Bab 12

82.6K 2.6K 90
                                    

Aryssa hanya memerhati kemesraan Tengku Farish dengan perempuan yang memeluk suaminya itu bernama Tengku Fariesha Rafiana atau singkatan namanya Tengku Fariesha. Adik kepada Tengku Farish.Aryssa tertawa kecil, cemburu tidak bertempat. Nasiblah masa dia dengan Tengku Farish berada di muka pintu dan adegan pelukkan Tengku Farish dengan Tengku Fariesha itu Tengku Maria datang ke arah mereka dan memberitahu kepadanya yang Tengku Fariesha adik kepada Tengku Farish. mungkin Tengku Maria seakan faham Aryssa seperti cemburu  ?.

Tengku Fariesha yang dari tadi berborak dengan abangnya itu menoleh ke arah Aryssa dan senyuman dilemparkan.Lalu dia bersuara

" akak. Sinilah duduk sekali dengan kitorang " ajak Tengku Fariesha dan mulut Aryssa seakan tergam. Anak mata memandang ke arah Tengku Farish yang berada di sebelah Tengku Fariesha. Meminta kebenaran lelaki itu. Tengok, nak duduk dekat dorang dua beradik pun nak kena minta izin melalui isyarat mata. Takut juga kalau Tengku Farish tidak suka akan dia duduk sekali disitu.

" sayang, meh lah duduk sini. Kenapa duduk situ je. Meh sini meh " suara Tengku Farish pula sambil menepuk-nepuk ruang kosong ditepinya

" er.. iy..iya ". perlahan-lahan Aryssa menghampiri dua beradik itu lalu punggungnya dilabuhkan bersebelahan Tengku Farish.

" abang. Kakak ipar adik ni memang pemalu eh ? " soal Tengku Fariesha sambil tersengih

" malu ? Yeke malu ? Meh abang nak tengok sikit sayang ni malu ke tak " Tengku Farish menoleh ke sisi. Mata mereka bertentangan. Dupdapdupdap. Tengku Farish tersenyum bila dia perasan muka Aryssa sudah memerah.

" ehem-ehem. Amboii abang. Adik ada kat sini ni " tegur Tengku Fariesha lalu tertawa kecil dan Tengku Farish seakan tersedar terus mengalih pandangan ke arah adiknya semula. Aryssa hanya membatu dan dia juga dapat merasakan mukanya sudah membahang.

" amboii..... patutlah dengar riuh semacam je. Rupanya anak menantu daddy dah balik. Farish Aryssa, malam ni tidur sini ye. Takde bantahan " tegur Tengku Fahmi yang baru sahaja balik dari kerja. Sempat lagi berpesan dekat Tengku Farish supaya tidur disitu.

" Eh daddy!!!!! "  Tengku Fariesha terus bangun dari sofa dan tubuh Tengku Fahmi dipeluk erat. Rindu katakan.

" aikk. Ingatkan budak tu dah tak reti nak balik Malaysia dah " perli Tengku Fahmi dan Tengku Fariesha  meleraikan pelukkan. Mulutnya dimuncungkan.

" eleh adik. Dah besar gedabak pun nak muncung tanda merajuk. Menyampah abang tengok "

" eleh abang. Biarlah sibuk je werkk " Tengku Fariesha menjelir lidah pada Tengku Farish setelah itu mata lelaki itu membulat.

Bunyi bising dihadapan membuatkan Tengku Maria yang berada di dapur menolong Mak Bedah terus ke ruang tamu. Hmm patutlah. Mana tidak bising. Anak beranak semua pakat berkumpul dekat ruang tamu.

" eh abang. Bila abang balik " Tengku Maria menyalam Tengku Fahmi setelah itu diambil beg bimbit dan coat dipegangan suaminya

" dalam beberapa minit lepas je " jawab Tengku Fahmi.

" ohh. Dah, jom kita ke dapur. Makan. Makanan dah siap dah tu " ajakan Tengku Maria hanya mereka balas dengan anggukan lalu mereka ke ruang dapur.





Tiba di meja makan, Tengku Fariesha melihat kesemua hidangan di atas meja. Banyak. Boleh kecur liur kalau tengoknya. Tengku Fariesha masih berdiri manakala yang lain sudah pun duduk di kerusi.

" Fariesha. Yang berdiri lagi kenapa ? Duduk lah adik oiii. " tegur Tengku Maria dan anaknya itu hanya tersengih lalu punggung dilabuhkan ke kerusi.

" rindunya dekat masakan Mak Bedah. Ni nanti Fariesha nak makan banyak-banyak. Buat lepas rindu dah berapa lama  tak dapat makan makanan masakan Mak Bedah " kata Tengku Fariesha dan matanya meliar memandang lauk-pauk di meja makan. Mak Bedah hanya menggelengkan kepala dan  tersenyum.

Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016Where stories live. Discover now