanan dekat akak ? Mesti akak lapar kan "

Tanyaan Tengku Fariesha tidak Aryssa balas. Kepalanya digeleng perlahan.

" Fariesha, macam mana akak boleh ada dekat sini ? kenapa mata Fariesha merah ? " soal Aryssa pula. Suaranya kedengaran lemah.

" akak pengsan tadi dekat rumah. Nasib Fariesha waktu tu dah ada kat luar rumah akak. Fariesha rasa tak sedap hati tu yang Fariesha masuk tengok ruang tamu akak takda naik bilik pun takda. Gerak hati ke dapur last-last nampak akak dah terbarimg dekat dapur. Akak tahu tak Fariesha risau tauu...takut apa-apa jadi dekat akak. " kata Tengku Fariesha. Mana tak risaunya dia. Masuk je ke ruang dapur kakak iparnya sudah terbaring ke lantai. Badan panas pula tu.


Aryssa hanya tersenyum simpul (?). Dia bangkit dari perbaringan. Tudung yang berada dikepala di sentuh. Hmm ni mesti Fariesha ni yang bagi pakai. Tudung itu dibuka dan diletakkan di kepala katil. Rambutnya yang tidak diikat itu disanggul.

" akak. Lagi satu Fariesha nak cakap doktor ada bagitahu yang akak dah mengandung 2 minggu "

Aryssa yang mendengarnya terus terdiam. Terkejut. Mengandung ? Matanya tidak berkedip. cecair jernih mula bertakung ditubir mata. Tengku Fariesha yang perasan Aryssa seperti menahan airmata jadi kaget.

" kak. Akak kenapa kak ?! Akak ada sakit kat mana-mana ke ? kejap Fariesha panggil doktor " kaki diatur untuk keluar dari bilik wad itu dan tak sempat dia melangkah, tangannya dipegang Aryssa

" tak tak. Akak tak sakit. Tapi... Fariesha.... akak. Akak takut " airmata yang ditahan menitis juga. Sebak di dadanya. Dia takut andai Tengku Farish tahu dia mengandung dan tidak terima anak di dalam kandungannya. Sekarang pun dia berperang dingin dengan Tengku Farish. Tengku Farish dah banyak berubah.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now